New Update of Me

2:42 AM

Hahahaha....baru ada masa nak update. Dah dua minggu ni aku bz giloss tahap gaban. Manataknya kerja jadi ‘Sales Assistant’ macam yang aku buat sekarang ni menuntut waktu kerja yang panjang.

Huarghhhhhhhhhh! Jadi tensen aku dibuatnya. Lagi pulak bulan puasa nih. Tak pernah dapat masak untuk berbuka bersama suami. Balik kerja aje suami aku dh siap masak. Tinggal aku makan aje. Kesian suamiku. Tapi nak buat macam mana kan. Nak beli mahal. Jarang pulak tu dapat lauk yang sedap. Tapi laki aku masak simple aje. Sumanya healthy food. No curry, no oily. Sumanya grill or soup. Better la. Bulan posa ni makan pelik2 karang sakit perut memanjang.So far sepanjang bulan puasa ni baru sekali je kitaorg tapau KFC, hari lain suma suami aku yang masak. Kalau tak pun layan kat umah mertua....Aku masak? Tak sompat den...

Nak buka kat luar? Hmmm tak payahla. Buat pening paler dengan anak-anak yang sedang membesar. Tak selesa pulak rasanya. Nak berkejar-kejar dengan ramai orang...tak sanggup aku!

Al-kisahnya aku ni dah fed up sangat dengan kerja yang aku buat ni. Aku memang tak de talent tak manage retail bisnes. Letih aku dibuatnya. Mana nak buat accounts, mana nak monitor stock. Mana nak entertain customer yang pelik-pelik nih. Asik kene senyum 24 jam. Tak larat aku nak melayan. Aku ni bukan penyabar sangat pun kan. Selalu jugak aku loss temper dengan customer yang banyak cekadak! Anyway customer come first. Bukan customer always right tau! Selalu aku kat back office aje buat account, skang buat sales & marketing. Asik kene menepek bedak aje. Takkan nak layan customer muka pucat cam mayat je kan. Since kawen ni memang x reti-reti aku nak make up beriya2.

Software pulak tak sampa-sampai lagi. Macam mana nak sampai kalau tak beli (tunggu grant SMIDEC la nih). Susah benar nak dapat staff. Ada assistant pun, dah 3 ari EL.Sudahnya aku kene takeover shift malam. But no way man! Aku cakap direct je kat boss, if aku kene kerja extra, aku nak claim OT. Sebab aku kene kena bayar extra kat bbsitter aku. Lepas je aku cakap gitu. Dia kata “tak apela mila, nanti lady boss datang jaga kedai lepas aku balik”. Hua hua hua. Sker betul aku! Dapat berbuka posa bersama yang tersayang. Syoknya kerja gomen kan. Bulan posa balik awal. Waktu kerja aku bulan posa start kul 11 sampai kul 6 ptg. Huru hara balik kerja berkejar. Taula Shah Alam bulan posa camner meriahnya balik kerja. Waaaaaaaaaaaaaa...fed upnya aku.

Ari Isnin aku aku ada interbiu. Suspen nih. Sebab company yang aku nak interbiu ni pernah offer aku dulu. Tapi aku tolak cara baik, siap aku recommend kawan-kawan aku. Tapi bukan rezeki co ni nak dapat staff kan. So bila aku dh fed up dengan kerja skang, apalagi aku offer diri sendiri kan. Tak malunya aku! Tapi nak interbiu ni...aku rasa lain macam seram la plak. Sebab dia ni small co, staff dalam 20 org aje, tapi volume dier this year jer dah reach ber million2. Patutnya aku kene tengok The Exchange malam tadi kat TV3 sebab ada preview pasal co ni, tapi aku tak sompat. Balik umah lambat gila...

Doakan la aku success yer. Tak nak aku asik mengadap pinggan mangkuk yang cantik2 dan mahal2 belaka tuh! Dapat free tak ape jugak!

You Might Also Like

2 comments

  1. bertuah badan...suami soleh betul!!! hehe... btw, good luck ok! insyaAllah akan ade rezeki tu...hiksss

    ReplyDelete
  2. thanks umie. tu la penat rupanya keje sales ni. selalu buat akaun jek.

    ReplyDelete