September 2008 - CIK MIL MILA

Thursday, September 25, 2008

Hadiah Aidilfitri
11:44 PM 3 Comments
Hadiah ni bukanla berupa wang ringgit atau baju raya yang mengerlip.Tapi ianya sangat bermakna buatku. Isnin minggu lepas aku kan gi interbiu. Pastu sampai ari ni aku tak dapat-dapat jawapannya. Doa x putus-putus moga rezeki itu milikku. Nak berharap sangat pun tidak juga. Sebab masa gi interbiu tu aku x berapa confident la. Abis suma soalan dier tanya. Speechless juga aku dibuatnya. Setiap ayat-ayat kat resume aku suma dia nak detail. Tak pernah aku kene interbiu macam ni.

Soalan interbiu:-
1. Berapa paid up capital co-nasib baik aku mmg handle secretarial matters ni, kalau x nganga gak aku

2. Average revenue per month-yang ini kalau aku x reti jawab mmg awal-awal dah kene reject dah...kata jaga akaun kan...

3. Margin berapa %

4. Pastu task yang aku buat...hehehhe..ni soalan paling mencabar...

5. Kenapa resign from previous-previous co –jawapan standard aku..biasalah..dapat better offer

6. Siap tanya, siapa owner co, background owner –as if dia kenal suma org yang buat business kat KL nih! Tapi I’m quite amaze sebab dia kenal former boss aku, rupa-rupanya ex-old boys school (MCKK) kantoi gak aku...tapi dia tau company former boss aku tu mmg problematic. Selamat aku...

7. Ayat terakhir dia... “Normila,I know u are very very suitable for this position, but...but... but...I just want to know whether you are a reliable person?”

How should I answer this?

“If u asked me, then my answer is yes..” then aku merapu apa pun aku x ingat...

Inilah interbiu yang paling challenging yang aku pernah rasa. Aku masuk bilik interbiu tu pukul 11. Aku keluar pukul 1.30...berpeluh-berpeluh aku dibuatnya!

This morning, I had a quarrel my boss again. Macam biasala...ada aje yang aku buat tak kena. But this time aku memang confront depan depan je dengan dia. Nak tengok aku hangin...sila laa...she/he don’t know me yet...tengoklah aku antar resignation letter nanti. They must be very happy.

Yang sebenarnya, pagi tadi aku dah hangin sangat ...aku call interviewer tu...tanya status interbiu.sebenarnya aku segan gila. Thanks to my hubby sebab bagi semangat & to Kak Mita for encouraging me to call.

Yang suspense nya, aku call dier x pick up. Dalam hati dup dap dup dap. Memang aku tak harapkan dia pick up call aku...Aku malu arr macam terhegeh-hegeh. Tapi aku nak sms aje. Semalam lagi aku dh draf sms tu. Cuma tak sent out lagi sebab segan. Apa yang aku segan sangat pon aku x tau.

Bila confirm tak angkat baru aku sms. Few minutes after that she called me...makkkkkkkk...seramnya

“Normila, maaf saya ada discussion tadi” aku dengar dia mcm gelak-gelak

“Ye puan, tak per, Puan dapat SMS saya?”

“tu yang saya nak bagi tau ni...What do you want to hear?” alamak...dia saja nak bagi aku suspense...mengigil gak aku time tu.

“I wish I could hear good news, of course”

Dia gelak-gelak lagi-aku dah la menggelabah ni

“Yes... we are offering u the job. But we cannot give the salary u asked for. We can only give u RM**** but the salary will be revised after the probation”

Aku rasa mcm nak menangis masa tu....Speechless...but anyway I said to her that I don’t mind. Because i know where I stand. Hahahaha...aku saja letak expected salary banyak-banyak..sebab aku tau dia mesti nego punya.

Inilah hadiah aidilfitri untuk aku. Yang pastinya aku akan collect letter of offer aku after raya nanti. Alhamdulillah. I will be reporting on November. Wish me luck friend!
Reading Time:

Wednesday, September 24, 2008

Hari Raya
9:36 AM 5 Comments
Tahun ni turn aku beraya kat umah family aku di Kota Tinggi, Johor. Sebab tahun lepas turn rumah kuarga mertuaku, bukan di Bangi tapi di Gemenceh, Negeri Sembilan. First time masa tu beraya tanpa kuarga tersayang. Ada sedikit sedih la, tapi mengenangkan aku ni dah berkahwin, kira aku kuatkan semangat. Bukan tak balik Johor pun. Rata-rata orang negeri meraikan hari raya dengan lemang. Part tu yang aku tak biasa. Sebab kat umah mak aku, tiap-tiap tahun memang puas makan ketupat. Bukan ketupat segera tapi daun kelapa lagi. Kira aku dah terbiasa, bila tak jumpa tu yg rasa macam tak lengkap aje...mengada-ngada plak aku nih

Tahun ni horayyyyyyyy! Memang syok. Sebab dapat berjumpa dengan adik beradik & anak-anak buah yang ramai. Sejak berkahwin kami memang jarang-jarang pulang ke kampung. Mana tidaknya...tiap-tiap tahun selepas kahwin aku mengandung. Nak balik selalu memang tak larat. Tak larat fizikal, tak larat ekonomi sekali. Minyak pula mahal. Tol pun jangan cerita la. Tapi 2@3 bulan sekali tu kira wajib la. Kalau mak aku rindu sangat dengan aku dan cucu-cucunya dia pula yang berkunjung ke mari. Itu pun masa dia sihat. Tapi lately ni aku tengok dia sihat bila ada anak-anak ada di sisi. Kalau kitaorang suma dah balik bekerja...dia mulalah sakit sakit. Sebenarnya dia sunyi. Mujurlah abang ku yang ke-2 tinggal bersama dengan mak. Kalau tidak..ntahla. Diajak nya ke rumah kami, 2 hari selepas tu dia nak balik semula ke kampung. Tak betah tinggal di bandar agaknya.


Cakap pasal raya, walaupun frust sebab baju raya aku tak siap, tapi aku bersemangat juga nak balik kampung nih. Rindu betul dengan mak dan kuarga. Last balik bulan 8 ari tu. Lama rasanya. Aku rindu ketupat, rendang daging, ayam masak merah, sambal goreng & serunding buatan tangan mak...Menghitung hari ni. Tapi!!!!!!!!!!


Gaji tak dapat lagi!

Cuti aku start 30/9!

Bonus @ duit raya tak dapat!

Duit raya belum tukar! ( mcm kekurangan bajet-anak buah dah 11 orang dah ni!)

Kuih raya sendiri belum buat (orang lain aku tolong buatkan, dah siap dah)

Warghhhhhhhhhhhhhhhhh!!

Boleh raya ke ni?
Reading Time:
Baju Raya
9:13 AM1 Comments
Salah aku ker baju raya aku tak siap! Aku dah hantar untuk tempahan 07.07.2008 lagi. Ni first and the last la aku antar kat Z** Tailor nih. Geram betul aku. Lepas ni harammmmmmm aku nak antar situ lagi. Ni sebab ikut cakap b*ss aku la ni. Dia kata Z** ni buat kemas la, sedap pakai la, cantik buatan la... abih kalau hari ni pun baju aku dia tak potong-potong lagi apa cerita. Patut ker dia suruh aku call balik ari Isnin, itu pun CUMA nak tau baju aku boleh siap atau tak..belum siap lagi..abih bila aku nak balik kampung. Mangk*k A*un tul! Upah mahal! Nasib baik aku letak deposit RM50 aje (total RM320). Tu baru sepasang. Nasib baik baju-baju lain & baju anak-anak aku antar kat orang lain! Ni aku bulan posa dah maki-maki orang. Aku memang hangin tul.

Sanggup suh laki aku recycle baju nikah cum baju raya last year sebab aku nak sedondon dengan dia. Aku dah berkenan sangat dengan baju kaler purple tuh! Tetiba tak siap lagi. Warghhhhhhhh!!!Sudahnya aku cakap dengan dia aku nak ambik balik baju tu. Gue kecewa tahap gaban nih. Ni first time nak beraya dengan family ...Dah dua kali raya aku pregnant. Mana ada raya pun...asik mengah2...tak larat sangat...ni dah slim hajat dihati nak berkunjung-kunjungan. Abih baju glemer aku tak siap apa cerita nih!

Ni baju ku sebelum antar gi Z** Tailor tuh

Aty, adik ipar aku yg posing jadi model...Frust betullah...

Reading Time:

Saturday, September 13, 2008

Air umah aku
3:15 AM0 Comments

Ni kalau nak tau...betapa teruknya air kat umah aku. Meh tengok...Geli plak aku. Bayangkan kalau tak ada water treatment!Air inilah yang aku bagi anak-anak minum. Air yang aku buat susu, air yang aku & kuarga minum. Tak selera aku!Nasib baik suamiku amik tindakan yang tepat. Meh layannnnnnnnnnn Beyond Water .Oleh itu belilah water treatment dirumah anda. Tapi belilah Beyond Water dari Zhulian. Hua hua hua. Buat marketing tuk Zhulian plak aku. Membership pun dah expired dah ni.

Ni la rupa water treatment aku bila dh bukak cover dia. Sumanya see through. Except for the first chamber. Yang ni mmg tak leh see through sebab geli sehhh nak tengok.

Ni la first chamber tuh!Biorleh bertutup aku rela.


Ni lepas kuarkan first chamber. Bila air mengalir slow tu maksudnya chamber tu dah dipenuhi dengan kotoran-kotoran. Tu yang kene cuci bior dia lancar balik. Gelikan tengok. Bayangkanlah kalau kawasan umah kita dah lama. Lagi hitam legam air tuh!Geli aarrrrrrrrr...

