Hujan

6:30 PM



Ya Allah!! Saya suka sangat hujan. Sukaaaaaaaa sangat.

Sangat menenangkan. Membahagiakan dan kadang-kadang sayu je hati. Kenapa? Sebab teringat orang-orang tersayang yang sudah tiada lagi. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah emak, arwah abah, arwah ayah mertua, arwah datuk-datuk, arwah nenek-nenek, arwah ibu-ibu saudara dan muslimin muslimat. Al-fatihah. 

Teringat juga suasana kampung masa saya sekolah rendah dulu. Seronok main hujan dengan rakan sepermainan. Main bola, pergi jala ikan, panjat pokok, main kawen kawen hahaha....lawaknya masa tu kan? Macam lelaki. Tak kisah basah kene hujan atau baju kotor kene lecak. Kebanyakan my child hood friend memang lelaki. Kalau jumpa diaorang sekarang sepatah haram tak bercakap. Malu. Owh, saya juga kehilangan seorang rakan sepermainan. Dia muda setahun dari saya. Dia meninggal dunia baru baru ini.Dulu kami rapat sangat. Rapat dengan keluarga dia juga. Saya tidak dapat pulang dihari terakhirnya di dunia ini. Saya berdoa dari jauh. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Tapi kat KL ni , macam ada permainan psychology (bak kata Halim Othman di Suria pagi). Kalau hujan, mesti jalan raya sesak. Bukan ada apa pun, hujan je. Hujan kan air.  Jalan raya sesak sebab semua orang kelam kabut mahu pulang ke rumah. Mungkin takut air naik. Banjir. 

Jom kita berdoa







You Might Also Like

0 comments