Sakit Mata - CIK MIL MILA

Tuesday, January 20, 2009

Sakit Mata

Aku telah diberi dateline untuk close akaun 2008 pada tarikh 16 Januari 2009.

Tapi malang tak berbau…pada 14hb malam lebih spesifik pada Rabu malam Khamis, anakandaku Nurin telah mem ‘punch’ aku di cheek bone and my right eye. How could she…
Dia marah aku sebab aku tak melayan dia…aku mengantuk tahap baban..camner nak layan.

Menjerit aku kesakitan sebab masa tu aku dah hampir hanyut dibuai mimpi. Bukan aku aje… laki aku pon sama dah tido berdengkur-dengkur dengan Alya. Lagi la Nurin tu marah.

Aku sangat marah!

Sebab sakit sangat.

Pastu aku dah tak sedar dah..yang aku tau aku marah Nurin dan aku suruh papa dier handle @ marah Nurin, sebab aku kesakitan. Sebenarnya aku merajuk dengan Nurin sebab dier pukul aku.Aku cakap aku tak nak kawan Nurin, pastu Nurin peluk aku, konon-konon nak pujuk la kan, tapi aku buat dekkkkkkkk jer.

Al-kisah, masa nak tidur tu mata aku sangat sakit berdenyut-denyut. Dengan harapan bila bangun tidur kesakitan itu akan reda

Rupanya kali ni bukan nya hilang sakit lagi dah…mata kanan aku terus tak boleh buka.

‘Abang....mata ma tak leh bukak nih’

Tapi masa tuh pagi sangat, laki aku pun bukannya dengar aku cakap apa pon…

Balik semula bab dateline tuk akaun tuh…

Ari 15hb tu aku tetap pegi keje. Pakai comey2 walaupon tengah sakit nih…nak bagi semangat tuk diri sendiri sebab dah nak submit akaun kan…akaun dh tinggal nak reconcile sikit2.

Tapi ntah camner, sampai opis lom sempat nk on computer mata aku dah sakit kaw kaw ni. Berdenyut-denyut. Pastu siap kuar tahi mata banyak. Setiap saat nk kene lap. Karang apa lak orang cakap tgk tahi mata aku bertepek2.

Sudahnya, aku decide nk amik half day off, sebab sakit yang tak tertanggung. Collegue aku plak MC.

Tapi sebab boss memang tengok aku cam gila sakit, dia bagi gak aku half day off.

Disebabkan serious, maka aku meng-extendkan cuti sampai jumaat….

So…moral of the story is…kalau anak tak tidur lagi…jangan la kita tidur..kerana ini akan mengundang bahaya.

2 comments:

  1. cabaran sungguh closing thn ni....
    tp aku pelik la pasal pe bley kua taik mata lak ek...? apa relationship dia ek... kene kaji ni...

    ReplyDelete
  2. tu ler rai...mata aku lepas kene lepuk tu jd bengkak, lepas tu berair...so lepas berair tu dier tukar jd tahi mata lak!!

    ReplyDelete