Ceritera Puasa - CIK MIL MILA

Tuesday, August 25, 2009

Ceritera Puasa

Seronok nya bila tiba bulan puasa kan. Bab paling seronok bila balik keje awal. Bleh la masak untuk berbuka puasa. Semalam kuar umah pukul 6.55am. Buat rekod hantar Nurin dengan Alya gi nursery pagi-pagi. Alya masih tido bila mahu dihantar. Nurin pulak kul 5am dah bangun teman mama dia prepare hidangan sahur.

Sahur kitaorang simple aje. Goreng telur mata lembu + salad + tomato dihiris. Pastu buat ler sandwich. Bubuh sos cili sikit. Satu set untuk hubby, satu set lagi untuk aku. Fuhhh….

Buat susu Anlene untuk diri sendiri. Hubby minum air mineral aje.

Pastu rasa-rasa macam tak cukup. Aku panaskan kari ayam segera Brahims. Gatal nak merasa. Apa yang sedap sangat pasal instant curry ni kan. Boleh la tahan. Cecah roti dengan kari. Nurin pon layan.

Menu yang wajib time buka dan sahur semestinya kurma.

Juadah berbuka semalam pon simple aje. Nasi putih berlaukkan paprik ayam. Senang. Dump suma. Rasanya tidak menghampakan sungguh pon aku tak bley nak rasa. Desert pudding mangga + nata de coco. Pemberian mama (MIL)-sedap, buah naga dan air jus delima POKKA.

Tapi sejak puasa belum pernah aku pergi pasar ramadhan. Bukannya apa, tak sanggup nak bersesak-sesak. Apatah lagi dengan my girls tu. Tapi kalau terdesak pergi juga la kan.

Dah pukul 4.30. Tunggu hubby sampai pastu nak chiow dah…

No comments: