Monday... - CIK MIL MILA

Monday, April 19, 2010

Monday...

Alhamdulillah. Dua-dua kanak kanak riang itu memberi kerjasama yg sangat excellent pagi ini. Ye la, weekend cukup tidur, cukup makan, cukup main, cukup manja...cukup sumanya. Pagi ini tiada yang merengek-rengek untuk dimandikan. Semuanya menyerah diri aje. Lapang fikiran.

Lepas anta kanan-kanak riang tu, aku shoot terus ker KUIS dengan Aisyah (adik yang paling bongsu). Dia ada kelas MUET. Ingat nak layan breakfast kat Mc D. Masa tu pukul 8.25am. Congak timing macam sempat aje aku nak reach office on time 9.30am. Tapi kene rushing.Malas. Ada karang yang tercekik Mc Muffin tu pulak! Owh tidak. Rancangan ke Mc D gagal. Ada bagusnya juga. Tak perlulah aku makan high calories breakfast. Kalau laki aku baca ni, mesti nak termuntah dia.

Aku ini, kalau nak ikut selera memang hari-hari nak bedal Mc D. Mana boleh kan. Bukan tak boleh dari segi dollar amount nye saja, tak boleh juga dari segi kesihatan aku ni. Aku kan overweight. Haa..terang-terang aku cakap kat sini. Malasssssss nak hipokrit. Kalau ikut timbangan weighing scale yang canggih manggih tu, aku punya BMR, cuma 1000 lebih sikit aje. Satu hidangan untuk MC Breakfast tu paling kurang mahu tak 250cal. Lunch lagi. Dinner lagi. Snack lagi. Exercise lagi laaaaaaaaaa.... ke laut. Metabollic age aku pulak 40. Satu opis gelakkan aku ari tu. Sadis sadis. 10 tahun tua dari usia sebenar.

Sejak aku tahu BMR aku, makan pon tak berapa nak selera. Makan yang patut-patut aje. Tapi tak lama. Malas pulak nak cerita. Lain kali aje la eh...

1 comment:

  1. hello! how are you?
    if you need unique fonts, you can go to our site ^^

    ReplyDelete