Nurin Alya Fatihah - CIK MIL MILA

Tuesday, July 15, 2008

Nurin Alya Fatihah



Aku disahkan mengandung lagi ketika Nurin berusia 4 bulan. Menerima berita aku mengandung lagi membuatkan aku keliru. Gembira & takut. Takut kerana aku dinasihatkan untuk tidak mengandung lagi sekurang-kurang 2 tahun lagi (kerana aku caesarean). Tapi rezeki Allah Taala aku tidak mampu menolak. Aku yakinkan diri semuanya akan selamat. Kusampaikan berita pada suamiku. Riak wajahnya tidak dapat ku baca. Butir bicaranya menandakan dia gembira. Kerana sebelum aku disahkan mengandung, dia asyik menggambarkan keinginannya menimang cahaya mata setiap tahun (setahun satu-seperti boss HAC, setahun satu sehingga empat orang!). Tapi aku menidakkan atas nasihat doktor. Allah Maha Mengetahui. Aku mengandung lagi.


Berita gembira ini kusampaikan kepada seluruh keluarga dan kenalan termasuk boss aku. Pelbagai reaksi aku terima. Yang pastinya aku dimomokkan dengan cerita-cerita menakutkan kerana jarak kehamilan yang terlalu dekat. Walaupun begitu, tidak kurang juga yang memberiku semangat & kata-kata positif. Thanks to all. Aku bertuah kerana suamiku sentiasa memberi semangat yang tidak putus-putus. Ada hikmah disebalik semuanya itu.


Aku berjumpa doktor Murugesh (yang merawatku ketika mengandungkan Nurin). Dia sangat terkejut kerana aku disahkan mengandung lagi. Ayat pertama yang keluar dari mulutnya ialah "Kita tidak menggalakkan penguguran" Reaksiku "Saya tidak terfikir langsung untuk mengugurkannya"


Dia menasihatkanku tentang banyak perkara. Katanya kes begini memang banyak. Cuma risiko 1-2% sahaja. Risiko termasuklah jahitan merenggang & kelahiran kedua melalui caesarean. Tapi kesakitan ketika mengandung memang tetap ada kerana jahitan belum sembuh sepenuhnya. Dia sentiasa mengingatkan aku supaya berfikiran positif.


Sewaktu mengandung aku tidak menghadapi morning sickness yang teruk. Kadangkala sahaja tapi semuanya berjalan lancar. Aku boleh melakukan hampir semua kerja rumah termasuk kerja-kerja office. Tapi aku dinasihatkan tidak mengangkat benda berat. Kdang-kadang scar operationku sakit dan berdenyut-denyut.


Sekali sekala suami membantuku membuat kerja-kerja rumah. Ringan sedikit bebanku. Alhamdulillah, rezeki anak yang kukandungkan suami mendapat kerja sebagai Internal Auditor di Universiti Malaya. Offer kerja yang lebih baik. Masanya di rumah lebih banyak berbanding semasa dier bekerja di HAC (audit firm).


Kesusahan mengandungkan Alya kuanggap lebih mudah berbanding Nurin kerana sudah berpengalaman. Tapi aku langsung tidak boleh minum susu. Berbanding Nurin aku tidak putus minum susu. Sebulan 2 tin susu aku boleh habiskan. Semasa Alya, satu tin pun tidak kuhabiskan sepanjang waktu mengandung. Biarpun begitu, aku sentiasa mengambil multivitamin kerana aku tidak mahu sebarang masalah timbul sewaktu mengandung. Setiap bulan check up, aku disahkan sihat cuma...aku suffer from gestational diabetic. Dari segi kesihatan, aku rasa aku normal seperti orang lain. Cuma ditakuti bayi yang kukandungkan terlalu besar.


Seperti Nurin aku bertarung di labour room selama 12 jam. Aku diusung kelabour room pukul 9mlm. Sebelum itu aku diindius sebanyak 3 kali. Tapi very poor progress. Kesakitan yang kualami sudah tidak tertanggung. Aku dimasukkan ke operation theatre pagi esoknya pukul 10 pagi. Pembedahan memakan masa yang agak lama. Proses mengeluarkan bayi menjadi susah kerana jahitan yang sedia ada perlu dibuka dahulu. Walaupun aku dibius separuh badan, tapi aku merasai setiap proses pembedahan itu. Aku menjerit kesakitan! Doktor meyakinkan aku sebenarnya aku tidak sakit cuma aku merasai prosesnya sahaja. Aku tidak peduli, yang pastinya aku sangat takut dan sakit. Akhirnya aku dipasangkan gas etonoks untuk mengurangkan rasa sakit. Aku jadi terlalu lemah dan hayal.


Alya dapat dikeluarkan dengan selamat.


No comments: