August 2009 - CIK MIL MILA

Friday, August 28, 2009

My Girls
9:32 AM 4 Comments
Lama sungguh tak cerita pasal my two girls. Gambar tak der nk attach la. Asik lupa nak transfer

Nurin

1. Dalam percubaan pacifier-free. On 22nd August 2009. Puting Nurin telah di mis place kat umah atoknya kat bangi. Penat mencari sampai kami dah fed-up. Dalam kereta on the way nak menghantar Aisyah (my adik) balik ke KUIS, Nurin berebut puting dengan adik Alya. Sampai keadaan tidak terkawal. Aku jadi hilang sabar. Pastu Hubby dengan kejam telah membuang puting Alya semasa dalam perjalanan pulang kerumah selepas Nurin & Alya bergaduh dan mengamuk kaw kaw. Hubby cakap kat Nurin & Alya no more puting from now. Malam tu kami struggle..menguatkan semangat dan jadi manusia yang paling kejam. Lama juga mereka menangis. TIdo pon jadi tak nyenyak sebab pacifier tak ada!

2. Minggu yang sangat besh buat aku sebab Nurin dah tak menangis bila hantar ke Nursery. Kalau tak asik. ‘nak mama…nak mama..nak salam’. Sebelum ni teacher dia kata kalau menangis pon kejap je. Lepas aku pergi dia dah boleh bawa diri. (Nurin memang pandai berlakon)

3. Kuat makan – bila amik Nurin mesti tanya teacher How Nurin is doing there? Teacher cakap Nurin selera makan. Tengok pipi dia pon dah montel. Pipi jer yang montel. Bila balik umah, aku masak untuk berbuka. Bila dia Nampak aku hiding makanan, dia pon ‘ma, kakak nak makan’. Jawabnya memang kena suap. Berlumba-lumba dengan adik Alya siapa yang makan banyak.

4. Makan suap – Makan suap ni bukan amik rasuah yer. Dulu-dulu sebelum masuk tadika Nurin memang tak mahu makan disuap. Dia suka makan sendiri. Sekarang terbalik. Dekat tadika memang diaorg makan suap. So bila balik umah…memang makan suap. Seronok tengok dia makan. Banyak.

5. Suka main masak-masak. Guna lego. Tapi pakai mangkuk, cawan, sudu, garfu ikea yang kaler-kaler tu. Bersepah umah dibuatnya. Ikutkan aje. Malas nak sekat kreativiti dia. Bear pon dia masak! Part yang paling tak suka bila aku terpijak lego tu kat lantai. Hanginnnn tol.

Alya

1. Macam kakak dia dalam percubaan pacifier-free.Alhamdulillah. Alya tak sefanatik kakak nya. Tapi both can handle it well. Cuma kadang-kadang bila tertido tu terjaga dia dok raba-raba cari putting. Masa tu dia mula la merengek-rengek. I will calm her down.

2. Alya tak boleh diusik. Kalau dia usik memang dia melawan balik. Aku pon selalu kene. Kakak dia Nurin pon selalu cari pasal. Pantang tengok Nurin pegang apa-apa. Alya mesti nak merampas. Ikot perangai sapa ler agaknya eh…

3. Point 3-5 sama mcm kakak dia…

Dah dahhhh….aku kene buat kerja…
Reading Time:
New Office
8:51 AM0 Comments
Entry lepas aku da cerita betapa dusty nya office aku di kala pindah office baru ni. Dengan renovation yang tak complete nya. Dengan furniture tunggang langgang. Dengan aircond yang tak functional. Memang aku hot betul! Tapi tu minggu sebelum puasa.

Masuk bulan puasa semua renovation works dah complete. Perabot pon dah susun dengan kemas. Aircond dah sejuk. Walawehhhh…memang sejuk sangat. Tak pernah sekali pon dalam opis aku pakai setokin ngan jaket. Minggu ni even jaket dgn stoking pon tak boleh memanaskan aku. Suhu aircond 28 ok. Fan pon cuma satu jer. Mungkin berkat bulan posa kot. (tu laa..dulu merungut sangat cakap hot hot hot!)

Semestinya kerja tetap berjalan seperti biasa. One thing lagi aku happy sangat sebab aku tak perlu jadi P.A dah. Job tu staff baru dah buat. Admin pon sama. Jadi aku focus bab bab finance & account saja. Leganyaaaaaaaaa!

Boss aku bulan posa ni plak asik travel jer. Bisnes penuh dengan cabaran. Semoga kami dapat melaluinya dengan baik dan lancar.

Finally, aku rasa aku perlu tukar kedudukan desktop aku. Hehe..dah ler screen besor. Faham-faham aje la. Kot sapa-sapa ada speaker nak sedekah kat aku tak?
Reading Time:

Tuesday, August 25, 2009

Ceritera Puasa
4:32 PM0 Comments
Seronok nya bila tiba bulan puasa kan. Bab paling seronok bila balik keje awal. Bleh la masak untuk berbuka puasa. Semalam kuar umah pukul 6.55am. Buat rekod hantar Nurin dengan Alya gi nursery pagi-pagi. Alya masih tido bila mahu dihantar. Nurin pulak kul 5am dah bangun teman mama dia prepare hidangan sahur.

Sahur kitaorang simple aje. Goreng telur mata lembu + salad + tomato dihiris. Pastu buat ler sandwich. Bubuh sos cili sikit. Satu set untuk hubby, satu set lagi untuk aku. Fuhhh….

Buat susu Anlene untuk diri sendiri. Hubby minum air mineral aje.

Pastu rasa-rasa macam tak cukup. Aku panaskan kari ayam segera Brahims. Gatal nak merasa. Apa yang sedap sangat pasal instant curry ni kan. Boleh la tahan. Cecah roti dengan kari. Nurin pon layan.

Menu yang wajib time buka dan sahur semestinya kurma.

Juadah berbuka semalam pon simple aje. Nasi putih berlaukkan paprik ayam. Senang. Dump suma. Rasanya tidak menghampakan sungguh pon aku tak bley nak rasa. Desert pudding mangga + nata de coco. Pemberian mama (MIL)-sedap, buah naga dan air jus delima POKKA.

Tapi sejak puasa belum pernah aku pergi pasar ramadhan. Bukannya apa, tak sanggup nak bersesak-sesak. Apatah lagi dengan my girls tu. Tapi kalau terdesak pergi juga la kan.

Dah pukul 4.30. Tunggu hubby sampai pastu nak chiow dah…
Reading Time:

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
3:17 PM 4 Comments
Aku ingin menggunakan kesempatan berblogging ini untuk mengucapkan salam ramadhan pada semua.

Sama-sama la kita memperbanyakkan amalan pada bulan yang mulia.

Saya sertakan di sini checklist untuk bulan ramadhan.

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan).

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat).

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.

13. Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14. Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15. Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16. Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur). Namun tidak digalakkan waktu bekerja.

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.


KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan



RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2.Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Reading Time:

Wednesday, August 19, 2009

19.08.2009
8:45 AM 3 Comments
Today is my birthday.


Tq for all the wishes received since morning thru sms, fb and email.


I am 29. What have I achieved?


Walaupon begitu aku bersyukur kerana mempunya suami, anak-anak, keluarga dan kawan-kawan yang supportive. Tq all...



Reading Time:

Thursday, August 13, 2009

Kenapa Aku Tak Update Blog
2:28 PM0 Comments
Huhuhhu..tajuk tak boleh blah. Sebab musabab aku tak update blog

1. Sibuk di opis mengalahkan bapak managing director. Byk benor job ad-hoc yang di luar bidang aku. Tapi sebab aku ni pekerja cemerlang maka aku buat juga ( bukan ada pilihan pong). Ni pon aku lom close akaun july sbb baru pindah opis. Suma dokumen lom in order lagi. (alas an)

2. Berpindah opis. Opis baru ni masih dalam phase renovation. Makanya messy sana sini..jadi nk update blog pon tak der mood. Pastu habuk jgn cakap la. Asik bersin aje. Pernah gak pakai mask tutup hidung mulut suma. Bukan sebab H1N1 tp sebab tak tahan dengan habuk yg menular ni.

3. Kalau nk update kat umah tak besh. Sebab waktu dirumah adalah waktu bermalas-malasan dengan hubby dan anak-anak. Dulu kalau anak-anak dah tido boleh plak aku layan internet jap, tp skang sungguh pon wireless tp aku lebey suka gurau senda dengan hubby. Kalau tak pon layan tv sambil zzzzzzzzzzzzzzzzz….

4. My workplace yg sangat tidak strategic. Opis dulu tempat duduk aku dekat dengan main entrance. Jauh dari bilik boss. Jadi sambil wat keje bley layan jap blog kengkawan, ym ker, baca paper online ker salin resepi ker bla bla. Tapi skang meja aku sebelah bilik boss. Boss pulak tak nak pakai blind kat cermin dia…..nampak aje aku wat apa…sangat tak besh!! Tapi bagus gak. Aku jadi pekerja yang sangat efektif & efisien (sangat la tuh!)

5. Suma gambar kat hp & camera tak ditransfer. Jadi x syok nk update blog tak der gambar2 panas camtuh! Fuhhhh

6. Udah ler banyak sangat reasonnya. Nanti ada orang sound aku nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kwang Kwang Kwang
Reading Time: