Corat-Coret - CIK MIL MILA

Thursday, July 17, 2008

Corat-Coret

Last nite, aku tido awal setelah menidurkan Nurin. Alya memang sudah tidur lebih awal. Tapi aku rasa aku dah tido dulu sebelum Nurin tido. Abang pula melekat kat depan TV layan Discovery Channel. Ikutkan hati aku nak layan juga, tapi Nurin dah gosok-gosok mata. Kesian pula dia. Semalam aku run errand di banyak tempat. Penat betul. Tapi best juga sebab abang belanja makan Nasi Ayam Hainan Chee Meng (Halal ok)


Tak tau pukul braper aku tido. Tapi aku terjaga bila Alya tepuk-tepuk kaki aku. Alya sekarang sudah pandai merangkak. Ntah berapa kali dia tanduk dinding dan almari rumah. Jatuh tilam jangan ceritalah. Nasib baik katil sudah dibuka (sejak Nurin lagi). Kesian dia. Aku buatkan susu. Lepas tu dia tak nak tido balik. Asyik-asyik merayap sana sini. Lepas tu abang terjaga dan suruh aku kepung Alya dengan bantal-bantal. Sekejap aja lepas tu Alya pun tido. Abang bab-bab tidokan anak bini memang terror.


"Abang tido pukul berapa"


"Dua lebih"


Aku tengok jam baru pukul 4.30 pagi.


"Abang update blog. Gi la tengok" Abang soh aku ambil communicator atas meja solek. Aku pun ambil sementelahan aku dah hilang mengantuk. Aku surf blog abang.


Macam tak percaya sebab aku belum pernah tengok koleksi keris abang oleh berdiri.


Macamana aku nak tengok, bila abang keluarkan keris tu aku dah soh dia simpan balik (aku takut, sebab musababnya tidak dapat dikenalpasti)


At last aku tidur dekat pukul 6 pagi.


Dekat-dekat pukul 7 baru bangun. Lambat betul. Aku rushing pagi tu. Ada site visit & meeting kat Shah Alam. Siap iron baju kurung lagi.


Sebelum hantar anak-anak ke babysitter, aku cek handphone. Dapat sms dari boss


"Site Visit today not necessary"


Huarggghhh. Tensen yang amat, sebab aku dah siap pakai baju kurung. Takkan nak home office pakai baju kurung. At last, aku hantar anak-anak, beli breakfast dan balik rumah semula. Tukar baju, basuh baju, sidai baju dan on computer.


P/S: Site visit dipostphone pada hari Isnin pukul 5 petang. Wajarkah itu?

No comments: