How I Spent My Weekdays - CIK MIL MILA

Thursday, June 19, 2008

How I Spent My Weekdays

Hahahaha. Tetiba terpikir nak buat entry ni. Sebab aku rasa banyak yang dah aku abaikan dan tinggalkan. Tapi ini suma untuk rekod aku sahaja. Supaya lepas ni aku boleh muhasabah diri semula. Apa yang aku tertinggal agaknya eh?

6.30am
Ni waktu aku bangun setiap hari (provided Alya belum terjaga before that)
Kalau dah terjaga maknanya aku memang dah bangun lebih awal dari biasa.
Kalau Alya dah terjaga aku terus buat susu & menyusukan dia. Kalau belum terjaga aku terus mandi & solat Subuh. Kejutkan abang (Nurin sure terjaga sekali masa aku kejut Abang)

7.00am
Pilih baju abang & diri sendiri untuk di ‘iron’. Aku memang tak suka iron baju the night before or earlier (sebab aku suka keringkan rambut dengan kipas sambil meng’iron’ baju). Hik Hik (sebab rumah aku tak ada hair dryer) Sambil-sambil iron baju aku ditemani Nurin yang ‘mengemas’ buku-buku dalam study room ni. Aku iron baju dalam study room.

7.40
Semua dah siap untuk turun bawah. Abang akan bawa Nurin & aku akan bawa Alya turun. Abang & Nurin akan terus ke luar rumah untuk siram pokok-pokok bunga di depan & belakang rumah.

Aku makan B’young & bawa Alya masuk dalam kereta

7.55
I’m off to send my daughters to bbsitter. Masa ni biasanya akan adalah drama-drama yang di create oleh Nurin. Selalunya dia buat muka kesian tak nak masuk ke rumah Kak Erah(bbsitter)

8.05
I’m off to work. I took me forty minutes to one hour to reach office. Totally depends on the traffic.

9.00-5.30
Office

5.30
Off to home. Took me one hour to one & half to reach home/bbsitter’s house.

7.00
Home Sweet Home.
Kalau aku sampai awal,biasanya aku akan lepak dengan abang & anak-anak kat luar rumah.(Kalau gambar dh ada nnti aku upload.Asyik tak sempat jer nk snap)
Kalau lewat, we all akan terus masuk rumah.

7.15
Semua mesti naik atas (bilik). Masa ni la Nurin ajak main. Alya nak bermanja. Bukak TV tengok citer TV3.

7.30
Aku mandi take turns dengan abang. Solat pon kene takes turn. Selalunya trus tunggu isyak baru turun bawah. Biasanya Alya akan susu, main-main kejap & tidur.

9.00
Turun bawah. Time aku nak masak & makan. Abang akan main dengan Nurin sambil tengok TV. Masak simple-simple jer. One lauk & one sayur.Makan time. Memang waktu makan jadi lewat. Sebab waktu ni je la yang sempat. Kalau ada pasar malam (Rabu & Jumaat) baru tak masak.

10.30
Aku/Abang & Nurin akan naik atas balik. Tidurkan nurin. Tengokla siapa yang rajin nak tidurkan Nurin waktu tu. Selalunya memang abang yang tidurkan Nurin. Sebab aku nak clearkn dining table & wash all the dishes plus basuh baju. Biasanya satu load jer.For the day. Tapi kalau tak basuh the previous day...Nampak gaya memang 2 @ 3 load la.

Semua anak dah tidur.

Waktu ni paling best. Sejak ada garden chair kat luar umah ni, aku & abang memang suka lepak kat situ. Aku bring my laptop, surf the net. Abang akan hisap rokok sambil belek2 pokok-pokok bunga. Tengok-tengok apa yang perlu ditambah @ dibuang. Masa ni la kitaorang berdiskus pasal anak-anak & masa depan. Biasanya akan lepak sampai bateri laptop abis. Take two-three hour. Lepas tu naik atas tido...

Maybe ada la yang missing. Tapi basically itu la yang aku lalui every weekdays.



No comments: