Nya-mok & Wu-rus

12:04 PM

Aku ni....orang cerita pasal vocabulary anak,aku po nak cerita jugak!  Saja la nak cerita-cerita aje. Setakat ini Nurin yang berumur 3 tahun 4 bulan boleh bercakap dengan lancar sekali. Tapi ada jugak pelatnya. Huruf R suma jadi L. Penat dah mengajarnya. 

Tak pe la Nurin, lama-lama nanti pandaila awak kan?

Suka sangat bercerita dan bertanya. Haaa..sampai aku kadang2 hot juga sebab soalan nyer kadang-kadang berulang-ulang. Letihhhhhh nak jawab. Aku selalunya akan ha ah, ha ah aje. Malang la awak Nurin dapat mama macam ni. Huhuhuhu.

Paling best bila aku ambik diaorg ni dari nursery, cikgu-cikgu dia siap cerita apa yang Nurin cerita kat diaorang. Abis rahsia rumahtangga aku diceritanya. Adehhh...tolong la Nurin oit. Cerita je la yang baik-baik aje. Yang keji-keji tu suma tak yah la awak cerita eh...

Cakap macam Nurin bley baca blog aku plak kan.

Meh kita review dua (2) vocabulary Alya pulak:-

1. Nya-mok
Ini bukan nyamuk ok. Maksud nya- GEMUK. Selalunya maksu Aisyah akan suruh Alya ejek papa dia dengan cakap begini

“PAPA GEMUK”.

Tapi tahu Alya cakap macamana?

“MAK SU NYA-MOK”

2. Wu-rus
Ini perkataan lawan nya-mok. Alya selalu sebut

“PAPA wu-rus”

He he he. Semata-mata nak bodek papa dia. Kesian anak aku ni.

Pasni aku nak share lagu-lagu yang dua orang budak comel selalu nyanyi bila balik rumah!


You Might Also Like

1 comments