Hari Raya

9:36 AM

Tahun ni turn aku beraya kat umah family aku di Kota Tinggi, Johor. Sebab tahun lepas turn rumah kuarga mertuaku, bukan di Bangi tapi di Gemenceh, Negeri Sembilan. First time masa tu beraya tanpa kuarga tersayang. Ada sedikit sedih la, tapi mengenangkan aku ni dah berkahwin, kira aku kuatkan semangat. Bukan tak balik Johor pun. Rata-rata orang negeri meraikan hari raya dengan lemang. Part tu yang aku tak biasa. Sebab kat umah mak aku, tiap-tiap tahun memang puas makan ketupat. Bukan ketupat segera tapi daun kelapa lagi. Kira aku dah terbiasa, bila tak jumpa tu yg rasa macam tak lengkap aje...mengada-ngada plak aku nih

Tahun ni horayyyyyyyy! Memang syok. Sebab dapat berjumpa dengan adik beradik & anak-anak buah yang ramai. Sejak berkahwin kami memang jarang-jarang pulang ke kampung. Mana tidaknya...tiap-tiap tahun selepas kahwin aku mengandung. Nak balik selalu memang tak larat. Tak larat fizikal, tak larat ekonomi sekali. Minyak pula mahal. Tol pun jangan cerita la. Tapi 2@3 bulan sekali tu kira wajib la. Kalau mak aku rindu sangat dengan aku dan cucu-cucunya dia pula yang berkunjung ke mari. Itu pun masa dia sihat. Tapi lately ni aku tengok dia sihat bila ada anak-anak ada di sisi. Kalau kitaorang suma dah balik bekerja...dia mulalah sakit sakit. Sebenarnya dia sunyi. Mujurlah abang ku yang ke-2 tinggal bersama dengan mak. Kalau tidak..ntahla. Diajak nya ke rumah kami, 2 hari selepas tu dia nak balik semula ke kampung. Tak betah tinggal di bandar agaknya.


Cakap pasal raya, walaupun frust sebab baju raya aku tak siap, tapi aku bersemangat juga nak balik kampung nih. Rindu betul dengan mak dan kuarga. Last balik bulan 8 ari tu. Lama rasanya. Aku rindu ketupat, rendang daging, ayam masak merah, sambal goreng & serunding buatan tangan mak...Menghitung hari ni. Tapi!!!!!!!!!!


Gaji tak dapat lagi!

Cuti aku start 30/9!

Bonus @ duit raya tak dapat!

Duit raya belum tukar! ( mcm kekurangan bajet-anak buah dah 11 orang dah ni!)

Kuih raya sendiri belum buat (orang lain aku tolong buatkan, dah siap dah)

Warghhhhhhhhhhhhhhhhh!!

Boleh raya ke ni?

You Might Also Like

5 comments

  1. Ko rindu ngan makanan org Johor erk?..aku plak bila raya kat rmh MIL kat Kota tu mula lah syahdu teringat ketupat daun palas mak aku.. kat sane mmg xkan jumpe...ketupat nasi tu aku x minat sgt...lontong lg la x masuk tekak aku nie...huhuhu

    ReplyDelete
  2. wat to say,da nasib badan..banyak-banyakkn sabo. ma kan selalu cakap sabar tu separuh daripada iman :)

    ReplyDelete
  3. umie...aku mmg fanatik makanan org johor..dan sangat cerewet...laksa johor, mee bandung muar, mee rebus byk lagi. kat sini susah nk carik yg sedap...tapi ketupat nasi hidangan wajib hari raya yer..ketupat palas makan sikit2 boleh la

    ReplyDelete
  4. abangg...malam ni isteri abang ni kene kene stay back smpi kul 9...huaaaaarghh :((

    ReplyDelete
  5. Ler...laki bini balik cite kat umah la... Huhu...
    Dikesempatan ini, aku & family ingin ucapkan Selamat Hari Raya buat Mil sekeluarga....
    Thn ni aku pun raya kmpung aku dulu... Jgn jeles P.E

    ReplyDelete