Makanan Berkhasiat, Rambut sihat

11:12 PM

Rambut yang cantik dan sihat bersinar bukanlah kerana syampu dan rawatan salun sahaja. Saya percaya kecantikan adalah berpunca dari apa yang kita makan. Seperti biasa tagline ini sangat relevan ‘beauty from within’. Ini kerana sel rambut bergantung kepada zat yang kita makan.

Makanan yang berwarna gelap seperti kacang hitam dan cendawan shitake atau sayur-sayuran berwarna hijau tua seperti bayam dan brokoli adalah sumber terbaik untuk ,zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semula jadi.
Elakkan makanan yang berminyak dan beralkohol kerana ia mengandungi asid yang sangat tinggi. Pengambilan secara berterusan boleh menganggu tahap kesihatan. Kurangkan pengambilan makanan berasid seperti air berkarbonat, roti putih, daging dan gula.Jika PH badan kita berasid, ia boleh menyebabkan kelesuan dan tidak bermaya malah menyukarkan untuk fokus dalam aktiviti seharian. Makanan beralkali seperti sayura-sayuran, buah buahan, beras perang, avocado dan asparagus boleh menyeimbangkan tahap PH tubuh.
Makan ikut waktu. Waktu makan yang tidak teratur atau ‘crash diets’ boleh menyebabkan keguguran rambut yang serius disebabkan oleh kekurangan zat. Makan pada waktu makan yang betul pada setiap hari membolehkan zat makanan diserap dengan lebih efisien.
Amalkan mengambil 2 liter air sehari atau 3-4 liter bagi mereka yang mengambil vitamin tambahan. Makanan yang mengandungi serat atau berwarna gelap dipercayai panas atau ‘heaty’, maka pengambilan air yang banyak boleh menyejukkan badan, menurukan suhu dan mengeluarkan toksin.
Tambahkan makanan yang mengandungi serat dalam diet harian. Makanan yang kaya dengan serat seperti kekacang dan oat boleh menyerap kolesterol dalam tubuh. Kekacang bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut tetapi juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin.Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak. Roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yang sangat baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.
Kandungan zink dalam makanan laut seperti kerang, udang dan tiram boleh membantu mencegah rambut gugur dan memperkuatkan akar rambut. Ia juga membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan vitamin yang baik untuk pertumbuhan rambut.

Apa yang Shaklee ada untuk membantu anda mendapatkan rambut yang sihat, serta kebaikan lain yang tak terkira hebatnya?

Kami ada supplement Shaklee Zinc Complex. Ia merupakan Zink berserta kalsium. 
Shaklee Zinc Complex




Zinc Complex  

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Kepentingan zinc dlm proses kesuburan (credit to Jannatul Fadilah)

Ramai yang tidak tahu kewujudan supplement ini, namun bagi mereka yang mengalami rambut gugur, kekurangan sperma, wajah berjerawat, luka yang berterusan pastinya nutritionist akan menyarankan pengambilan zinc dalam diet makanan harian mereka.

Jika dahulu, sesiapa yang menjalani pembedahan pastinya akan dibekalkan dengan ikan haruan untuk mempercepatkan proses baik luka, namun sedarkah kita apakah fungsi ikan haruan sebenarnya? Ikan haruan didapati mengandungi zinc yang tinggi berbanding dengan ikan lain. Maka kaitannya adalah zinc sangat penting untuk menyembuhkan luka.

Dalam buku tersebut dinyatakan bahawa zink ni merupakan mineral yang diperlukan oleh badan untuk pemuliharaan dan pertumbuhan sel badan manusia. Ianya mempunyai kaitan dengan 300 jenis enzim dalam badan untuk membantu dalam metabolisma protein, karbohidrat dan lemak. Ia merupakan mineral kedua penting selepas zat besi.

Kepentingan zink antaranya…
1. penting untuk sistem pertahanan badan - imune system
2. bertindak sebagai anti oksidan
3. membantu penyerapan zat/mineral yang lain seperti magnesium, kalsium dan beberapa garam mineral yang lain
4. mempercepatkan pembaikan tisu yang luka
5. membantu penghantaran oksigen dan pengambilan karbon dioksida dari tisu

Apa lagi yang anda fikir? 

Penghantaran boleh dibuat di seluruh Malaysia.

Boleh hubungi saya

Call/Whatapps : 019 225 0752
Email  : normila.muhamad@gmail.com
FB : Normila Muhamad
FB Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.















.




.




You Might Also Like

0 comments