Ni lepas cuci. After one year chamber ni kena ganti. Itupun kalau air tu memang teruk sangat lagi awal la kan...Aku rela la korbankan wang untuk kesihatan anak2 yang masih kecil & kuarga tersayang. dari asyik gi klinik aje...walaupon bleh claim kan...tapi letih arrr...(padahal suami aku yang bayar). Hua hua hua

Reading Time:
Snippet
2:57 AM 2 Comments
Langsir raya dah pasang. Suma kerusi & sofa dah susun ketepi macam nak buat kenduri. Hahahha. Bior senang Alya nak gerak dengan walker nya.Aku pun senang nak kemas. Nak kejor-kejor dengan anak & suami pun senang. Suma la senang. Lapang aje mata memanjang. Ni tgh plan nak cari carpet lak! Nak yang cantik...nak yang tebal...nak yang besar...nak yang MURAH!!! Ada ker. Sila bagitau kalau anda tahu anda jualan murah carpet dimana-mana yer. Tapi yang berkenan suma 4 angka la...susah tol!
Nurin lak sibuk nak jadi model. Sebenarnya gambar ni diambil sebab nak masuk Deko Bersama eric Leong. Tapi bila submit mail kene return daaa.....aduyaiiii.Ingat dapat la sponsor tuk renovate umah aku. Teringin nak ber'cornice' segala...nak install downlight kaler2...budget tak ada lah!!berangan aje sudaahhhh
Reading Time:
New Update of Me
2:42 AM 2 Comments
Hahahaha....baru ada masa nak update. Dah dua minggu ni aku bz giloss tahap gaban. Manataknya kerja jadi ‘Sales Assistant’ macam yang aku buat sekarang ni menuntut waktu kerja yang panjang.

Huarghhhhhhhhhh! Jadi tensen aku dibuatnya. Lagi pulak bulan puasa nih. Tak pernah dapat masak untuk berbuka bersama suami. Balik kerja aje suami aku dh siap masak. Tinggal aku makan aje. Kesian suamiku. Tapi nak buat macam mana kan. Nak beli mahal. Jarang pulak tu dapat lauk yang sedap. Tapi laki aku masak simple aje. Sumanya healthy food. No curry, no oily. Sumanya grill or soup. Better la. Bulan posa ni makan pelik2 karang sakit perut memanjang.So far sepanjang bulan puasa ni baru sekali je kitaorg tapau KFC, hari lain suma suami aku yang masak. Kalau tak pun layan kat umah mertua....Aku masak? Tak sompat den...

Nak buka kat luar? Hmmm tak payahla. Buat pening paler dengan anak-anak yang sedang membesar. Tak selesa pulak rasanya. Nak berkejar-kejar dengan ramai orang...tak sanggup aku!

Al-kisahnya aku ni dah fed up sangat dengan kerja yang aku buat ni. Aku memang tak de talent tak manage retail bisnes. Letih aku dibuatnya. Mana nak buat accounts, mana nak monitor stock. Mana nak entertain customer yang pelik-pelik nih. Asik kene senyum 24 jam. Tak larat aku nak melayan. Aku ni bukan penyabar sangat pun kan. Selalu jugak aku loss temper dengan customer yang banyak cekadak! Anyway customer come first. Bukan customer always right tau! Selalu aku kat back office aje buat account, skang buat sales & marketing. Asik kene menepek bedak aje. Takkan nak layan customer muka pucat cam mayat je kan. Since kawen ni memang x reti-reti aku nak make up beriya2.

Software pulak tak sampa-sampai lagi. Macam mana nak sampai kalau tak beli (tunggu grant SMIDEC la nih). Susah benar nak dapat staff. Ada assistant pun, dah 3 ari EL.Sudahnya aku kene takeover shift malam. But no way man! Aku cakap direct je kat boss, if aku kene kerja extra, aku nak claim OT. Sebab aku kene kena bayar extra kat bbsitter aku. Lepas je aku cakap gitu. Dia kata “tak apela mila, nanti lady boss datang jaga kedai lepas aku balik”. Hua hua hua. Sker betul aku! Dapat berbuka posa bersama yang tersayang. Syoknya kerja gomen kan. Bulan posa balik awal. Waktu kerja aku bulan posa start kul 11 sampai kul 6 ptg. Huru hara balik kerja berkejar. Taula Shah Alam bulan posa camner meriahnya balik kerja. Waaaaaaaaaaaaaa...fed upnya aku.

Ari Isnin aku aku ada interbiu. Suspen nih. Sebab company yang aku nak interbiu ni pernah offer aku dulu. Tapi aku tolak cara baik, siap aku recommend kawan-kawan aku. Tapi bukan rezeki co ni nak dapat staff kan. So bila aku dh fed up dengan kerja skang, apalagi aku offer diri sendiri kan. Tak malunya aku! Tapi nak interbiu ni...aku rasa lain macam seram la plak. Sebab dia ni small co, staff dalam 20 org aje, tapi volume dier this year jer dah reach ber million2. Patutnya aku kene tengok The Exchange malam tadi kat TV3 sebab ada preview pasal co ni, tapi aku tak sompat. Balik umah lambat gila...

Doakan la aku success yer. Tak nak aku asik mengadap pinggan mangkuk yang cantik2 dan mahal2 belaka tuh! Dapat free tak ape jugak!
Reading Time: