Seronoknya Berhujung Minggu

10:00 AM

Hujung minggu memang sentiasa dinantikan. Masa berharga diluangkan untuk anak-anak dah hubby. Waktu inilah saya boleh masak sesuka hati. Sebenarnya, hampir setiap hari bekerja, hubby yang masak. Dia memang sedang 'passionate' memasak sekarang. Kebetulan dia selalu pulang awal. Memang rezeki kami anak beranak merasa air tangan dia!

Weekend saya took over balik kitchen saya tu. Masak ikot tekak saya. Selama ini pon, bila hubby nak masak, dia tanya tekak saya juga? haha.ada bezakah??Seronoknya jadi isteri. Dimanjakan.

Weekend kami suka breakfast bersama diluar. Nasi lemak daun pisang dan roti canai. Kalau rajin, saya buat jemput jemput ikan bilis versi arwah emak saya. 

Saya suka duduk dirumah. Lepak dengan anak-anak dan suami. Sambil buat laundry, lipat kain dan tengok tv juga. Anak-anak beraktiviti bebas. Sepah bilik dengan mainan mereka. Ha ha.

Lewat petang baru kami keluar. Ambil angin petang atau pon ke shopping mall...

Menarik bukan. Inilah dunia saya. Keluarga saya. 

You Might Also Like

0 comments