Weekend @ Hotel Impiana Ipoh

4:28 PM

Ni memang entry jakun sikit. Bukan apanyer, aku ni memang susah nak berjalan jauh. Bukan sebab apa, sebab takder duit. Senang aje nak jawab. Tapi adik aku kata, shopping ada plak duit. Ye ker dik time shopping aku ada duit. Aku cuma gelek credit card jek. Time dapat statement aku pengsan. Pastu menggelupur nak buat GIRO transfer. 

Last weekend gi Ipoh. Attend wedding Kak Azni. Kat Silveritage Gopeng. Ex-housemate aku. Lama benar tak jumpa dia. Memang selim betul body dia. Aku ni aje alignment suma dah lari. Jangan laki aku yang lari sudah ler...

Punya pagi sabtu tu kitaorang reluctant nak packing. Tak sure nak stay kat ipoh atau daytrip aje. Dalam hati tu malas nk stay sebab hotel yang aku nak dah full house. Hotel lain aku tak berkenan setelah menelaah tripadvisor website tuh. 

Reach ipoh dekat-dekat pukul 3. Kuar rumah pukul 12 lebih. Memang makan masa sungguh nak settle kan rumahtangga ku itu. Bangun tido suma dah ler lambat. Nak masak lagi. Tak de mood nak makan kat luar. Sure anakanda dua orang tuh makan main-main. Goreng pasta daging aje. Senang. Siap tapau bawak gi Ipoh. Kot-kot la kelaparan nanti. Hubby sempat vacuum rumah. Aku kalau packing memang bertaun jugak la nk settle. Siap packing swimming suit utk diri sendiri & kids. Macam confirm2 aje dapat hotel with swimming pool kan??? Hua ha ha...

Nasib baik sampai majlis tak abis lagi. Kalau dah abis memang menangis la kan. Salam pengantin pastu kitaorang terus soru. Lapar la katakan. Sangat best sebab orang dah tak ramai. Tak yah nak queue. Pastu dapat makan aman damai. Macam pengantin makan beradap. Pas makan siap amik gambar dengan pengantin. Paling tak best kitaorang ni lupa nak bawak camera. Aisey...rugi betul la. Dah ler handphone aku ni camera out sikit...time ni memang rasa rindu sungguh la kat handphone aku yg ilang tuh. Sob sob sob.

After majlis, we all tanya pengantin mana hotel boleh stay. Diaorang recommend ke Tower Regency. Terus shooooot ke situ. Itu pon tanya direction pastu pandai-pandai sendirik. Nasib baik bangunan tu tinggi dari jauh dah nampak. Sekali full house daaaaaaaaa. Next option ke Syuen. Pusing-pusing tak jumpa mana hotel tuh. Nak tanya orang sangat malas. Hubby pon bedal aje bawak satu town pusing-pusing keluar masuk jalan yg sama jugak. Apa daaaa...

Harapan terakhir, aku cakap kat hubby apa kata kita walk-in je ke Hotel Impiana.Dah confirm-confirm full house tapi aku nak jugak try luck. Hubby drop me there then aku pon tanya kat receptionist yang macam tak mau layan aku tuh. Dia kata full house. Memang agak frustrated la. Aku tanya pulak direction nak ke Syuen. Memang terasa la bangangnya sebab tak der GPS. 

Masa aku sibuk tanya direction ke Syuen tu, ada la sorang mamat kat receptionist ni. Aku rasa macam manager (xsure apa). Dia suruh receptionist tu book kan hotel untuk aku kat Syuen. Terus call tanya ada room tak. Aku pon perhati je la. Sekali ada seorang lagi pompuan ni datang kat receptionist cakap ada orang cancel booking. Terus mamat tu bagitahu ada room kat impiana ni. Apa lagi aku pon on aje la. Alhamdulillah, tercapai impian aku nak duduk sini. Siap survey mana swimming pool...


Pic ni aku cilok dari website Hotel Impiana. 

Call hubby soh angkat beg dengan anak-anak sekali. Naik bilik. Sangat suka itu budak duaorang tuh! Pantang sebut hotel aje memang melompat-lompat. Siap Nurin cakap kat aku..sayang mama...apa apa aja la Nurin, janji suma orang happy. 

Swimming pool dier memang syok sebab besar dan tak ramai orang. Last weekend bukan public holiday pon. Full house sebab business event kot! Time petang tu syok sebab tak berapa panas. Bila time pagi ahad tu yang agak mencabar. Panas. Kitaorang anak beranak memang sun burn. Aku pulak memang tak der standby sunblock. Nasib laaa.

Gambar ada la sikit ni. Gambar tak cun sebab pakai hp.


Lepas check-in. Lepak-lepak.


Budak yang tak sabar nk terjun swimming pool.


 Ni dah bosan la ni tunggu mama papa tak nak turun-turun.


Adik dah mengigil. Tak nak mandi dah..tengok la tuh..kosong aje pool ni...Besh buat macam umah sendiri.

You Might Also Like

3 comments

  1. xpe xpe nnti next trip kite bwk itu kamera same video cam...

    ReplyDelete
  2. ush, sygnyer ko x bawak camera...
    kalo x mesti da sakan bergambar suma..
    kena plak hotel best...
    lagi ar...

    ReplyDelete
  3. pastu ada pic anak2 yg comel pulak tuh... hehehe...

    ReplyDelete