Cerita Pagi-Pagi

2:02 PM

Rindu betul kat bebudak dua orang tuh. Sapa lagi kalau bukan puteri-puteri yang comel tu. Masih terngiang-ngiang lagi suara diaorang pagi tadi.

Si Kakak tak nak pergi sekolah. Ada saja tricknya. Merengek-rengek. Berbedak sambil baring layan kartun Donald Duck. Katanya nak mama bedak kakak macam baby.
Si Adik pulak terlampau excited. Tak sempat salam dah berlari-lari tunggu mama kat tepi tingkat nursery sebab nak lambai mama.

Macam tu la setiap pagi. Berselang seli moodnya. Kalau kakak mood ceria, adik pulak bad mood. Jarang sangat dua-dua good mood. Yang paling pasti, setiap pagi mesti aku kene mandikan diaorang. Kerja papa pulak,sikat dan bedakkan. Pastu kene bagi bagi makanan. Kalau tak kismis, bagi roti.

Anak-anak pandai ambik kesempatan. Dia tahu mama diaorang kerja masuk lambat. Hantar diaorang lately ni lambat. Around pukul 8.00am. Lepas tu aku balik kemas rumah, sidai baju dan masak. Masak sekaligus sampai malam. Bawak bekal pergi kerja. Senang dan jimat.

Kat Cyberjaya ni makanan mahal. Ada yang murah, tapi kalau selalu jemu juga. Kalau aku tak masak, biasanya lunch mencecah RM10-RM15. Sesekali bolehla. Hari-hari tokey balak pon bankrupt. Kalau aku masak, tak perlu la aku sibuk-sibuk balik kerja nanti. Hubby boleh panaskan lauk.

You Might Also Like

3 comments

  1. X sempat nak panas lauk, da abis daaaa.... urrrghhhh

    ReplyDelete
  2. yerla...
    mama nurins da ngap suma...
    hahahaha...

    ReplyDelete
  3. ammen>apa lakkk....dia malas nk panaskan lauk. trus ngap dulu aje
    abang> ari ni masak daging halia+stir fry vege. happy eating

    ReplyDelete