July 2008 - CIK MIL MILA

Friday, July 25, 2008

I've Been Tagged Again
3:45 PM0 Comments
To Iszan, almost forgot that I got an assignment. I’m a bit busy lately. Busy with so many things.

Question 1:What were you doing 5 years ago?
5 years back was 2003. I’m working at Sate King. My position at that time was an Account Clerk with earning only RM950. I was involved with setting up the company (read: Pioneer).


Question 2:What were the 5 things on your to do list today?
1. Call my bosses ( to remind her/him of so many things)
2. Go to Shah Alam Mall for meeting
3. Go to HAC send signing pages for audited report
4. Looking for new shoes
5. Blogging


Question 3:What are 5 snacks that you enjoy?
1. Keropok ikan
2. Kerepek ubi pedas
3. Biskut peanut butter
4. Energy bar
5. All kinds of kerepek


Question 4:What are 5 things that you would do if you were a billionaire?
1. Upgrade rumah to bungalow with swimming pool, garden & pergola.
2. Beli agricultural land for my husband to run his anggur business.
3. Buy a big car for myself
4. Run my own business (not yet decide what is it)
5. Invest for for next life (perform umrah & haj, donate, build orphan school bla bla bla)


Question 5:What are 5 jobs you’ve had?
1. Sales assistant kat Cindy Trading kat Pusat Bandar Pasir Gudang
2. Receptionist kat Cyber Cafe
3. Account Clerk promoted to Account Officer promoted to Account Executive at Sate King (sebab aku perform kot!)
4. Account Executive kat one of small aviation company (don’t want to state what co.)
5. Account Executive cum Personal Assistant to my current boss

Iszan,aku dah settlekan hutang aku k. Aku nk tagged sapa lg eh???
Reading Time:

Wednesday, July 23, 2008

Chilli Crab
11:45 AM 2 Comments
My husband and I love Chilli Crab very much. Every time we went back to our hometown at Kota Tinggi, we never missed to go to Teluk Sengat Seafood Restaurant to ‘pekena’ the Chilli Crab. The taste was marvellous and the price was reasonable. We remember having nasi putih, siakap sweet sour, kangkung belacan, butter prawn, chilli crab and Chinese tea only at RM 70++. Cheap I can say, comparing the price at Klang Valley (which I always complained the taste is not up to my expectation).

Here you are. Since dah few months we all tak balik kampung, I tried to prepare the chilli crab myself. Searching the recipe through the net, I manage to prepare the Chilli Crab.





Chilli Crab


Ingredients

1 Kg Soft Shell Crab



2 long red chillies
3 tablespoons grinded dried red chillies
2 teaspoons shrimp
1 stalk lemongrass
1 inch fresh galangal
2 tablespoons olive oil
5 red shallots
3 cloves garlic
1 spring onions
1 inch fresh ginger

1 tablespoon tomato sauce
1 tablespoon chilli sauce
1 tablespoon dark soy sauce
1 tablespoon soy sauce
2 teaspoons sugar
salt to taste



Method


1.Roughly chopped



2.Blend all the ingredients
3. Heat oil in the wok
4. Fried all the blended ingredients
5. Stir fry till fragrant
6. Add soft shell crab
7.Bring to a simmer, cover and cook 10 minutes
8. Add all the sauces, sugar and salt to taste
9. Break egg into the wok and streak with a fork, simmer till cooked.
10. Serve immediately.


Ready to eat


Out of 5, my husband gave me only 4.25.
But he ate a lot
Proud that I could cook, and I concluded that my first attempt was a success. Hoorayyy!!!
Reading Time:

Friday, July 18, 2008

Breakfast Today
9:22 AM 4 Comments


Ini lah sarapan aku pagi tadi. Simple yet very nutritious. Sorry abang tak sempat prepare untuk abang.


Mixed salad with seedless guava, tomato, capsicum & salad sprout. No thousand island dressing but I put coleslaw dressing instead. Kira ok la. But forgot to mix with olive oil. But the taste still yummy.




My favourite sprout. I would take this first before anything else. Unfortunately abang tak suka sangat. He likes the pure white one without the greeny leaves. Lain kali we choose that one eh abang.




Capsicum yang abang tanam. This is the last piece yang ada kat dalam fridge. Soon kalau buahnya dah matured bleh petik. 2 atau 3 hari lagi kot.


2 biji telur 3/4 masak. I don't like boil egg. Neither full boil, 1/2 boil or 3/4 boil. But lately abang eat 1/2 boil almost everyday. Sometimes he eats raw egg. Huaaa...So I'm thinking of trying. No harm pun kan and I begin to love the taste, and of course the nutrition that counts.



2 pcs of honey hotdog. Yummy sangat. Nutriplus brand. No wonder bila tengok iklan tu kat tv very tempting. Worth buying.





Tak sabar nak makan


After meal.....Licin pinggan aku. Ni aku sorang. Kalau makan dengan abang lagi best...Berlumba-lumba.

P/S: tolong ignore yer the dates printed. Sebab salah set!One months left behind...

Reading Time:

Thursday, July 17, 2008

Corat-Coret
2:53 PM0 Comments
Last nite, aku tido awal setelah menidurkan Nurin. Alya memang sudah tidur lebih awal. Tapi aku rasa aku dah tido dulu sebelum Nurin tido. Abang pula melekat kat depan TV layan Discovery Channel. Ikutkan hati aku nak layan juga, tapi Nurin dah gosok-gosok mata. Kesian pula dia. Semalam aku run errand di banyak tempat. Penat betul. Tapi best juga sebab abang belanja makan Nasi Ayam Hainan Chee Meng (Halal ok)


Tak tau pukul braper aku tido. Tapi aku terjaga bila Alya tepuk-tepuk kaki aku. Alya sekarang sudah pandai merangkak. Ntah berapa kali dia tanduk dinding dan almari rumah. Jatuh tilam jangan ceritalah. Nasib baik katil sudah dibuka (sejak Nurin lagi). Kesian dia. Aku buatkan susu. Lepas tu dia tak nak tido balik. Asyik-asyik merayap sana sini. Lepas tu abang terjaga dan suruh aku kepung Alya dengan bantal-bantal. Sekejap aja lepas tu Alya pun tido. Abang bab-bab tidokan anak bini memang terror.


"Abang tido pukul berapa"


"Dua lebih"


Aku tengok jam baru pukul 4.30 pagi.


"Abang update blog. Gi la tengok" Abang soh aku ambil communicator atas meja solek. Aku pun ambil sementelahan aku dah hilang mengantuk. Aku surf blog abang.


Macam tak percaya sebab aku belum pernah tengok koleksi keris abang oleh berdiri.


Macamana aku nak tengok, bila abang keluarkan keris tu aku dah soh dia simpan balik (aku takut, sebab musababnya tidak dapat dikenalpasti)


At last aku tidur dekat pukul 6 pagi.


Dekat-dekat pukul 7 baru bangun. Lambat betul. Aku rushing pagi tu. Ada site visit & meeting kat Shah Alam. Siap iron baju kurung lagi.


Sebelum hantar anak-anak ke babysitter, aku cek handphone. Dapat sms dari boss


"Site Visit today not necessary"


Huarggghhh. Tensen yang amat, sebab aku dah siap pakai baju kurung. Takkan nak home office pakai baju kurung. At last, aku hantar anak-anak, beli breakfast dan balik rumah semula. Tukar baju, basuh baju, sidai baju dan on computer.


P/S: Site visit dipostphone pada hari Isnin pukul 5 petang. Wajarkah itu?
Reading Time:

Tuesday, July 15, 2008

Nurin Alya Fatihah
8:31 AM0 Comments


Aku disahkan mengandung lagi ketika Nurin berusia 4 bulan. Menerima berita aku mengandung lagi membuatkan aku keliru. Gembira & takut. Takut kerana aku dinasihatkan untuk tidak mengandung lagi sekurang-kurang 2 tahun lagi (kerana aku caesarean). Tapi rezeki Allah Taala aku tidak mampu menolak. Aku yakinkan diri semuanya akan selamat. Kusampaikan berita pada suamiku. Riak wajahnya tidak dapat ku baca. Butir bicaranya menandakan dia gembira. Kerana sebelum aku disahkan mengandung, dia asyik menggambarkan keinginannya menimang cahaya mata setiap tahun (setahun satu-seperti boss HAC, setahun satu sehingga empat orang!). Tapi aku menidakkan atas nasihat doktor. Allah Maha Mengetahui. Aku mengandung lagi.


Berita gembira ini kusampaikan kepada seluruh keluarga dan kenalan termasuk boss aku. Pelbagai reaksi aku terima. Yang pastinya aku dimomokkan dengan cerita-cerita menakutkan kerana jarak kehamilan yang terlalu dekat. Walaupun begitu, tidak kurang juga yang memberiku semangat & kata-kata positif. Thanks to all. Aku bertuah kerana suamiku sentiasa memberi semangat yang tidak putus-putus. Ada hikmah disebalik semuanya itu.


Aku berjumpa doktor Murugesh (yang merawatku ketika mengandungkan Nurin). Dia sangat terkejut kerana aku disahkan mengandung lagi. Ayat pertama yang keluar dari mulutnya ialah "Kita tidak menggalakkan penguguran" Reaksiku "Saya tidak terfikir langsung untuk mengugurkannya"


Dia menasihatkanku tentang banyak perkara. Katanya kes begini memang banyak. Cuma risiko 1-2% sahaja. Risiko termasuklah jahitan merenggang & kelahiran kedua melalui caesarean. Tapi kesakitan ketika mengandung memang tetap ada kerana jahitan belum sembuh sepenuhnya. Dia sentiasa mengingatkan aku supaya berfikiran positif.


Sewaktu mengandung aku tidak menghadapi morning sickness yang teruk. Kadangkala sahaja tapi semuanya berjalan lancar. Aku boleh melakukan hampir semua kerja rumah termasuk kerja-kerja office. Tapi aku dinasihatkan tidak mengangkat benda berat. Kdang-kadang scar operationku sakit dan berdenyut-denyut.


Sekali sekala suami membantuku membuat kerja-kerja rumah. Ringan sedikit bebanku. Alhamdulillah, rezeki anak yang kukandungkan suami mendapat kerja sebagai Internal Auditor di Universiti Malaya. Offer kerja yang lebih baik. Masanya di rumah lebih banyak berbanding semasa dier bekerja di HAC (audit firm).


Kesusahan mengandungkan Alya kuanggap lebih mudah berbanding Nurin kerana sudah berpengalaman. Tapi aku langsung tidak boleh minum susu. Berbanding Nurin aku tidak putus minum susu. Sebulan 2 tin susu aku boleh habiskan. Semasa Alya, satu tin pun tidak kuhabiskan sepanjang waktu mengandung. Biarpun begitu, aku sentiasa mengambil multivitamin kerana aku tidak mahu sebarang masalah timbul sewaktu mengandung. Setiap bulan check up, aku disahkan sihat cuma...aku suffer from gestational diabetic. Dari segi kesihatan, aku rasa aku normal seperti orang lain. Cuma ditakuti bayi yang kukandungkan terlalu besar.


Seperti Nurin aku bertarung di labour room selama 12 jam. Aku diusung kelabour room pukul 9mlm. Sebelum itu aku diindius sebanyak 3 kali. Tapi very poor progress. Kesakitan yang kualami sudah tidak tertanggung. Aku dimasukkan ke operation theatre pagi esoknya pukul 10 pagi. Pembedahan memakan masa yang agak lama. Proses mengeluarkan bayi menjadi susah kerana jahitan yang sedia ada perlu dibuka dahulu. Walaupun aku dibius separuh badan, tapi aku merasai setiap proses pembedahan itu. Aku menjerit kesakitan! Doktor meyakinkan aku sebenarnya aku tidak sakit cuma aku merasai prosesnya sahaja. Aku tidak peduli, yang pastinya aku sangat takut dan sakit. Akhirnya aku dipasangkan gas etonoks untuk mengurangkan rasa sakit. Aku jadi terlalu lemah dan hayal.


Alya dapat dikeluarkan dengan selamat.


Reading Time:

Monday, July 14, 2008

Anakandaku Nurin Hidayatullah
12:35 PM0 Comments



Nurin Hidayatullah


Nama nya bermaksud Cahaya Hidayah Allah Taala


Ilham menamakan nama Nurin timbul ketika aku mengandungkannya. Sememangnya aku memang sukakan nama Hidayah. Sejak aku sekolah rendah lagi. Kebetulan kawan baikku juga bernama Hidayah (Wan Nur Hidayah). Nurin diilhamkan oleh sahabat baikku juga, Rin. Sambungan kepada Hidaya-tullah diilhamkan oleh suamiku. Ada maksud katanya.


Kelahirannya membawa erti yang sangat besar bagiku. Memberiku keinsafan yang tidak ternilai. Susah payah jerit perih mengandung dan melahirkan. Tak terluah kata-kata, dan pastinya suamiku juga memahaminya kerana sama-sama mengharungi detik-detik ketika mengandung dan saat ketika bertarung nyawa dibilik bersalin. Kuucapkan maaf kepada suamiku atas dosa dan salah silapku, juga kuharap dia menyampaikan salam maaf kepasa ibuku. Maaf mak, aku x sempat meminta maaf sebelum itu. Kerana ketika aku check in untuk check up yang terakhir, bukaan rahimku sudah 3 cm, ketika itu aku langsung tidak menyangka akan diwadkan. Bertarung selama 12 jam di labour room, aku sudah tidak bertenaga. Kudengar jua bacaan Yassin hafalan suamiku. Seumpanyanya itu lah saat-saat nyawaku akan diambil. Pukul 10 Nurin disahkan distress, maka dengan segera aku diusung ke operation theatre.


Akhirnya Nurin selamat dikeluarkan dari perutku dan disahkan sihat.


Syukur. Ini lah anak yang kukandungkan. Sudah berusia 1 tahun 6 bulan pada 10 Julai yang lalu. Nurin... mama loves you soooo much







Reading Time:
Ohh Teko Vantage Ku!
10:24 AM1 Comments
Mungkin bukan rezeki aku untuk menikmati minuman pagi & petang menggunakan Tea Set Vantage untuk satu tempoh yang lama.


Belum puas aku menjamu tetamu dengan Tea Set Vantage dengan kuih muih yang menyelerakan.


Sadisnya tengahari semalam....Teko Tea Set Vantage ku telah pecah.


Anakandaku Nurin Hidayatullah telah memecahkan Teko kesayangan mama.


Kukehilangan kata-kata, tiada riak ketakutan dimatanya...baginya itu perkara biasa.


Oh anakandaku...tolongla mama pujuk ayahandamu membelikan mama...Tea Set Vantage yang baru...Uwaaaaaa


P/S: Aku tak sampai hati nak snap gambar Teko itu. Air mataku berlinangan....


Reading Time:

Friday, July 11, 2008

Sketsa di Pagi Hari
5:20 PM0 Comments
After sending my two girls to bbsitter, I realized that I left my house key at home. Abang already went to his office with all the doors locked! I tried to call abang saying I'm on the way to his office to collect his key. Unfortunately the woman answer the called. Don't be mistaken, the woman is the answering machine. His handphone was out of battery. I called his office. I'm quite lucky hearing his voice on my handphone.

Its 8.30am. The road was quite busy. Don't know which way to go. Finally I decided to use Jalan Klang Lama. Despite so many traffic lights along the way, the traffic was moving. Thank God!

I arrived at abang office at 9.40am. I enter the parking area and saw his boss smoking outside the office. OMG! I look at him and smile. I notice he stared at me, and I'm sure he knows me. We've been to his place last month for his son's kenduri akikah. Not sure what to do I call abang again. And he still did not switch on his handphone. I called his office and Kak Sida picked up the phone.

"P.E kuar minum la..."

"Kak, saya kat depan office akak ni, saya nak amik kunci kat dia. Kunci saya tinggal dalam umah". I'm reluctant to speak, but I have to.

"Dah call handphone dia?"

"Handphone dia off, tak de bateri. Tu yang saya call opis nih"

"Tak pa. Sat gi akak tepon handphone Aiman na..". I was actually tried to call Aiman, but I don't know his handphone no. Should ask form abang tonight. In case of emergency.

"Thanks eh kak. Tapi nampak boss akak kat luar tadi..hik hik.Segan saya"

"Tak de hal la"

I look at the boss, and surprisingly he is not there. Such a relieved. Then I saw Kak Sida comes to my car.
" Mai la masuk. Dok dalam"

" Eh tak pe la kak. Saya tunggu sini aje. Boss akak ada, seganla saya"

"Dia la yang soh akak panggil masuk dalam. Dia kata kalau dia panggil jadi lain plak kang"

"Segan la kak"

" Tak kisah. Kat dalam ada sofa. Boleh duduk. Baca paper ker.Diaorang lama lagi nak makan tu"

I dont know what to do. But I just follow Kak Sida to the office. I sat and read newspaper. But I think the newspaper is not today newspaper. Then I looked at the first page. It was yesterday. Aisey!
Later abang came and rescued me from the unwanted situation. I went to his room and took the key. Then I chow to home. What a day!




Reading Time:

Thursday, July 10, 2008

Home Office
11:53 PM0 Comments
Sementara menunggu opis baru aku siap direnovate, aku diarahkan untuk ber’home’ office. Sounds good.

Rutin aku setiap pagi tetap sama. Siapkan kelengkapan anak2 dan abang. Setelah semuanya selesai, baru aku hantar anak2 ke babysitter. Kemudian aku balik semula kerumah. Waktu ini biasanya aku akan mengemas rumah,basuh baju, sidai baju dan buat apa yang perlu supaya sedap mata memandang. Setelah aku puas hati, barulah aku boleh memulakan kerja.

1-Switch on the laptop
2-call my gentleman boss if he wants me to do anything urgent
3-call my lady boss to report work
4-check office email & e- perolehan if got any tender to bid
5-update accounts ( i don’t do daily, will do only and if only my bosses want the report). I don’t like updating sikit-sikit. Tapi bila dh melambak kerja time tu baru gelabah sikit la. Baru la challenging sket.
6-other than that, just chit chat with my friends tru YM. Or else just do my personal work.

Kadang-kadang bila dah jemu duduk depan laptop tu aku call la abang if he is available for lunch together. If he is, then aku siap-siap ke UM. After the lunch appointment aku terus balik rumah.

At 6.45pm, baru kuar amik anak2 from babysitter’s house.

Aku pun xtau layakkah aku menerima gaji setiap bulan on time dengan melakukan kerja-kerja seperti yang di atas?
Reading Time:

Wednesday, July 2, 2008

Mini Garden Part 3
2:56 PM 3 Comments


Aku tak tau kalau aku boleh panggil ini ladang anggur or not. Mula-mula aku agak ragu-ragu kalau abang nak tanam anggur depan rumah. Aku dapat membayangkan rumah aku akan semak dipenuhi dengan daun anggur yang menjalar. Dan buah anggur yang tak tau masam atau manisnya. I really doubt if he can ever do that.

Tapi aku lebih rela kalau dier berkebun daripada dia membuat perkara-perkara lain yang aku x pasti apa. So, sebagai penghargaan aku pun cuba menyelami minat barunya ini. Memang amat menakjubkan. His first attempt dah berjaya. Tu baru first attempt, not to say yang besar-besaran lagi.

Aku jatuh cinta dengan hasil tangan abang.

P/S: Credit to Ladang Anggur Bukit Kapar

Frankly speaking, aku memang suka hasil kerja tangan nyer.







Reading Time: