Day 3 in Daycare - CIK MIL MILA

Thursday, June 4, 2009

Day 3 in Daycare

Semalam hari ke-3 Nurin & Alya di Tadika Islam Haziq. Nurin masih menangis bila di hantar. Ayat yang kuar dari mulut dia mesti ini “ Tak nak gi school”. Adik Alya tak menangis tapi dia asyik mahu berkepit dengan Nurin.

Tanya feedback teacher dia, how the girls is doing. Teacher Najwa cakap Nurin mula-mula aje nangis. Lepas tu dia okey. Cuma Nurin x mau makan. Kalau makan pun 2-3 suap saja. Itu lah masalahnya. Nurin memang tak mahu disuap. Dia suka makan sendiri. Bila balik umah aku tanya kenapa Nurin tak mahu makan. Tahu apa jawabnya..

“Nak mama masak aje..”

Sayu hati aku. Kadang-kadang bila teringat diaorang kat opis hati aku jadi tak senang. Tu yang bila balik umah petang-petang aku sanggup masak untuk Nurin. Resultnya memang dia makan banyak. Nak air tangan mama juga rupanya.

Alya pula makan boleh tahan banyak. Sampai kenyang. Alya memang suka makan. Tengok aje lah badan dia yang debab tu. Berat Nurin & Alya pon beza sekilo aje. Walaupon beza setahun. Tapi Alya belum pandai berkawan. Teacher kata dia mahu selalu berkepit dengan Nurin. Nurin nak main pon Alya x bagi. Naik rimas Nurin dibuatnya –kata Teacher Najwa ler.

Aku faham. Alya memang suka dibelai dan dimanja. Kalau kat rumah babysitter Kak Erah itu, anak nya Mira memang selalu dokong Alya. Manjakan Alya. Memang x berenggang. Kalau Mira tak der Taufik pula yang manjakan. Sebab tu ler Alya jadi mcm tu…tapi kat tadika ni lain. Diaorang lacking personal attention.

2 comments:

  1. cian nurin x dpt manje dgn uncle die...
    xperla nurin yer..nati blk lagi uncle bawak g fish lagi, then main layang2 sambil tiup buih sabun eh..

    ReplyDelete
  2. uncle don jgn lupa bwa alya sekali yer...

    ReplyDelete