March 2011 - CIK MIL MILA

Wednesday, March 30, 2011

Puding Roti
5:33 PM0 Comments

Hari tu saya tak der banyak keje kat opis. Jadi tangan gatal klik kat blog list saya. Tengok my little kitchen punya gambar makanan. Terliur. Apa lagi. Terus amik resepi puding roti. 

Ini dia hasilnya. Mudah saja. A B C...


Habis .Separuh saya bawa gi opis untuk santapan kawan-kawan. Separuh lagi tinggal di umah untuk anak-anak. Hubby tak makan. He don’t like dairy product. 

Sedap juga. He he. Thanks to my little kitchen blog owner.
Reading Time:

Tuesday, March 29, 2011

Diari Ahad  Saya
8:52 AM0 Comments
Ahad semalam, hubby kene gi opis. Ada report urgent nk kene siap. Tinggal kami 3 beranak kat umah. Night before tu, saya tido lewat. Around 4am macam tu. Buat apa? Lepak dgn hubby. Sambil tu buat budget family.Tengok citer Hindustan. Anak-anak dah beradu. Penat shopping kot kat Alamanda. Eloklah tu. 

Pagi tu bangun lambat gila. Kul 10am kot. Kalau arwah mak masih ada, habis kene leter la saya.  Saya nak buat breakfast pon malas. Hubby gi opis, kami anak beranak masih berselubung. Sedap tido.

Breakfast Milo cereal  dengan susu je. Tapi satu bowl besar. Kongsi 3 beranak. Seronok juga.

Yang tak bestnya, Alya sakit buku lali. Dia tak boleh berdiri. Bila berdiri dia menangis. Haa...saya mula tensi dah. Nak mandi. Kencing, ber*k pon saya kene dukung gi bilik air. Kesian dia ke, kesian saya. Hahahha...

Nurin aktif mcm biasa. Saya minta dia tengok-tengokkan adik dia. Sementara saya sibuk buat laundry. Nasib baik Nurin boleh harap. Bermain dengan adik dia. Melukis dan men-conteng kertas. Sesekali dengar suara Alya merengek. Mintak saya baring sebelah dia. Owh anak...kalau mama tak der keje, memang haruslah mama melepek bersama awak...Bila Alya macam tu, dia banyak minum air masak. Tekak dia haus selalu. Bila banyak minum air, banyak jugak dia kencing. Maka saya bekerja keras la ari tu mendukung budak 14kg ke toilet. Sejam ada 4,5 kali. 

Bila saya dah macam penat sangat tu, saya pakaikan dia diapers. Mula-mula dia tak mahu. Tapi saya cakap, mama penat la Alya. Nanti kaki Alya dah baik, tak payah pakai diapers lagi...lega rasanya pastu. Sejak dia diapers free ni, kami tak stock up diapers lagi. Tapi masih ada 2 jumbo pek lagi dalam stor.

Tengahari saya buat baked macaroni with cheese. Tengah masak air nk masak pasta tu, gas habis. Ada gas extra dalam stor. Tapi saya mana lah kuat. Telepon hubby, soh call orang antar gas je. Bila call, tak dapat-dapat. Haih..mengeluh lagi saya. Tak tau mana nak tuju dah. Nak pergi kekedai tak mungkin kot dengan keadaan Alya begitu. Dapat idea. Gi umah neighbour depan. Dapat no telepon kedai lain. Fuhh...selamat...

Masak macaroni main bedal je. Dah lewat. Siap masak dah pukul 2 lebih. Makan bersuap beramai-ramai. 

Petang, acara napping beramai-ramai juga. 

Malam, hubby balik. Kul 8. Peliknya budak Alya tu sudah boleh berdiri dan bejalan. Apekah?? Hishhhh...saja nak manja dengan saya...

Kami bersiap ke bangi. Jumpa kuarga mertua.

Balik semula kerumah kul 10. Terus beradu.


Reading Time:

Monday, March 28, 2011

Seronoknya Berhujung Minggu
10:00 AM0 Comments
Hujung minggu memang sentiasa dinantikan. Masa berharga diluangkan untuk anak-anak dah hubby. Waktu inilah saya boleh masak sesuka hati. Sebenarnya, hampir setiap hari bekerja, hubby yang masak. Dia memang sedang 'passionate' memasak sekarang. Kebetulan dia selalu pulang awal. Memang rezeki kami anak beranak merasa air tangan dia!

Weekend saya took over balik kitchen saya tu. Masak ikot tekak saya. Selama ini pon, bila hubby nak masak, dia tanya tekak saya juga? haha.ada bezakah??Seronoknya jadi isteri. Dimanjakan.

Weekend kami suka breakfast bersama diluar. Nasi lemak daun pisang dan roti canai. Kalau rajin, saya buat jemput jemput ikan bilis versi arwah emak saya. 

Saya suka duduk dirumah. Lepak dengan anak-anak dan suami. Sambil buat laundry, lipat kain dan tengok tv juga. Anak-anak beraktiviti bebas. Sepah bilik dengan mainan mereka. Ha ha.

Lewat petang baru kami keluar. Ambil angin petang atau pon ke shopping mall...

Menarik bukan. Inilah dunia saya. Keluarga saya. 
Reading Time:

Sunday, March 27, 2011

Dr Mahathir's Selected Letters to World Leaders
1:42 AM0 Comments
Saya sedang baca buku ini. Masa launching beberapa tahun dulu, memang teringin sangat nak beli. tapi hasrat tak kesampaian. Kebetulan lunch time jumaat lalu, jumpa buku ni dijual di Street Mall, tak lepaskan peluang la kan.RM20 je.


Sekarang tengah bercita-cita nak beli buku Dr Mahathir yang baru. A Doctor in the House.
Reading Time: