Anakandaku Nurin Hidayatullah - CIK MIL MILA

Monday, July 14, 2008

Anakandaku Nurin Hidayatullah




Nurin Hidayatullah


Nama nya bermaksud Cahaya Hidayah Allah Taala


Ilham menamakan nama Nurin timbul ketika aku mengandungkannya. Sememangnya aku memang sukakan nama Hidayah. Sejak aku sekolah rendah lagi. Kebetulan kawan baikku juga bernama Hidayah (Wan Nur Hidayah). Nurin diilhamkan oleh sahabat baikku juga, Rin. Sambungan kepada Hidaya-tullah diilhamkan oleh suamiku. Ada maksud katanya.


Kelahirannya membawa erti yang sangat besar bagiku. Memberiku keinsafan yang tidak ternilai. Susah payah jerit perih mengandung dan melahirkan. Tak terluah kata-kata, dan pastinya suamiku juga memahaminya kerana sama-sama mengharungi detik-detik ketika mengandung dan saat ketika bertarung nyawa dibilik bersalin. Kuucapkan maaf kepada suamiku atas dosa dan salah silapku, juga kuharap dia menyampaikan salam maaf kepasa ibuku. Maaf mak, aku x sempat meminta maaf sebelum itu. Kerana ketika aku check in untuk check up yang terakhir, bukaan rahimku sudah 3 cm, ketika itu aku langsung tidak menyangka akan diwadkan. Bertarung selama 12 jam di labour room, aku sudah tidak bertenaga. Kudengar jua bacaan Yassin hafalan suamiku. Seumpanyanya itu lah saat-saat nyawaku akan diambil. Pukul 10 Nurin disahkan distress, maka dengan segera aku diusung ke operation theatre.


Akhirnya Nurin selamat dikeluarkan dari perutku dan disahkan sihat.


Syukur. Ini lah anak yang kukandungkan. Sudah berusia 1 tahun 6 bulan pada 10 Julai yang lalu. Nurin... mama loves you soooo much







No comments: