Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi...lalalalalalala

11:32 AM

Pagi ni, kami sekeluarga bangun awal dari biasa. Pukul 6. Sebabnya, aku, nurin & alya tidur kat hall. Tau-tau je la kalau tidur kat hall kan, semua bunyi boleh dengar. Terutamanya bunyi alarm handphone hubby. Hubby pulak tidur kat dalam bilik master (macam bilik sauna). Tak sanggup aku nak tido kat bilik sauna tu. Berlengas. Anak-anak pon tido pakai diapers jer...Panassssss. Baru panas dunia kan. Ni kes manja sangat la ni.

Lupa nak cakap kenapa kitaorang tidur bersepah-sepah ni. Ni suma aircond punya pasal. Buat hal. Sebenarnya dah 3-4 kali jugak kitaorang macam ni. Penat dah call orang tuk service aircond (kawan hubby). Tapi itu ler, tak datang-datang. Nak panggil orang lain takot xtra charge pulak. Dah ler poket tengah merundum...huhuhuhu..time ni pulak aircond ni buat hal. Duit yang kene kebas tu cukup beli satu lagi unit aircond.Cukup-cukup, tak nak kenang lagi peristiwa pahit ituuu.

Back to bangun awal pagi ni. Seronok betul. Boleh buat breakfast tuk hubby. Tuna sandwich. Buat Spaghetti Bolognaise (Beef) tuk lunch & dinner sekali. Tengah ada mood. Anak-anak pon senang aje nak mandi. Adik memang best..sporting gila. Kakak pulak...memang kene very tactical. Banyak sangat trick dia.Normila, banyak-banyak la bersabar...

Bangun awal pon, tetap jugak sampai opis lambat. Pukul 10.10am. Ntah apa-apa laaa . Ni pon tak buat keje lagi. Facebooking dengan blogging. Nak tunggu email opis masuk loading lambat sangat. Alasan pulak kan?? Amik ko...117 email masuk.

You Might Also Like

5 comments

  1. 117 jer ??
    kenapa x ckp kan 1117 terus ??
    hehehehe...

    ReplyDelete
  2. 117 tu sehari. kalau weekend mau 300 - 400.muak aku membacanya...

    ReplyDelete
  3. hi... seronok baca blog u ; ) selamat berkenalan

    ReplyDelete
  4. 白蟻的出現對於木製建築和木製家具是很大的傷害,要怎麼防制白蟻,是目前古建築和喜愛木製家具的人們的課題,消毒這行業日益興起,幫助忙碌的人們處理各式害蟲問題,例如清除跳蚤蟑螂老鼠等居家的困擾,當然也有提供除白蟻的服務,清理白蟻的師傅必須要考過證照才能執業,且必須做好嚴密的防護,除白蟻並不如殺死蟑螂般簡單。

    ReplyDelete