Haziq Kindercare - Day 9 - CIK MIL MILA

Friday, June 12, 2009

Haziq Kindercare - Day 9

Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun Nurin masih menangis bila dihantar, tapi perkembangannya positif. Adik Alya biasanya tidak menangis. Nurin memang crybaby sikit,macam mama dia. Ha ha…

Hampir 2 minggu, aktiviti harian kami semacam berubah sikit tunenya. Sebab bila my kids balik mereka Nampak letih. Mana tak nya, bila tiba waktu kami fetch diaorang kat day care tu,Nurin & Alya seronok bermain dengan kawan-kawan. Panjat sana-sini. Lari-lari. Sangat aktif. Balik umah masing-masing kepenatan. Minta air. Lepas tu dua-dua terbaring depan TV. Beberapa kali Nurin tertido masa tengok Barney/Nursery Rhymes/Indahnya Iman kegemarannya.

Bila selesai makan malam, biasanya Nurin & Alya makan main-main aje. Cikgu Eli kata mereka sekarang berselera sangat makan. Tu yang xkisah nak makan kat rumah tuh. Satu kelegaan buat aku. Lepas makan, Hubby akan ajak mereka naik ke bilik tengok siri ulangan Macam-Macam Aznil. Memang Nurin & Alya peminat setia rancangan ni. Siap joget-joget lagi. Aku pula kemas meja makan, basuh baju dan kemas beg sekolah mereka. Lepas tu baru aku mandi dan join the family.

Biasanya mereka tidur awal sebelum pukul 10. Jadi aku and hubby ada banyak waktu bebas sehingga tengah malam. Kadang-kadang hanyut awal juga. Keletihan seharian di opis. Tapi aku perasan, Nurin bangun awal pagi minta susu. Haus anak mama ni rupanya. Bukan sekali, banyak kali. So, dah lama aku tak bangun malam buat susu, sekarang kene biasakan semula. Alya pula tidur memang xingat dunia. Janji ada bantal & selimut dia. Siap tutup muka lagi…

Nanti bila senang aku upload gambar diaorang kat Kindercare ni yea…

No comments: