November 2009 - CIK MIL MILA

Friday, November 6, 2009

Updates...Updates...
1:36 PM 3 Comments
Asik bersawang aje aku punya blog nih. Kesian pulak tengok. Aku sangat sibuk sekarang. Ada good news, tapi jiwa dan perasaan gundah gulana. Nak bagitau kat umum pon rasa tak besh. Sudahnya hanya orang tertentu aje yang tahu. Apakah???

Rupanya membuat keputusan itu sangat sukar. Selama ini, aku seorang yang berani buat keputusan. Sanggup menganggung bebanan keputusan itu. Tapi kenapa kali ini terlalu berat. Sedangkan aku tahu keputusan yang aku akan pilih itu direstui oleh orang-orang kesayanganku.
Anyway, aku kene firm dengan keputusan itu. Selebihnya aku serahkan pada takdir.

Minggu lepas ada kawan mempromote justmate 5 kat aku. Fuhh..tercabar rasanya. Kenapa nak tercabar yer?? Sebab dia makan satu box (20 sachet = 20 hari) dia sudah kekurangan 4 kg. Bagi aku sangat menakjubkan.

Akhirnya, aku pon cuba jugalah. Mula-mula aku timbang dulu berat badan Sangat mengejutkan kerana berat aku adalahhhhhhhhhhhhh 58kg. Sebelum puasa 60 kg. Puasa 55kg. Raya 55kg lagi. Skang 58. Susah nya hati aku. Tapi tak per, aku cuba Jus Mate 5 dulu.

Day 1 :
Breakfast :2 keping roti bersama peanut butter, air milo tanpa gula
Lunch : Minum Jus mate 5
Petang : 3 hours after - 2 keping roti bersama peanut butter (lebih breakfast tadi)
Malam : Separuh hidangan nasi campur (share dengan hubby nasi, sayur kubis, pergedil,
ayam goreng)

Day 2:
Breakfast :Nasi lemak (fuhh melanggar syarat nampaknya yer!!), air milo tanpa gula
Lunch : Minum Jus mate 5
Petang :3 hours after - 5 sudu kecil oat + secubit garam + cookies kuih bakar Malam :Separuh hidangan nasi campur(nasi +sup ayam+kangkung+sotong+telur)

Day 3; (ari ni punya cerita)
Breakfast :Mee Hoon + telur goreng + air milo tanpa gula
Lunch : Minum Jus mate 5
Petang : makan oat sbb tak de stok makanan lain
Malam : x sure la, sebab belum malam lg.

Bagi aku agak sukar mengikuti diet program ni apatah lagi aku ni seorang yang suka masak + suka makan. Macamana agaknya nak berjaya? Jawapannya ialah disiplin. Maka aku harap aku boleh la follow.
Caiyuukkkkkkkkkkkk

Reading Time: