March 2009 - CIK MIL MILA

Thursday, March 26, 2009

Battery Flat
4:44 PM 4 Comments
Semalam aku sangap. Tapi pagi ni aku bersemangat gila nak pergi kerja. Kul 7.15am aku anak beranak dah bersiap nak kuar. Except for Nurin yang bersembunyi disebalik selimut mickey mouse nya(masih tido). Aku biar dia tido dulu, and hubby start the car. Walawehhhhhh…aku dengar enjin macam x bunyik aje…apaaa kes…then I heard hubby shouting ‘bateri kong!!’

Aiseyyyyy…Aku kene gi keje lambat lagi ler nih!

Macam biasa kene smses boss and collegue. Huhuhuhu…

My boss replied:-
“that’s unfortunate”

Then aku discuss dengan hubby how to solve this prob. End up we decide that hubby kuar to buy breakfast and me myself settle kan laundry jap (dah kuar tajuk plak ek). Nak gi replace battery sekarang pon x bley sebab workshop belom buka. Baru pukul 7.30am.

Lepas breakfast baru hubby gi nearby workshop naik motor. Aku x amik port sebab bukannya aku faham sangat bab-bab teknikal ni kan. Langsung aku mandikan anak-anak aku yang comel-comel itu.

Seperti biasa selepas mandikan budak-budak tu, aku akan berkejaran satu rumah untuk pakaikan diaorang diapers. Penat la nak kejar sana-sini. Sampai aku hilang sabar dibuatnya. Korang tak tengok aku kene buli dengan budak dua orang nih…Kalau korang tengok mesti geram sama….

Lepas dress them up, Aku settlekan laundry (yang patut aku buat mlm ni) then baru aku dengar enjin keta dh bunyi. Alhamdulillah…settle masalah.

Masa antar Nurin gi umah bbsitter, satu cabaran lg. Aku buka passenger door kat blkg driver nak amik dier, dia lari gi pintu lagi satu, then bile aku gi kat pintu tu, dia pergi pintu tadi. Dia tak nak kuar keta. Penat aku pujuk. Rasuah macam-macam. Aiskrim la, coklat la…Suma dia tak amik port. Aku sudah marah ni!!! Nasib baik hubby ada, dia tolong rescue kan…Hubby kan berbadan sasa, so bila dia angkat Nurin, tak bleh gerak dahh….

Then Nurin menangis…Kesian tengok dia. Tapi nak buat macamana. Aku kene pergi keje…

Reading Time:

Wednesday, March 25, 2009

Sangap.....
4:35 PM0 Comments
Sangap betul la aku petang ni. Macam makan ubat tidur. Makan banyak sangat lunch tadi agaknya. Tapi tak juga…entahlah.

Buat report tuk meeting Isnin ni, tapi tak de mood sangat…dah seminggu aku perap report nih…

Terpikir jugak, balik ni nak makan apa plak…asik makan makan makan. Badan dah macam kene pam…

Rindu pulak kat anak-anak.

Badan aku jerk kat opis ni, tapi minda aku berada di-mana-mana…huhuhuhu…bila nak pukul 6 ni…
Reading Time:

Tuesday, March 24, 2009

Pagi yang Jelek
5:31 PM 3 Comments
Pagi ni aku terbangun lambat. Celik-celik mata jer tengok jam dah kul 7.10am. Tengok kat luar cam gelap aje…mana tak gelapnya…hubby baru tinted tingkap umah. Siang ker malam ker…gelap nya serupa jer. Tu la sebabnya aku asyik bangun lambat jer skang ni…(salahkan tinted plak eh). Karang nanti hubby bukak balik baru tau. Huhuhuhu…


Penat dok merayu hubby aku antar gi keje…Aku malas ler nak drive…tau jer la area office aku nih…kalau dah lambat macam ni sure smpi lambatttttttt punya. Tapi hubby kata dia tak leh masuk lambat. Ada audit ruang pagi ni. Hmmm..muka seposen jer aku trus siap-siap.

Kan betul….aku kene drive sendiri. Hujan renyai sepanjang jalan…Naisb baik anak-anak baik jer ari ni. Tak der yang tarik-tarik kain aku. Tak der dengar Nurin merengek-rengek cakap “Nak Mama…Nak Mama ajer” . Aku tau dah dialog dia nih. Terutamanya pagi Isnin. Atau bila cuti panjang.

Orang KL ni ni mmg jakun btul dengan ujan. Baik ujan renyai, ujan lebat, ujan panas…Blom lagi ujan batu kan…jem memanjang. Bosan la mcmni. Aku gerak dari umah kul 8.05 pagi…tau aku sampi office kul braper…
cuba teka…

teka laaaaa…


tekaaaa


………………………


………………………


Kul 10.05 pagi….


Memang maki hamun aku dalam keta. Dah ler kat LDP nak masuk NKVE jem kemain lagi kat Puchong Utama. Pastu dah masuk NKVE kat USJ ingat jem sikit-sikit jer.Sekali tengok papan tanda kat ITIS kata traffic perlahan di susur keluar ke Subang. Waaaaa….ini sudah mengundang marah ni…JEM KAW KAW PUNYA…geRAM SEHHHHHHHHHH !

@#$%^&*()_+

Dahler kete aku ni manual. Lebih 2 jam aku dok main clutch, gear n brek…penatnyaaaaa….


Sampai opis plak bos dah masuk.


Selalu kul 8.20am aku dh tercongok. Ni kira mcm bersalah nak mampos ler dating opis kol sepuloh. Tapi dengan selamba aje…aku buat air tok bosss…pastu aku cakap..
“Sorry boss, traffic very very very bad today. It took me more than two hours to reach office”
Then aku goreng ler macam-macam, macam masak nasi goreng tuh..letak ayam, letak mixed vege. Letak cili bla bla bla. Nasib baik sedap…And its true pon. Memang genuine…


Then aku starts keje as usual…


Tapi boss x marah pon. Dia faham.Thank you boss.
Reading Time:

Monday, March 23, 2009

Sabtu 22.03.2009
4:49 PM 3 Comments
Aku sebenarnya agak penat hari ni. Mengantuk pun ye juga. Malam tadi menunggu my hubby balik dari pertemuannya dengan long-lost sibling.(walaupon aku menunggu sambil tido) huhuhuhu. Asik terjaga sebab my other room-mate (Nurin) dok tergaru sana sini. Malam ni kita cari ubat untuk Nurin ye bang…Hari tu aku bubuh minyak gamat, baik juga. Tapi ntah kali ni makin menjadi-jadi pula. Si Nurin plak makin asyik menggaru. Syok sangat agaknya. Pernah satu malam tu aku dok menggarukan untuk dia “ma garuk sini ma, sini ma…” wahh…….ini sudah lebey!

Semalam hubby gi lepak ngan forummers bikers. Aku bagi chance sebab dah lama dia tak bersosial dengan kawan-kawan. Al-maklum anak-anak masih kecik, mana sempat kan. Lain la kalau dia tinggalkan pembantu tuk aku…Tapi since Nurin & Alya dah membesar sikit, aku pun tak kisah la. Pagi semalam hubby kul 9 dah kuar. Aku mandikan anak-anak, dress them up, make-up sikit walaupon terpaksa berlari kejar sana kejar sini. Sebab these two girls mmg cheeky sangat. Time nak pakai diapers dengan baju mesti nak aku kejar diaorg satu rumah…nak soh mama dia exercise agaknya…hahahha…aku pon memang tak pernah exercise. Then I took them downstairs. Bagi diaorg makan breakfast. Hubby belikan roti telur just before he went out. Aku yang kirim sebab aku tau Nurin dan Alya suka. Aku cecah kari pon Nurin nk cecah kari juga. Lepas tu “pedas ma..pedas”…jap gi “nak air ma…air”. Aku ni malas nak menyekat dia makan. Selagi dia rasa boleh tahan pedas tu…makan la…Alya pulak makan pastu menyepah-nyepah bawah meja…aisey…

Pastu aku siapkan laundry, lipat kain and all housework yang pending….Nurin dengan Alya dok main basikal diaorang. Tapi yg tak syoknya diaorang asik nak bergaduh aje. Si adik nak main basikal, kakak dia pulak sibuk nak basikal adik. Dah sah sah aku belikan sorang satu. Tapi si kakak ni kan….eiii..geram juga aku dibuatnya. Adik plak memang tak leh nk mengalah. Dia memang suka berebut. I can see that Alya is a bit fiercer than kakak. Dia memang akan fight sampai dapat. No matter what. Lepas tu dia cry out loud dan menjerit-jerit. Sudahnya aku pulak yang jadi tarzan dok marah kakak and adik. Both will cry of course.

At 12 aku bring them up to sleep. Make susu for them and tepuk2 adik…as usual both of them would gaduh-gaduh, and aku as usual marah both of them. Pastu aku soh diaorang tido. Aku cakap kalau nak jalan gi umah atok…suma kena tido. Lepas aku marah…baru la aku tengok kakak pejam mata, adik dok golek-golek kat port dia. Then I heard them snoring pelan-pelan. Huhuhuhuu…


Lepas tu aku turun, cook chicken porridge + mixed vege. Then pack things up for the two girls. Aku sambung kemas umah and sambung yang tertangguh tadi. Later bila diaorang bangun baru aku bertolak gi Bangi, umah ibu mertuaku. Kat sana aku relaks sket. Nurin dan Alya main-main dengan atok, ma tok ngan mak su nya. Sempat juga la nap few minutes…Huhuhuhuhu…

Reading Time: