2009 - CIK MIL MILA

Friday, November 6, 2009

Updates...Updates...
1:36 PM 3 Comments
Asik bersawang aje aku punya blog nih. Kesian pulak tengok. Aku sangat sibuk sekarang. Ada good news, tapi jiwa dan perasaan gundah gulana. Nak bagitau kat umum pon rasa tak besh. Sudahnya hanya orang tertentu aje yang tahu. Apakah???

Rupanya membuat keputusan itu sangat sukar. Selama ini, aku seorang yang berani buat keputusan. Sanggup menganggung bebanan keputusan itu. Tapi kenapa kali ini terlalu berat. Sedangkan aku tahu keputusan yang aku akan pilih itu direstui oleh orang-orang kesayanganku.
Anyway, aku kene firm dengan keputusan itu. Selebihnya aku serahkan pada takdir.

Minggu lepas ada kawan mempromote justmate 5 kat aku. Fuhh..tercabar rasanya. Kenapa nak tercabar yer?? Sebab dia makan satu box (20 sachet = 20 hari) dia sudah kekurangan 4 kg. Bagi aku sangat menakjubkan.

Akhirnya, aku pon cuba jugalah. Mula-mula aku timbang dulu berat badan Sangat mengejutkan kerana berat aku adalahhhhhhhhhhhhh 58kg. Sebelum puasa 60 kg. Puasa 55kg. Raya 55kg lagi. Skang 58. Susah nya hati aku. Tapi tak per, aku cuba Jus Mate 5 dulu.

Day 1 :
Breakfast :2 keping roti bersama peanut butter, air milo tanpa gula
Lunch : Minum Jus mate 5
Petang : 3 hours after - 2 keping roti bersama peanut butter (lebih breakfast tadi)
Malam : Separuh hidangan nasi campur (share dengan hubby nasi, sayur kubis, pergedil,
ayam goreng)

Day 2:
Breakfast :Nasi lemak (fuhh melanggar syarat nampaknya yer!!), air milo tanpa gula
Lunch : Minum Jus mate 5
Petang :3 hours after - 5 sudu kecil oat + secubit garam + cookies kuih bakar Malam :Separuh hidangan nasi campur(nasi +sup ayam+kangkung+sotong+telur)

Day 3; (ari ni punya cerita)
Breakfast :Mee Hoon + telur goreng + air milo tanpa gula
Lunch : Minum Jus mate 5
Petang : makan oat sbb tak de stok makanan lain
Malam : x sure la, sebab belum malam lg.

Bagi aku agak sukar mengikuti diet program ni apatah lagi aku ni seorang yang suka masak + suka makan. Macamana agaknya nak berjaya? Jawapannya ialah disiplin. Maka aku harap aku boleh la follow.
Caiyuukkkkkkkkkkkk

Reading Time:

Tuesday, October 6, 2009

Selamat Hari Raya
12:18 PM1 Comments
Lambatnya aku wish selamat hari raya kan. Sebenarnya dah lama nk wish ever since belum raya lagi. Tapi sangat sibuk dengan keje opis dan yang sewaktu dengannya. Skang ni ada masa sikit sebab keje urgent suma dah siap except closing for Sept account. Takper…esok masih ada. Ikut dateline 7hb every month. Lepas ni aku continue la balik semula.

Raya tahun ni seronok sangat. Kenapa agaknya aku seronok yer..sebab dapat berlama-lama kat umah mak tersayang. Rinduuuu kat mak. Raya pertama turn aku beraya dengan kuarga mertua kat Gemencheh (belah mama). So sehari sebelum raya kitaorg dah berkonvoi dua kete. Aku drive satu kete hubby drive satu lg keta. So all the way long Puchong-Bangi- Gemencheh-Kota Tinggi…aku laki bini drive kete asing-asing.

Penat memang yer…tapi seronok sebab gi beraya. Raya pertama kat Gemencheh tu ada lebih kurang 10 buah rumah dr pagi raya sampai malam. Fuhh….over eat betul aku. The next day plak balik Johor bersama-sama kuarga mertua tapi beraya kat Kg Perak Machap (umah aunties belah mak aku) dulu . Janji ngan abang2 kat tol Machap. Pastu berkonvoi 1 van 3 kete ke situ. 1 van tu emak, kuarga abg Ami 5 org, Aisyah & Zul (adik aku) . 1 keta aku, nurin, alya dan atie (adik ipar), 2nd car Hubby, mak &ayah mertua. 3rd car abg Ali satu family. Dapat jumpa mak n part of the family kat situ seronok sangat. Tapi dapat beraya 4 buah umah aje sebab we all dah penat.

Malam tu aku, hubby n kids teman kuarga mertua tido di hotel kat Desaru.

3rd raya baru balik Kota Tinggi. Kebetulan umah penuh saudara mara. Kakak aku plak dah balik umah in-law dier so aku jd ketua chef plak ari tuh. Mak lak sibuk melayan tetamu. Lagipon nk bg dier break kejap. Main arah-arah aje…he he he.Syok jugak. Tapi aku ler yg kene cook. Belasah aje masak. Sekali masak sup satu periuk besar beb. Macam nak kenduri. Nasib baik Kak Fiza (abg Ami wife) and Aisyah tolong. My kids pon x kacau sebab diaorg with hubby and in-law family kat Desaru. It’s a tiring day. Petang tu Din (Hubby’s brother) datang pick up my in-laws balik umah dier kat JB. But later then they check-in to Austin Hill Resort…We all follow juga tapi late evening. Malam tu beraya umah Din and umah Kak Chik…syoknyer raya…

Banyak juga snap gambar. Tapi malasnya nk upload….


Reading Time:

Saturday, September 12, 2009

Let The Pictures Talk
4:50 PM0 Comments
Dah lama nak post pic tapi asik tak berkesempatan. Now while my kids are asleep. Let me share some of our photos

French style cook by hubby. The kids love it very much! The presentation is so lovely that we almost dont want to eat. The taste yummy. The filling is potato, cheese, onion, mix vege. Quite surprised when Nurin eat salad.


Took the pic at my in-law house while waiting for break-fast time. Alya look like chinese-muslim when wearing tudung


Nurin & Alya giggle while playing when I am taking their pic with my phone camera

Nurin looks blurred as she just wakes up from her sleep. Lunch at Santai Dataran Sunway


Alya also just wake up!





Reading Time:

Friday, August 28, 2009

My Girls
9:32 AM 4 Comments
Lama sungguh tak cerita pasal my two girls. Gambar tak der nk attach la. Asik lupa nak transfer

Nurin

1. Dalam percubaan pacifier-free. On 22nd August 2009. Puting Nurin telah di mis place kat umah atoknya kat bangi. Penat mencari sampai kami dah fed-up. Dalam kereta on the way nak menghantar Aisyah (my adik) balik ke KUIS, Nurin berebut puting dengan adik Alya. Sampai keadaan tidak terkawal. Aku jadi hilang sabar. Pastu Hubby dengan kejam telah membuang puting Alya semasa dalam perjalanan pulang kerumah selepas Nurin & Alya bergaduh dan mengamuk kaw kaw. Hubby cakap kat Nurin & Alya no more puting from now. Malam tu kami struggle..menguatkan semangat dan jadi manusia yang paling kejam. Lama juga mereka menangis. TIdo pon jadi tak nyenyak sebab pacifier tak ada!

2. Minggu yang sangat besh buat aku sebab Nurin dah tak menangis bila hantar ke Nursery. Kalau tak asik. ‘nak mama…nak mama..nak salam’. Sebelum ni teacher dia kata kalau menangis pon kejap je. Lepas aku pergi dia dah boleh bawa diri. (Nurin memang pandai berlakon)

3. Kuat makan – bila amik Nurin mesti tanya teacher How Nurin is doing there? Teacher cakap Nurin selera makan. Tengok pipi dia pon dah montel. Pipi jer yang montel. Bila balik umah, aku masak untuk berbuka. Bila dia Nampak aku hiding makanan, dia pon ‘ma, kakak nak makan’. Jawabnya memang kena suap. Berlumba-lumba dengan adik Alya siapa yang makan banyak.

4. Makan suap – Makan suap ni bukan amik rasuah yer. Dulu-dulu sebelum masuk tadika Nurin memang tak mahu makan disuap. Dia suka makan sendiri. Sekarang terbalik. Dekat tadika memang diaorg makan suap. So bila balik umah…memang makan suap. Seronok tengok dia makan. Banyak.

5. Suka main masak-masak. Guna lego. Tapi pakai mangkuk, cawan, sudu, garfu ikea yang kaler-kaler tu. Bersepah umah dibuatnya. Ikutkan aje. Malas nak sekat kreativiti dia. Bear pon dia masak! Part yang paling tak suka bila aku terpijak lego tu kat lantai. Hanginnnn tol.

Alya

1. Macam kakak dia dalam percubaan pacifier-free.Alhamdulillah. Alya tak sefanatik kakak nya. Tapi both can handle it well. Cuma kadang-kadang bila tertido tu terjaga dia dok raba-raba cari putting. Masa tu dia mula la merengek-rengek. I will calm her down.

2. Alya tak boleh diusik. Kalau dia usik memang dia melawan balik. Aku pon selalu kene. Kakak dia Nurin pon selalu cari pasal. Pantang tengok Nurin pegang apa-apa. Alya mesti nak merampas. Ikot perangai sapa ler agaknya eh…

3. Point 3-5 sama mcm kakak dia…

Dah dahhhh….aku kene buat kerja…
Reading Time:
New Office
8:51 AM0 Comments
Entry lepas aku da cerita betapa dusty nya office aku di kala pindah office baru ni. Dengan renovation yang tak complete nya. Dengan furniture tunggang langgang. Dengan aircond yang tak functional. Memang aku hot betul! Tapi tu minggu sebelum puasa.

Masuk bulan puasa semua renovation works dah complete. Perabot pon dah susun dengan kemas. Aircond dah sejuk. Walawehhhh…memang sejuk sangat. Tak pernah sekali pon dalam opis aku pakai setokin ngan jaket. Minggu ni even jaket dgn stoking pon tak boleh memanaskan aku. Suhu aircond 28 ok. Fan pon cuma satu jer. Mungkin berkat bulan posa kot. (tu laa..dulu merungut sangat cakap hot hot hot!)

Semestinya kerja tetap berjalan seperti biasa. One thing lagi aku happy sangat sebab aku tak perlu jadi P.A dah. Job tu staff baru dah buat. Admin pon sama. Jadi aku focus bab bab finance & account saja. Leganyaaaaaaaaa!

Boss aku bulan posa ni plak asik travel jer. Bisnes penuh dengan cabaran. Semoga kami dapat melaluinya dengan baik dan lancar.

Finally, aku rasa aku perlu tukar kedudukan desktop aku. Hehe..dah ler screen besor. Faham-faham aje la. Kot sapa-sapa ada speaker nak sedekah kat aku tak?
Reading Time:

Tuesday, August 25, 2009

Ceritera Puasa
4:32 PM0 Comments
Seronok nya bila tiba bulan puasa kan. Bab paling seronok bila balik keje awal. Bleh la masak untuk berbuka puasa. Semalam kuar umah pukul 6.55am. Buat rekod hantar Nurin dengan Alya gi nursery pagi-pagi. Alya masih tido bila mahu dihantar. Nurin pulak kul 5am dah bangun teman mama dia prepare hidangan sahur.

Sahur kitaorang simple aje. Goreng telur mata lembu + salad + tomato dihiris. Pastu buat ler sandwich. Bubuh sos cili sikit. Satu set untuk hubby, satu set lagi untuk aku. Fuhhh….

Buat susu Anlene untuk diri sendiri. Hubby minum air mineral aje.

Pastu rasa-rasa macam tak cukup. Aku panaskan kari ayam segera Brahims. Gatal nak merasa. Apa yang sedap sangat pasal instant curry ni kan. Boleh la tahan. Cecah roti dengan kari. Nurin pon layan.

Menu yang wajib time buka dan sahur semestinya kurma.

Juadah berbuka semalam pon simple aje. Nasi putih berlaukkan paprik ayam. Senang. Dump suma. Rasanya tidak menghampakan sungguh pon aku tak bley nak rasa. Desert pudding mangga + nata de coco. Pemberian mama (MIL)-sedap, buah naga dan air jus delima POKKA.

Tapi sejak puasa belum pernah aku pergi pasar ramadhan. Bukannya apa, tak sanggup nak bersesak-sesak. Apatah lagi dengan my girls tu. Tapi kalau terdesak pergi juga la kan.

Dah pukul 4.30. Tunggu hubby sampai pastu nak chiow dah…
Reading Time:

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
3:17 PM 4 Comments
Aku ingin menggunakan kesempatan berblogging ini untuk mengucapkan salam ramadhan pada semua.

Sama-sama la kita memperbanyakkan amalan pada bulan yang mulia.

Saya sertakan di sini checklist untuk bulan ramadhan.

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan).

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat).

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.

13. Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14. Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15. Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16. Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur). Namun tidak digalakkan waktu bekerja.

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.


KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan



RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2.Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Reading Time:

Wednesday, August 19, 2009

19.08.2009
8:45 AM 3 Comments
Today is my birthday.


Tq for all the wishes received since morning thru sms, fb and email.


I am 29. What have I achieved?


Walaupon begitu aku bersyukur kerana mempunya suami, anak-anak, keluarga dan kawan-kawan yang supportive. Tq all...



Reading Time:

Thursday, August 13, 2009

Kenapa Aku Tak Update Blog
2:28 PM0 Comments
Huhuhhu..tajuk tak boleh blah. Sebab musabab aku tak update blog

1. Sibuk di opis mengalahkan bapak managing director. Byk benor job ad-hoc yang di luar bidang aku. Tapi sebab aku ni pekerja cemerlang maka aku buat juga ( bukan ada pilihan pong). Ni pon aku lom close akaun july sbb baru pindah opis. Suma dokumen lom in order lagi. (alas an)

2. Berpindah opis. Opis baru ni masih dalam phase renovation. Makanya messy sana sini..jadi nk update blog pon tak der mood. Pastu habuk jgn cakap la. Asik bersin aje. Pernah gak pakai mask tutup hidung mulut suma. Bukan sebab H1N1 tp sebab tak tahan dengan habuk yg menular ni.

3. Kalau nk update kat umah tak besh. Sebab waktu dirumah adalah waktu bermalas-malasan dengan hubby dan anak-anak. Dulu kalau anak-anak dah tido boleh plak aku layan internet jap, tp skang sungguh pon wireless tp aku lebey suka gurau senda dengan hubby. Kalau tak pon layan tv sambil zzzzzzzzzzzzzzzzz….

4. My workplace yg sangat tidak strategic. Opis dulu tempat duduk aku dekat dengan main entrance. Jauh dari bilik boss. Jadi sambil wat keje bley layan jap blog kengkawan, ym ker, baca paper online ker salin resepi ker bla bla. Tapi skang meja aku sebelah bilik boss. Boss pulak tak nak pakai blind kat cermin dia…..nampak aje aku wat apa…sangat tak besh!! Tapi bagus gak. Aku jadi pekerja yang sangat efektif & efisien (sangat la tuh!)

5. Suma gambar kat hp & camera tak ditransfer. Jadi x syok nk update blog tak der gambar2 panas camtuh! Fuhhhh

6. Udah ler banyak sangat reasonnya. Nanti ada orang sound aku nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kwang Kwang Kwang
Reading Time:

Wednesday, July 15, 2009

Layan You Tube Metallica
11:27 AM 3 Comments
Update tak de kene mengena dengan tajuk yer...


Dah lama juga tak update blog ni...


Busy larrr...lagipon mood nak blogging on off aje.


Gi keje kul 7.30am


Antar anak gi day care. Pujuk Nurin. Alya very sporting.


Kul 8 -8.10am sampai opis. Jalan gi beli breakfast. Buat air. Baca paper on-line. Baca e-mail opis.


Kul 9am start wat keje.


Kul 9-6pm.Keje, keje, keje


6pm tunggu hubby amik.


Kul 7pm sampai. Amik kids


Balik umah kalau rajin masak. Light meal aje. Kalau tak jawapannya makan kedai @ tapau @ pasar malam.


Kul 9pm tido kan kids. Kalau penat..mama dia tido sekali


Boring la aktiviti macam ni. Got to reschedule balik... An furthermore..I have put on weight. Ridiculous. My BMI shows OBESITY.....warghhh....tensen tensen...


Tapi ari ni besh. Dapat layan METALLICA pagi-pagi. Teringat masa kat uni dulu. Missed my friends larrr. Mana ko eh YUS...kalau ko ada kat KL ni leh kita layan METALLICA sama-sama....


Reading Time:
George Carlin...(bukan bf aku yerr)
11:08 AM0 Comments
Got this from my mailbox: Credit to Kak Nora

I like this!!!

This is a master piece. If you have not read it, take the time to read it now. If you have read it, take time to read it again!

GEORGE CARLIN

(His wife recently died...and George followed her, dying this month July 2008)


Isn't it amazing that George Carlin - comedian of the 70's and 80's - could write something so very eloquent...and so very appropriate.


A Message by George Carlin: The paradox of our time in history is that we have taller buildings but shorter tempers, wider Freeways , but narrower viewpoints. We spend more, but have less, we buy more, but enjoy less.


We have bigger houses and smaller families, more conveniences, but less time. We have more degrees but less sense, more knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but less wellness.


We drink too much, smoke too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, stay up too late, get up too tired, read too little, watch TV too much, and pray too seldom. We have multiplied our possessions, but reduced our values.


We talk too much, love too seldom, and hate too often. We've learned how to make a living, but not a life. We've added years to life not life to years. We've been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet a new neighbor.


We conquered outer space but not inner space. We've done larger things, but not better things. We've cleaned up the air, but polluted the soul. We've conquered the atom, but not our prejudice. We write more, but learn less. We plan more, but accomplish less.


We've learned to rush, but not to wait. We build more computers to hold more information, to produce more copies than ever, but we communicate less and less. These are the times of fast foods and slow digestion, big men and small character, steep profits and shallow relationships.


These are the days of two incomes but more divorce, fancier houses, but broken homes. These are days of quick trips, disposable diapers, throwaway morality, one night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill. It is a time when there is much in the showroom window and nothing in the stockroom.


A time when technology can bring this letter to you, and a time when you can choose either to share this insight, or to just hit delete... Remember; spend some time with your loved ones, because they are not going to be around forever. Remember, say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side.


Remember, to give a warm hug to the one next to you, because that is the only treasure you can give with your heart and it doesn't cost a cent. Remember, to say, 'I love you' to your partner and your loved ones, but most of all mean it.. A kiss and an embrace will mend hurt when it comes from deep inside of you.


Remember to hold hands and cherish the moment for someday that person will not be there again. Give time to love, give time to speak! And give time to share the precious thoughts in your mind. AND ALWAYS REMEMBER: Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.
Reading Time:

Sunday, June 21, 2009

Karipap Pusing
10:48 PM 3 Comments
Dah lama aku teringin hendak membuat karipap. Selama ini aku cuma menolong mak saja. Tolong kelim. Akhirnya sampai juga hajat aku. Percubaan pertama. Tidak menghampakan.Sakit pinggang rasanya nak selesaikan. Ha ha..nampak sangat jarang buat kuih. Alhamdulillah. Menjadi juga.
Siap untuk dimakan. Pukul 1pm start membuat. Pukul 6pm baru siap suma. Dapatnya cuma 20 biji aje. Tak pandai bajet. Ada lebih kurang 8 kulit karipap lagi, tapi intinya dah abis. Last-last goreng kulit karipap tu mixed dengan icing sugar. Tak sangka pulak Nurin & Alya suka.
Reading Time:
Selamat Hari Bapa
10:31 PM 2 Comments
Tahun ini merupakan 10 tahun pemergian arwah abahku. Tiada ucapan yang terindah. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. A-Fatihah!

Buat ayah mertuaku...Selamat Hari Bapa. Terima kasih atas kepercayaan, perhatian, doa dan segala-galanya. Ayah da besh!

Buat hubby...Happy Father’s Day dari Ma, Nurin & Alya...

Thank you for being such a wonderful, responsible & lovely father to our kids.

Thank you for taking care of our kids

Thank you for your wonderful cooking

Thank you for the household chores you’ve done all these while

Thank you for cheering us up when we are down

Thank you for everything
Reading Time:

Friday, June 12, 2009

My Feberet Kaler - Hijau
3:30 PM 3 Comments
Nak cerita panjang-panjang malas...tapi nak blogging juga...meh ler cuci mata tengok benda-benda hijau...

Sebenarnya CD kawen aku photographer pinjam. Dah dekat 3 tahun pinjam tak pulang-pulang. Rindu ni nak layan gambar kawen...kalau dh print tu ada la...tak syiok nk scan...

Reading Time:
Haziq Kindercare - Day 9
3:24 PM0 Comments
Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun Nurin masih menangis bila dihantar, tapi perkembangannya positif. Adik Alya biasanya tidak menangis. Nurin memang crybaby sikit,macam mama dia. Ha ha…

Hampir 2 minggu, aktiviti harian kami semacam berubah sikit tunenya. Sebab bila my kids balik mereka Nampak letih. Mana tak nya, bila tiba waktu kami fetch diaorang kat day care tu,Nurin & Alya seronok bermain dengan kawan-kawan. Panjat sana-sini. Lari-lari. Sangat aktif. Balik umah masing-masing kepenatan. Minta air. Lepas tu dua-dua terbaring depan TV. Beberapa kali Nurin tertido masa tengok Barney/Nursery Rhymes/Indahnya Iman kegemarannya.

Bila selesai makan malam, biasanya Nurin & Alya makan main-main aje. Cikgu Eli kata mereka sekarang berselera sangat makan. Tu yang xkisah nak makan kat rumah tuh. Satu kelegaan buat aku. Lepas makan, Hubby akan ajak mereka naik ke bilik tengok siri ulangan Macam-Macam Aznil. Memang Nurin & Alya peminat setia rancangan ni. Siap joget-joget lagi. Aku pula kemas meja makan, basuh baju dan kemas beg sekolah mereka. Lepas tu baru aku mandi dan join the family.

Biasanya mereka tidur awal sebelum pukul 10. Jadi aku and hubby ada banyak waktu bebas sehingga tengah malam. Kadang-kadang hanyut awal juga. Keletihan seharian di opis. Tapi aku perasan, Nurin bangun awal pagi minta susu. Haus anak mama ni rupanya. Bukan sekali, banyak kali. So, dah lama aku tak bangun malam buat susu, sekarang kene biasakan semula. Alya pula tidur memang xingat dunia. Janji ada bantal & selimut dia. Siap tutup muka lagi…

Nanti bila senang aku upload gambar diaorang kat Kindercare ni yea…

Reading Time:

Thursday, June 4, 2009

Day 3 in Daycare
9:49 AM 2 Comments
Semalam hari ke-3 Nurin & Alya di Tadika Islam Haziq. Nurin masih menangis bila di hantar. Ayat yang kuar dari mulut dia mesti ini “ Tak nak gi school”. Adik Alya tak menangis tapi dia asyik mahu berkepit dengan Nurin.

Tanya feedback teacher dia, how the girls is doing. Teacher Najwa cakap Nurin mula-mula aje nangis. Lepas tu dia okey. Cuma Nurin x mau makan. Kalau makan pun 2-3 suap saja. Itu lah masalahnya. Nurin memang tak mahu disuap. Dia suka makan sendiri. Bila balik umah aku tanya kenapa Nurin tak mahu makan. Tahu apa jawabnya..

“Nak mama masak aje..”

Sayu hati aku. Kadang-kadang bila teringat diaorang kat opis hati aku jadi tak senang. Tu yang bila balik umah petang-petang aku sanggup masak untuk Nurin. Resultnya memang dia makan banyak. Nak air tangan mama juga rupanya.

Alya pula makan boleh tahan banyak. Sampai kenyang. Alya memang suka makan. Tengok aje lah badan dia yang debab tu. Berat Nurin & Alya pon beza sekilo aje. Walaupon beza setahun. Tapi Alya belum pandai berkawan. Teacher kata dia mahu selalu berkepit dengan Nurin. Nurin nak main pon Alya x bagi. Naik rimas Nurin dibuatnya –kata Teacher Najwa ler.

Aku faham. Alya memang suka dibelai dan dimanja. Kalau kat rumah babysitter Kak Erah itu, anak nya Mira memang selalu dokong Alya. Manjakan Alya. Memang x berenggang. Kalau Mira tak der Taufik pula yang manjakan. Sebab tu ler Alya jadi mcm tu…tapi kat tadika ni lain. Diaorang lacking personal attention.
Reading Time:

Wednesday, June 3, 2009

Surprise....Surprise...
12:02 AM 2 Comments
Penat betul siang tadi. LDP from Damansara to Puchong is (extra, extra and extra) ordinary jammed. Nasib baik aku naik bike dengan hubby. Itupon tersangkut juga...waaaaaaa..tensennya aku. Selalu kalau dari opis kul 6.10ptg mcm tu before 7ptg aku dah boleh reach umah...tapiiiiiiiiiiiiiiiiii....kul 7.20ptg baru sampai Tadika Islam Haziq...tempat penginapan baru buat anak-anakku...huhuhuhu...macam hotel plak eh...

Sampai-sampai tinggal Nurin & Alya saja. Kengkawannya dia suma dah balik..siannya anak mama...But diaorang tak nangis macam semalam. Semalam...bila nak pick them up..Nurin & Alya both crying...sayunya hati mama...sorry girls...I have to let you stay here...Arghhh..hati mana tak sayu tengok anak kat tadika tu, no personal attention, no freedom, no good food (ice cream, sweets bla bla bla) no – no – no...

Balik umah aku masak sikit.simple...tapi aku tengok nurin banyak. Alya makan main-main. Tak kisahla, janji makan.

After meals, aku kemas kitchen, clear the dining table, buat laundry, sapu lantai and clear the messy toys .Hubby bawa kids naik bilik. Tengok Macam-Macam Aznil.

Then..apa yg surprisenya kannn..kan...

Tu ler...

Bilik masuk bilik...aku tengok kids dah mengantuk sangat. Switch dengan light off, the tv off...and aku took over the duty. Tido kan budak-budak. Hubby kuar gi sedekah duit kat bermacam-macam bank. Then aku pon switch off jugak dengan kids...sebelah lengan kiri Alya..sebelah lengan kanan Nurin...sweet aje kann...

Then apa surprisenya niiiiiiiiiiiiii

Tetiba aku dengar bunyi pintu bilik dibuka. And hubby wakes me up. Dia suruh aku teman dia sidai baju. Dalam samar-samar aku tengok jam pukul 11.30mlm.

“Am I hear it right???”

Sebab selalunya aku yang selalu suruh dia teman since aku ni memang penakot. Backyard kitaorang tu ada sedikit scary sikit...perasaan aku aje...

Then hubby tarik tangan aku. Pastu aku pon bangun ler...mamai...
Tengok kat bawah gelap except ada cahaya tv...Kata nak sidai baju kan..patutnya terang ler...but then I saw something on the table. Macam bunga..but since aku ni memang rabun kan...aku switch on the light. Betul ker apa yang aku tengok ni. But bunga sapa plak tengah 2 malam ada atas meja ni...

Tengok hubby tengah layan dokumentari kat TV1...

Heee...memang bunga lerrrrrr..tok sapa..tuk aku ler....mana ada orang lain dalam umah ni yang boleh menghargai sejambak bunga tu...eh..iya ker..perasan je aku kannn...hehehe..tapi tauuuu...

Tanya hubby

“Bunga ni untuk sapa”...tanya direct aje...tak yah kias-kias

“Tuk ma la...sapa lagi..tak suka ker” melompat juga bila dengar dia cakap macam tuh.

“Suka....tapi kenapa bagi bunga. Ada occasion apa-apa ker..” – bagi ler duit ker kan..leh aku joli sakan..kalau tak pon bg aje credit card leh aku shopping online (dalam hati aje)..hahahaha..sangat tak bersyukur betul ler aku ni. Aku tanya bukan sebab apa, anniversary baru lepas..lagipon we all dah celebrate. Hubby yang belanja. Birthday lambat lagi. So..for what occasion.

“Ye laa..ma kan penat jaga anak, masak ...tuk suma yang telah ma buat”

Macam nak menangis juga masa tuh.. Bukan senang hubby nak cakap macam tu.. sangat terharunya...Well... for what I did, I did because I loves my family.With all my heart...

Pastu aku salam and kiss his hand. No other words. Just THANK YOU.

Note: Tarikh tu bukan tarikh sebenar yer...ha ha..malas ler nk tukar setting camera
Reading Time:

Thursday, May 28, 2009

BabySitter
9:32 AM 2 Comments
Hari selasa ari tu aku cuti sebab kene jaga anak-anak. Baby sitter aku hantar anak pompuannya gi kolej. Jiran sebelah umah dia kata nak tolong jaga. Hari Isnin tu aku datang umah jiran tu, dia tak de. Nak tipon xder no tipon. Aisey…aku dah risau mana nak antar anak-anak. Next morning tu aku tengok umah nya memang tak de orang langsung. So aku assume mak cik tu cakap macam kel**g. Geram betul.

Babysitter aku sebenarnya dah preggy 8 bulan. Due 21 June ni. Mula-mula memang plan nak soh jiran sebelah babysitter aku ni. Tapi dah jadi macam ni nampaknya aku kene cari orang ganti. So aku tengah p k p k mana nak antar

Petang tu aku usha kawan-kawan kat area umah sewa lama. Tanya kot-kot ada org berminat nak jaga anak-anak aku tuk 2 bulan. 2 bulan aje sehingga babysitter aku abis pantang. Tapi sedih juga la nak bagi anak aku dijaga orang lain. Sebab Nurin & Alya memang serasi dengan babysitter ni. Namanya Kak Erah.

Ani, my (2nd ex-babysitter) berminat. Dia xkisah. Lagipon dier pernah jaga Nurin sehingga Alya lahir. Tapi dia buat bisnes jual kuih. Sibuk juga la. Aku takot Nurin & Alya ganggu dia buat kuih. Sedangkan aku nak masak pon diaorang sibuk2 kat dapor…

Balik cerita pasal Kak Erah.So far aku amat berpuas hati dengan servis yang Kak Erah bagi. Anak-anak jarang sakit. Balik umah macam biasa aje. Tak ada la nak mengamuk sakan macam dulu (masa tukar 3rd babysitter). Nurin pon rajin baca buku (plus koyak buku), belajar macam-macam sebab anak-anak Kak Erah masih belajar. Banyak belajar new vocabulary sebab berkawan dengan budak-budak besar. Pendek aku aku xpernah mengeluh. Except minor minor things. Aku pejam mata aje..

Bila aku tau Kak Erah pregnant aku memang frust ler…

Tapi tak per la..that is life..people come and go. Bertemu dah berpisah perkara biasa. Fuuhhhh..apsal aku emosi sangat niii..

Aku and hubby dah decide nak anta anak anak kat Taska Smart Reader dalam area taman ni. Fee dia affordable. Aku tengok Nurin pon suka. Ari tu aku lepak lama dengan Nurin & Alya kat situ. Kawan- kawan dia ramai.

Aku berdoa semoga tempat ni serasi dengan Nurin & Alya….Aminnn

Reading Time:

Monday, May 25, 2009

Sabtu 23.05.2009
11:49 AM 3 Comments
Hari sabtu 23.05.2009, pagi-pagi lagi we all dah bangun. Hubby teringin sangat nak wat breakfast. So I allowed him. Menu breakfast adalah seperti berikut:-

1. Cheesy potato
kentang rebus pastu goreng dengan sedikit butter pastu cairkan cheesdale, then taburkan sedikit oregano, parsley & basil

2. Garden salad
Guna pasta yang kaler2 tuh. Kerinting. Ntah apa nama dier pon tatau. Boil sampai lembut.Mix kan je dgn salad, tomato, olive oil plus thousand island dressing..yummy…
Bukan aku and hubby aje yang sedap melantak…nurin and alya pon suka..konon2 cam makan kan Kenny rogers version papa nurins..hehehe..

Lepas breakfast, aku ajak hubby and adik aku (aisyah) gi umah neighbour depan, nak tengok kucing dia. Hubby cakap ada 20 ekor lebih kucing dia…Aku bukanler penggemar kucing sangat pon, tapi mengenangkan nurins tu suka, aku bawa ler. Suka betul diaorang.

Yang tak bestnya jari kaki aku masa tuh kene gigit ngan semut api.abis bengkak.sampai ari ni tak baik lagi…..

Balik umah lepak kat garden..tengok punya tengok…rupanya pokok anggur dah mengeluarkan buah…wahhh..seronoknya…terus masing2 amik handphone nak amik gambar…pastu si nurin & alya pon sibok2 soh amik gambar..




‘ma..nak gambar ma..nak gambar’

Mak usu nurin ler yang melayan…

Ni ler hasil fotografi yang x seberapa tuuu



Cuba tengok betul-betul ...apsal muka diaorang tak seiras langsung dengan aku eh...ni mesti sebab papa nurins lebih dominan kan? kan???

Reading Time:

Monday, May 18, 2009

Nurin & Alya
2:03 PM0 Comments
Nurin

1. Cakap macam bertih jagung. Kadang kadang tak faham langsung dia cakap apa. Time tu aku selalu buat buat faham.Kalau tak nanti Nurin marah. Hahahahha..
2. Susah nak gosok gigi dia. Kena panggil papa amik vacuum baru nak gosok gigi. Itupun sambil menangis. Sebenarnya bila menangis lagi senang. Sebab mulut dia terbuka luas. Cakap pelan pelan dia tak heran
3. Tak nak makan kat baby chair dia. Dia nak join parent dier. Tapi makan berdiri. Kalau duduk camner nak makan kan…
4. Suka sangat menyanyi lagu Baba BlackSheep & Twinkle Twinkle.

Alya

1. Susah nak dengar dia cakap. She really refused to talk.( I assumed). Kalau cakap langsung x boleh faham.
2. Nak gosok gigi pon susah. Tooth brush tu yang dia gigit…
3. Tak nak makan suap. Nak makan sendiri. Tapi kecah satu rumah
4. Kakak nanyi, Alya suka joget joget. Joget tu goyang2 badan, bahu, pinggang & punggung
Reading Time:
13.05.2009 - My 3rd Anniversary
1:47 PM 2 Comments
Alhamdulillah…dah tiga taun rupanya kami hidup as husband & wife, with 2 kids. Masih teringat saat-saat diijab kabulkan. Tak nak cerita lah. Nanti aku emosi lebih2. Tapi anniversary ni aku mintak cuti 2 hari. Boss yang baik hati approvekan cuti tanpa banyak Tanya. Hooreyyyy…

Alkisah-nya. Plan last minute. We all gi Sunway Lagoon aje. Malas nak gi jauh-jauh sebab anak2 kami letak kat umah babysitter. Konon2 macam gi honeymoon ler. Honeymoon apa jadahnya terjerit terlolong kat dalam amusement park tuhh..huhuhuhu…

Mula-mula tu xder la thrill sangat (aku pon dh tau trick suma sebab dah penah pergi). Tapi ntah macamana aku jadi gayat yang teramat plak…We all gi 3 park aje. Takot tak sempat nk perabih dalam sehari. Kalau leh carry forward xper juga. Amusement Park-Water park – Extreme Park. Sangat seronok laaa..

Tak leh upload gambar…sebab banyak gambar seksi meksi..nanti hubby marah…

Yang sebenarnya kitaorg x amik gambar sangat pong. Sebab belonging kitaorg sumbat dalam locker..malas nk carry sana sini..karang masuk dlm kolam nanya aje..

Puas menjerit2 kat amusement park…siap basah lencun lagi dek air sungai buatan ..kitaorg gi water park plak. Alang-alang dah basah, biorler basah trus...seronok btul berendam. Cuaca plak sangat panas.memang sesuai ler. Abih gelap kulit aku, dah ler xpakai sun block (selama ni pon memang xpakai-xreti ler aku)

Dah puas berendam, kitaorg gi extreme park .padahal perut dah nyanyi nyanyi mintak diisi…lapor kemain. Tapi sayang lak nk byr duit locker. 5 hinggit sekali buka. 75 hinggit kali 2 entrance fee x heran plak eh…

Masa kat extreme park kitaorg layan AVI, naik motor 4 roda tuh…leh panjat bukit…masa turun bukit la paling suspense..aku dh terover turn…kaki dah jejak tanah, sikit lg nk tergolek. Nasib baik krew AVI tu tolong…kalau x mau aku kene hempap motor besor tuh…

Pastu hubby nak layan flying fox. Mengah2 panjat tangga setinggi ntah berapa tingkat. Memang tinggi ler…tapi bila tengok tempat nk touch down tu aku jadi seriau…cancel nk join flying fox. Biorler hubby aje..sementara hubby naik, we all cross over jambatan gantung kat situ…Alahai…memang suspense ler…Apsal ler aku penakot benorrr..Half way jer.Pastu patah balik…Tengok cuaca pon macam tak berapa baik..nak ujan…

Penat la nk taip.banyak sangat aktiviti masa tuh…

Esoknya kitaorang layan movie X-Men. Waa..lama btul tak dating ngan hubby camni…

Anyway..untuk Hubby..I love U dear…May our love lasts forever
Reading Time:

Thursday, April 30, 2009

MC
9:19 AM 4 Comments
Aku mc dua hari lepas (Tue 28/4/2009). Actually weekend sebelum tu aku memang dh rasa lain macam. Seram sejuk. Tapi aku x sempat nak memikirkan kesakitan itu sebab banyak sangat benda lain nak kena pikir. Monday still keje sebab kene uruskan payroll. Huhuhu.



Ingatkan bila mc aku dapat rehat (rehat maksud aku tu ialah tido, makan minum disediakan dan aku lepak kat umah saja). Tapi ntah macamana hubby aku tuh bleh plan nk ajak aku gi nursery kat jalan sungai buloh. (Hubby pun turut sama cuti sebab dia tengok aku flat gila-tapi aku rasa dia memang jeles bila tengok aku x keje).Bila sebut saja pasal gi Sungai Buloh, aku terus terpikir nk urut di Le Tanja (pusat kecantikan dan spa). Aku terus call and make a booking for 2 hours massage & Far Infra Red sauna. Pukul 11.30am aku sampai. Complete mungkin pukul 3.30pm. Hubby tak kisah, dia lagi suka sebab dia bleh bebas kat nursery Sungai Buloh tuh.



Kat sini ler Le Tanja tu. Kat Bandar Rahman Putra Sungai Buloh. Last year aku sign up pakej RM250 untuk five hours sessions. FOC 2 sessions of Far Infra Red Sauna. Tengok 5 jam tu macam sangat sekejap kan. Seminggu pon boleh settle kan? tapi percaya kah…aku amik SETAHUN untuk completekan pakej ini. Nasib baik pakej kat Le Tanja ni tak de expiry date. The reason being because jauh sangat dengan umah aku. Kalau dekat2 sure aku dh amik pakej baru.



Tapi service nya memang SUPERB. Aku bagi 4.8 over 5. I chose for hot stone massage. Yang itu memang marvelous. Dah lama tak memanjakan diri dengan massage sebegini. Sangat best. Tapi yang pasti demam aku terus kebah bila aku bersauna. Abis peluh suma keluar. Macam banjir. Dah lama tak bersenam. Apatah lagi dok opis yang berhawa dingin. Kalau buat selalu ni mahu kurus aku. Ntah datang pemalas aku, aku mintak plak diaorang buat pedicure & manicure. Huhuhuhu…best and best…ingat nak buat facial sekali, tapi kena tambah another one hour. Tak boleh la..sebab janji dengan hubby amik kul 3.30pm…



After the session, aku rasa sihat sikit. Tapi badan lenguh-lenguh sebab kene urut. Dah lama x berurut since delivery Alya. Ni tengah nk pujuk Hubby bayar pakej untuk 10 jam plak…sebab Le Tanja dah ada branch kat SS15 Subang Jaya. Abang……..bleh lerrrrrrrrrrr.
Reading Time:

Wednesday, April 15, 2009

Tag Lagikkkkkkk
4:39 PM 2 Comments
How much do you know about your husband

Ni takde sapa2 tag.Aku yang gatal sangat nak buat. Huhuhuhuhu

1.He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
Kalau bukan AXN, mesti Discover Channel @ National Geography @ History Channel @ AFC...Sangat gila tengok CSI, Engineering Disaster, Air Crash Investigation, House, License to Grill and etc.

Tapi kalau dia dah mengadap tv tu jangan harap aku bley pegang remote k

2. You're out to eat, what kind of dressing does he get on his salad?
Thousand island

3. What's one food he doesn't like?
Anything associate with susu...Coklat makan ler pulak. Susu coklat pong. (tp aku dah berjaya ajar dier makan roti with cheese)
Ari tu aku wat Kacang Foul..dia pesan “Ma lepas ni jangan masak ni lagi eh...abg tak leh nak makan”
Yang lain tu dia x cerewet sangat

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Carrot O or Teh O suam

5. Where did he go to high school?
Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi Jalan 2 kot, ke 3 ..ntah!.

6. What size shoe does he wear?
7@8 (kaki kembang) wakakakkaa...jangan marah yer sayang

7. If he was to collect anything, what would it be?
DVD, coins, keris, books...laki aku ni memang suka meng-collect, botol plastik pon suka, tin susu anak pon dier suka collect...

8. What is his favorite type of sandwich?
Tuna + mayo + chilli + onion + cucumber = smashed together...
yummy...my mother-in law punya recepi.


9. What would this person eat every day if he could?
Coklat kot

10. What is his favorite cereal?
No cereal. Kalau makan cereal camtu aje adalah....macam coco crunch

11. What would he never wear?
my suar dalam...wakakakkaka

12. What is his favorite sports team?
Motor Sport...ni dia nak tengok race kat Sepang weekend ni...cis..aku anak beranak nk itot gak

13. Who did he vote for?
tak vote kot...

14. Who is his best friend?
I assumed.... me, myself and nobody else.

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
Crying. He hates me when I cried

16. What is his heritage?
Nogori + Jowo =Nojo

17. What is his favourite colour?
Hitam.T-shirt dia banyak itam. Tapi aku suka varities kan..

18. What is his habit?
Pick jerawat...cabut bulu idung...

19. What is he proud of?
His family, garden and house

20. Who he loves the most?
Myself. His wife (konpiden aje)
Reading Time:
Tag: 1st time I saw you
3:28 PM0 Comments
Hari nak jawab suma tag dari iszan (tapi bukan suma since day first aku blogging yer). Tak sompek den!


Rule #1:Letakkan gambar anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang masih dalam wad, maknanya gambar anak hari PERTAMA..



Ni gambar Nurin hari ke 5 kot...sebab 1st day borned gambar dia xder kat thumbdrive aku. Maybe somewhere else (i dont know)...date kat camera should be 15/01/2007 NOT 2005. Aku pon lom kawen time tuh . Gambar adik Alya akan di publishkan bila aku jumpa gambar dier..uhuk uhuk...


Rule #2:Letakkan butir ini :

Nama penuh : Nurin Hidayatullah binti Ahmad Shafie Rahim

Nama Panggilan : Kakak Nurin

Jantina : Perempuan

Tarikh Lahir : 10 Januari 2007

Tempat Lahir : Hospital Serdang

Berat Lahir : 3.40kg

Cara Kelahiran :Caeserean


Rule #3:Apakah harapan korang pada anak ini..

Sihat, bahagia dunia akhirat!


dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti... dan KENAPA..?

Doktor kot…tapi tak kisah ler…asal rezeki yang halal


Rule terakhir....Mau tag siapaaaa?

All mama,papa, uncle, auntie...
Reading Time:
Tag: Gambar Profile
3:11 PM0 Comments


Iszan memang tidak pernah jemu men-tagged aku. Sungguh aku jarang menjawab tag dia. Sebab nyer aku tak sempat dan pemalas nak mapos update blog. Tapi hari ni sungguh aku tengah ada mood nk hapdet blog


1. Letakkan gambar profile anda:
Aku cek…takder plak gambar kat profile aku. Gambar ni ada ler..aci ker??


2. Terangkan maksud gambar itu:
Adalah aku…

3. Kenapa pilih gambar itu
Sebab gambar ni aje yang clear…

4. Mangsa tag seterusnya:
1. P.E da legend (Hubby)
2. Uncle Don
3. Raihanah
4. Sapa nak buat-buat lerr..








Reading Time:

Wednesday, April 1, 2009

I Lost My Precious Things!
10:34 AM 2 Comments
I got meeting at 4.30 pm today. I need to present Jan & Feb 09 account to all the board of directors. Unfortunately I couldn’t find my pencil box which I put my thumb drive in. I am angry and frustrated! My thumb drive is my life. Everything is all inside. What am I going to present then!

I asked Hubby if he has seen mine. He said no. It might be dropped when I was changing my handbag this morning. But I realized since I transfer all my belonging. My make up case, my wallet, my glasses, my lip gloss, my house & office key. All are there except the pencil box. What happen to me? Why am I so careless? Serve me right!
Reading Time:

Thursday, March 26, 2009

Battery Flat
4:44 PM 4 Comments
Semalam aku sangap. Tapi pagi ni aku bersemangat gila nak pergi kerja. Kul 7.15am aku anak beranak dah bersiap nak kuar. Except for Nurin yang bersembunyi disebalik selimut mickey mouse nya(masih tido). Aku biar dia tido dulu, and hubby start the car. Walawehhhhhh…aku dengar enjin macam x bunyik aje…apaaa kes…then I heard hubby shouting ‘bateri kong!!’

Aiseyyyyy…Aku kene gi keje lambat lagi ler nih!

Macam biasa kene smses boss and collegue. Huhuhuhu…

My boss replied:-
“that’s unfortunate”

Then aku discuss dengan hubby how to solve this prob. End up we decide that hubby kuar to buy breakfast and me myself settle kan laundry jap (dah kuar tajuk plak ek). Nak gi replace battery sekarang pon x bley sebab workshop belom buka. Baru pukul 7.30am.

Lepas breakfast baru hubby gi nearby workshop naik motor. Aku x amik port sebab bukannya aku faham sangat bab-bab teknikal ni kan. Langsung aku mandikan anak-anak aku yang comel-comel itu.

Seperti biasa selepas mandikan budak-budak tu, aku akan berkejaran satu rumah untuk pakaikan diaorang diapers. Penat la nak kejar sana-sini. Sampai aku hilang sabar dibuatnya. Korang tak tengok aku kene buli dengan budak dua orang nih…Kalau korang tengok mesti geram sama….

Lepas dress them up, Aku settlekan laundry (yang patut aku buat mlm ni) then baru aku dengar enjin keta dh bunyi. Alhamdulillah…settle masalah.

Masa antar Nurin gi umah bbsitter, satu cabaran lg. Aku buka passenger door kat blkg driver nak amik dier, dia lari gi pintu lagi satu, then bile aku gi kat pintu tu, dia pergi pintu tadi. Dia tak nak kuar keta. Penat aku pujuk. Rasuah macam-macam. Aiskrim la, coklat la…Suma dia tak amik port. Aku sudah marah ni!!! Nasib baik hubby ada, dia tolong rescue kan…Hubby kan berbadan sasa, so bila dia angkat Nurin, tak bleh gerak dahh….

Then Nurin menangis…Kesian tengok dia. Tapi nak buat macamana. Aku kene pergi keje…

Reading Time:

Wednesday, March 25, 2009

Sangap.....
4:35 PM0 Comments
Sangap betul la aku petang ni. Macam makan ubat tidur. Makan banyak sangat lunch tadi agaknya. Tapi tak juga…entahlah.

Buat report tuk meeting Isnin ni, tapi tak de mood sangat…dah seminggu aku perap report nih…

Terpikir jugak, balik ni nak makan apa plak…asik makan makan makan. Badan dah macam kene pam…

Rindu pulak kat anak-anak.

Badan aku jerk kat opis ni, tapi minda aku berada di-mana-mana…huhuhuhu…bila nak pukul 6 ni…
Reading Time:

Tuesday, March 24, 2009

Pagi yang Jelek
5:31 PM 3 Comments
Pagi ni aku terbangun lambat. Celik-celik mata jer tengok jam dah kul 7.10am. Tengok kat luar cam gelap aje…mana tak gelapnya…hubby baru tinted tingkap umah. Siang ker malam ker…gelap nya serupa jer. Tu la sebabnya aku asyik bangun lambat jer skang ni…(salahkan tinted plak eh). Karang nanti hubby bukak balik baru tau. Huhuhuhu…


Penat dok merayu hubby aku antar gi keje…Aku malas ler nak drive…tau jer la area office aku nih…kalau dah lambat macam ni sure smpi lambatttttttt punya. Tapi hubby kata dia tak leh masuk lambat. Ada audit ruang pagi ni. Hmmm..muka seposen jer aku trus siap-siap.

Kan betul….aku kene drive sendiri. Hujan renyai sepanjang jalan…Naisb baik anak-anak baik jer ari ni. Tak der yang tarik-tarik kain aku. Tak der dengar Nurin merengek-rengek cakap “Nak Mama…Nak Mama ajer” . Aku tau dah dialog dia nih. Terutamanya pagi Isnin. Atau bila cuti panjang.

Orang KL ni ni mmg jakun btul dengan ujan. Baik ujan renyai, ujan lebat, ujan panas…Blom lagi ujan batu kan…jem memanjang. Bosan la mcmni. Aku gerak dari umah kul 8.05 pagi…tau aku sampi office kul braper…
cuba teka…

teka laaaaa…


tekaaaa


………………………


………………………


Kul 10.05 pagi….


Memang maki hamun aku dalam keta. Dah ler kat LDP nak masuk NKVE jem kemain lagi kat Puchong Utama. Pastu dah masuk NKVE kat USJ ingat jem sikit-sikit jer.Sekali tengok papan tanda kat ITIS kata traffic perlahan di susur keluar ke Subang. Waaaaa….ini sudah mengundang marah ni…JEM KAW KAW PUNYA…geRAM SEHHHHHHHHHH !

@#$%^&*()_+

Dahler kete aku ni manual. Lebih 2 jam aku dok main clutch, gear n brek…penatnyaaaaa….


Sampai opis plak bos dah masuk.


Selalu kul 8.20am aku dh tercongok. Ni kira mcm bersalah nak mampos ler dating opis kol sepuloh. Tapi dengan selamba aje…aku buat air tok bosss…pastu aku cakap..
“Sorry boss, traffic very very very bad today. It took me more than two hours to reach office”
Then aku goreng ler macam-macam, macam masak nasi goreng tuh..letak ayam, letak mixed vege. Letak cili bla bla bla. Nasib baik sedap…And its true pon. Memang genuine…


Then aku starts keje as usual…


Tapi boss x marah pon. Dia faham.Thank you boss.
Reading Time:

Monday, March 23, 2009

Sabtu 22.03.2009
4:49 PM 3 Comments
Aku sebenarnya agak penat hari ni. Mengantuk pun ye juga. Malam tadi menunggu my hubby balik dari pertemuannya dengan long-lost sibling.(walaupon aku menunggu sambil tido) huhuhuhu. Asik terjaga sebab my other room-mate (Nurin) dok tergaru sana sini. Malam ni kita cari ubat untuk Nurin ye bang…Hari tu aku bubuh minyak gamat, baik juga. Tapi ntah kali ni makin menjadi-jadi pula. Si Nurin plak makin asyik menggaru. Syok sangat agaknya. Pernah satu malam tu aku dok menggarukan untuk dia “ma garuk sini ma, sini ma…” wahh…….ini sudah lebey!

Semalam hubby gi lepak ngan forummers bikers. Aku bagi chance sebab dah lama dia tak bersosial dengan kawan-kawan. Al-maklum anak-anak masih kecik, mana sempat kan. Lain la kalau dia tinggalkan pembantu tuk aku…Tapi since Nurin & Alya dah membesar sikit, aku pun tak kisah la. Pagi semalam hubby kul 9 dah kuar. Aku mandikan anak-anak, dress them up, make-up sikit walaupon terpaksa berlari kejar sana kejar sini. Sebab these two girls mmg cheeky sangat. Time nak pakai diapers dengan baju mesti nak aku kejar diaorg satu rumah…nak soh mama dia exercise agaknya…hahahha…aku pon memang tak pernah exercise. Then I took them downstairs. Bagi diaorg makan breakfast. Hubby belikan roti telur just before he went out. Aku yang kirim sebab aku tau Nurin dan Alya suka. Aku cecah kari pon Nurin nk cecah kari juga. Lepas tu “pedas ma..pedas”…jap gi “nak air ma…air”. Aku ni malas nak menyekat dia makan. Selagi dia rasa boleh tahan pedas tu…makan la…Alya pulak makan pastu menyepah-nyepah bawah meja…aisey…

Pastu aku siapkan laundry, lipat kain and all housework yang pending….Nurin dengan Alya dok main basikal diaorang. Tapi yg tak syoknya diaorang asik nak bergaduh aje. Si adik nak main basikal, kakak dia pulak sibuk nak basikal adik. Dah sah sah aku belikan sorang satu. Tapi si kakak ni kan….eiii..geram juga aku dibuatnya. Adik plak memang tak leh nk mengalah. Dia memang suka berebut. I can see that Alya is a bit fiercer than kakak. Dia memang akan fight sampai dapat. No matter what. Lepas tu dia cry out loud dan menjerit-jerit. Sudahnya aku pulak yang jadi tarzan dok marah kakak and adik. Both will cry of course.

At 12 aku bring them up to sleep. Make susu for them and tepuk2 adik…as usual both of them would gaduh-gaduh, and aku as usual marah both of them. Pastu aku soh diaorang tido. Aku cakap kalau nak jalan gi umah atok…suma kena tido. Lepas aku marah…baru la aku tengok kakak pejam mata, adik dok golek-golek kat port dia. Then I heard them snoring pelan-pelan. Huhuhuhuu…


Lepas tu aku turun, cook chicken porridge + mixed vege. Then pack things up for the two girls. Aku sambung kemas umah and sambung yang tertangguh tadi. Later bila diaorang bangun baru aku bertolak gi Bangi, umah ibu mertuaku. Kat sana aku relaks sket. Nurin dan Alya main-main dengan atok, ma tok ngan mak su nya. Sempat juga la nap few minutes…Huhuhuhuhu…

Reading Time:

Tuesday, February 24, 2009

Siapakah disebalik Facebook???
4:56 PM1 Comments
Got this in my mail box: Credit to Uncle Don


Aku baru terbaca mengenai tulisan Khai di blognya mengenai Facebook.Selepas selesai membacanya, aku rasa terpanggil untuk berkongsi ceritamengenai Facebook ini. Walaupun bagi sesetengah orang cerita ini cerita lama, tetapi apa salahnya aku kongsikan sekali lagi sebagai info tambahan. Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace,Frienster,Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama diruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannyasebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan.


Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun penggunaInternetakan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing.Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh oranglain. Betulkan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akanberkongsisedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaituFACEBOOK.


Sebenarnya, ada sebahagian "dark side" yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang bolehkita lakukan sekarang adalah "lihat" dan "terus melihat". Jika ada diantara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar didalamFacebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkahkitasiapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semuadata-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA?


Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapatsemua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita,kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyaklagisumber at anytime they want! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudah pun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT.Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, "nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita, senang sikit!"


Malang sekali bukan itu yang berlaku. Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook,kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letakdi dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikapr amah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendirisebenarnya. Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butirperibadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita.


Cuba bayangkan! Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempatyang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka denganPERCUMA. Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme),mungkinia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi merekayang mempunyai "title" sebagai "professional" seperti seorang doktor,peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya... inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.


Mengapa? Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professionalyang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka denganlengkapbagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh duniadanmasing-masing tidak mahu "kalah" dalam menceritakan semua kejayaandankegiatan yang telah mereka kecapi. Bukankah itu semua adalah PRIVACYdiri sendiri?


Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkankeatas diri mereka sendiri?- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan,interests, daily schedule, habis diberikan begitu sahaja. Itu semuaakandisimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistikuntuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenaikeluarga juga dimasukkan dengan selamba. Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.Kita marah bila orang mencungkil privacy kita. Tapi kita tidak sedar yang kita telah "berikan" semuanya di dalam Facebook kita!


Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya: Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini.... tiada apa yang tinggal.


Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka? Facebook best!Face book nombor 1 sekarang !!!Memang betul. Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya. Dan ini juga adalah satu fakta:Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal,Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebookoleh James Breyer dari Accel Partners.


Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini,kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan. Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.


Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah.Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh.Apalagi dengan benda PERCUMA sebegini. Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti.Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu...! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi...


Jadi, apa yang perlu kita lakukansekarang? Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasimereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nakmendaftar,berhati-hati. Itu sahaja.
Reading Time:

Thursday, January 29, 2009

Malam yang Dingin
12:09 AM 4 Comments
Masa tengah buat entry ni...huarghhh...aku tengah mengantuk gila. On computer semata2 nak cari resepi nak buat breakfast besok. Bosan beli sarapan kat luar...nak try resepi Kacang Pool (Foul). Ntah jadi buat ke tidak. Kacang tu aku dah rendam balik keje tadi. Nak cari yang segera dalam tin tak jumpa pulak. Tengok kacang tu tak kembang-kembang. Nak kene rebus sampai empuk pulak. Sure tak sempat...Lain kali aje la. Bak kata laki aku... “ala ma, makan roti dengan Tuna Mayoinnaise aje la” Dia dah beli semalam. Dengan roti roti coklat kismis. Aci ker makan roti coklat dengan tuna. Tak selera la aku...


Memang sangat mengantuk ni...tapi disebabkan time ni je aku ada masa bertenet kat umah, aku gunakan sepenuhnya. Laki aku tengah layan DVD Rush Hour, yang mana aku x sure.Dia nak tidur aku tak bagi. Takut lak sensorang kat bawah ni. Huhuhuhu...aku sure mesti tv tu yang tengok dia. Sebab dia dah kalah kepuasan tadi....Hua hua hua.


Ni ingat nak jawab tagged si iszan yang dah lama aku peram. Bukan x sudi, tapi memang x sempat. Lagipon kat opis tuh x der privacy langsung.


Since aku ni memang tak IT Savvy langsung, makanya aku nk mintak mahap ler kat iszan ni...Nanti ler aku jawab....mengantuk sangat dah ni...gud nite everybody
Reading Time:

Tuesday, January 20, 2009

Sakit Mata
2:10 PM 2 Comments
Aku telah diberi dateline untuk close akaun 2008 pada tarikh 16 Januari 2009.

Tapi malang tak berbau…pada 14hb malam lebih spesifik pada Rabu malam Khamis, anakandaku Nurin telah mem ‘punch’ aku di cheek bone and my right eye. How could she…
Dia marah aku sebab aku tak melayan dia…aku mengantuk tahap baban..camner nak layan.

Menjerit aku kesakitan sebab masa tu aku dah hampir hanyut dibuai mimpi. Bukan aku aje… laki aku pon sama dah tido berdengkur-dengkur dengan Alya. Lagi la Nurin tu marah.

Aku sangat marah!

Sebab sakit sangat.

Pastu aku dah tak sedar dah..yang aku tau aku marah Nurin dan aku suruh papa dier handle @ marah Nurin, sebab aku kesakitan. Sebenarnya aku merajuk dengan Nurin sebab dier pukul aku.Aku cakap aku tak nak kawan Nurin, pastu Nurin peluk aku, konon-konon nak pujuk la kan, tapi aku buat dekkkkkkkk jer.

Al-kisah, masa nak tidur tu mata aku sangat sakit berdenyut-denyut. Dengan harapan bila bangun tidur kesakitan itu akan reda

Rupanya kali ni bukan nya hilang sakit lagi dah…mata kanan aku terus tak boleh buka.

‘Abang....mata ma tak leh bukak nih’

Tapi masa tuh pagi sangat, laki aku pun bukannya dengar aku cakap apa pon…

Balik semula bab dateline tuk akaun tuh…

Ari 15hb tu aku tetap pegi keje. Pakai comey2 walaupon tengah sakit nih…nak bagi semangat tuk diri sendiri sebab dah nak submit akaun kan…akaun dh tinggal nak reconcile sikit2.

Tapi ntah camner, sampai opis lom sempat nk on computer mata aku dah sakit kaw kaw ni. Berdenyut-denyut. Pastu siap kuar tahi mata banyak. Setiap saat nk kene lap. Karang apa lak orang cakap tgk tahi mata aku bertepek2.

Sudahnya, aku decide nk amik half day off, sebab sakit yang tak tertanggung. Collegue aku plak MC.

Tapi sebab boss memang tengok aku cam gila sakit, dia bagi gak aku half day off.

Disebabkan serious, maka aku meng-extendkan cuti sampai jumaat….

So…moral of the story is…kalau anak tak tidur lagi…jangan la kita tidur..kerana ini akan mengundang bahaya.
Reading Time:

Wednesday, January 14, 2009

Summary of 2008
2:39 PM 3 Comments
Huarghhhhhhh… I don’t want to ingat all those night mares…I just want to focus ahead! So the most event is on 2008 is all about my FAMILY !!!
  1. Nurin Alya Fatihah was borned on 21st January 2008 (she is now 11 mths, 3 wks, and 3 days!)
  2. We moved to our new house (Finally we owned a house 22’x85’. Rumahku Syurgaku!)
  3. I bought a Lappy (underutilized)
  4. My hubby bought me a handphone NOKIA 6500s-1 on my birthday
  5. I bought designer handbag from my dear friend ISZAN
  6. My mum admitted at hospital (more than 5 times a year)
  7. Got a new job , with higher salary & big responsibility.(I like the environment. I hope it will lasts long)
  8. Family planning (Implanon)

My mission for 2009

  1. Salary increment, as per my job application!
  2. Loss weight, flat tummy & breast enlargement. (Skang perut aku sangat la buncit. Just imagine, I had two caesarean /operation in one year. How do u expect me to exercise??With my 2 small kids…with no maid…hendak seribu daya la kan?)
  3. Healthy & active lifestyle
  4. Go for holiday (local pun xkisah la-since got no big budget)
  5. A baby?? Againnn??? Not for this year I think so! 3 years from now (if got rezeki)
  6. A MPV ?? Still go no budget. Got to save a lot since we pay a lot for a house

Itu sebahagiannya sajalah… banyak mission aku sebenarnya. But I could not care less…I just hope I would have a peaceful live with my family.

Reading Time: