April 2013 - CIK MIL MILA

Tuesday, April 30, 2013

Lagi Fakta Menarik Tentang GLA Complex
11:17 PM1 Comments
Kebanyakan GLA (gamma-linolenic-acid) tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah3 kali lebih dari segi bioavailibility dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.



Sumber Asli GLA di dunia

1. Borage Seed             17%-25% 
2. Blackcurrant             15%-20%
3. EPO                          7%-10%

*GLA yang terbaik ialah dari borage seed dan yang paling best sekali Shaklee GLA Complex is ialah yang paling asli, semulajadi, dan paling berkesan!!


Tahukah anda yang setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya di gabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. kesegaran dan keberkesannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap kedalam sel dan tisu.

Jika berminat, anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Reading Time:

Friday, April 26, 2013

Cadangan Vitamin untuk Masalah Migrain
9:00 AM0 Comments
 
 
B Complex
  • Vitamin B Complex ialah vitamin yang membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Mengurangkan tekanan dan bertindak sebagai penenang.
  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain.
  • Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
  • Dikenali sebagai pengganti painkiller.
Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung.
  • Menyelesaikan masalah insomnia,
  • Membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran
  • Membantu dalam pembekuan darah.
  • Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka kawallah pemakanan.

Cuba elakkan mengambil ubat-ubatan berterusan yang kita sedia tahu ada kesan sampingan. Kasihanilah buah pinggang kita kerana terpaksa bekerja keras untuk memproses ubat-ubatan yang mengandungi dadah.

Sebenarnya, kita yang mengawal minda kita. Seseorang yang berfikiran positif akan mengubah biokimia badan dan boleh mengubah kesihatan dengan sempurna. Jika kita mempunyai migrain, mari kita mula memerhatikan jika kita mempunyai tabiat membimbangkan. Kita boleh mengubah tekanan darah kita dan biokimia dan keseimbangan hormon dengan mengubah fikiran kita. Pemikiran adalah siapa kita dan bagaimana kita melihat dunia.

Sujudlah dengan tenang kepada Maha Pencipta.Bila kita bersujud, aliran darah yang meningkat ke bahagian otak mampu mengurangkan risiko serangan sakit kepala dan juga migrain.

Minumlah air dalam kuantiti yang banyak. Bila kita sakit kepala, otak kita perlukan oksigen. Air itu mengandungi oksigen.

Tariklah nafas dalam dalam. Semasa menarik nafas, bayangkan kita sedang menarik urat-urat kepala yang sedang sakit. Tahan beberapa ketika. Bayangkan pula kita sedang bersedia untuk mengeluarkan urat-urat yang sakit itu keluar dari kepala kita. Kemudian, lepaskan perlahan-lahan, saat ini kita bayangkan kita telah pun melepaskan kesakitan itu. Ulang banyak kali sehingga semua kesakitan itu kita lepaskan.

Berdoa dan terus berdoa.

Usaha dan tawakkal.

Jika anda rasa anda perlukan vitamin ini, anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit












Reading Time:

Thursday, April 25, 2013

Set Penyusuan (budget) Shaklee
10:24 PM0 Comments
Bagi ibu-ibu yang ingin memerlukan Set Penyusuan Shaklee tapi mempunyai masalah kewangan, boleh cuba 2 produk hebat Shaklee ini dulu ye..





ESP (Energizing Soy Protein)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Satu hidangan shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada urik asid dan sangat mudah diserap oleh manusia.


ALFALFA
Dalam penyususan, alfalfa dikenali sebagai MILKBOOSTER.Selain itu, ia bertindak sebagai detoks , pembuangan najis menjadi lebih lawas serta membantu menurunkan berat badan, membuang angin dalam badan (mengurangkan risiko bayi kembung perut) menyelesaikan masalah keputihan malah bertindak sebagai kacip fatimah (mengetatkan vagina)

Jika berminat, anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Kisah Tentang Peragut Bersiri (Read at Your Own Risk)
9:56 PM 4 Comments
Cerita ini berlaku minggu lepas kot. Tak ingat tarikh dan harinya. Yang pasti ia berlaku sebelum Nurin mengalami kemalangan. 

Hari itu, saya keluar pejabat tepat jam 6 petang kalau ikut jam di 'finger print', tapi jam di handphone sudah 6:10pm. Seperti biasa, dalam kereta saya akan pasang USB yang saya beli di Majlis Ilmu dan saya akan turn on bluetooth supaya mudah saya menjawab panggilan suami atau pelanggan. Sekiranya saya pulang awal, saya memandu dalam lingkungan 70-80km sejam sahaja. Santai dan rileks. Tiada apa yang hendak dikejarkan. En suami mungkin sudah mengambil anak-anak.

Semasa memandu, saya perasan seperti dieekori oleh motorsikal di belakang sebelah kiri saya. Dekat dan rapat sehingga saya boleh mendengar deruan enjin motorsikal itu, sedangkan radio yang saya pasang juga sangat kuat. Rasa tidak sedap hati. Tanpa menoleh ke sisi kiri atau belakang, saya mula menekan minyak. Laluan yang saya lalui sangat lancar, maka membolehkan saya memandu lebih 120km sejam. Dalam hati berdoa semoga Allah menjauhi saya dari manusia yang berniat jahat. Saya kira pemandu motorsikal itu mungkin peragut bersiri atau sesiapa sahaja yang berniat tidak baik.

Rumah saya tidaklah jauh mana, tapi saya memandu laju ingin cepat sampai. Setelah pasti motorsikal itu saya tinggalkan jauh kebelakang, saya mula memandu seperti biasa apabila tiba di kawasan perumahan.

Saya mendapat panggilan dari suami sejurus saya masuk ke persimpangan kawasan perumahan saya.

"Ma, nanti ambik anak-anak. Abang lambat sikit dari Ma ni, Abang nampak Ma kat highway"

"Eh, abang bukan dah sampai ke?"

"Abang on the way ni. Dekat roundabout. Ma bawak kereta laju sangat"

"Err...Mana abang tau?"

"Abang follow Ma tadi dari MEX. Tak dapat nak kejar Ma. Ma laju sangat"

"Larr...Abang ke yang follow ma dekat-dekat tadi?"

"Ha laaaaa...."

Muahahahhahaa...

"Ma ingat peragut bersiri tadi, tu yang Ma speeding tu...."

Tak ku sangka, yang kusangka peragut bersiri tu rupanya suami sendiri.

Moral of The Story...tengok la kiri kanan. 








Reading Time:
Satu Fakta yang Membuatkan Saya Fanatik dengan ESP
9:00 AM0 Comments
Energizing Soy Protein - ESP Shaklee ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi 'non GMO' iaitu non-Genetically Modified Organism yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850gm (satu tin Energizing Soy Protein) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.


Satu hidangan shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada urik asid dan sangat mudah diserap oleh manusia.

Jika berminat, anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, April 24, 2013

Segmen: Salam Perkenalan By Miss BaNu
10:13 PM1 Comments
 
 
Ini segmen kedua yang saya sertai setakat ini. Saya baru nak berjinak-jinak blogging. Merangkak-rangkak nak belajar. Follower setakat ini cuma ciput 28 orang sahaja.

Di dalam blog ini saya menceritakan kisah hidup saya bersama insan-insan tersayang dan juga perkongsian gaya hidup sihat kami sekeluarga bersama Shaklee. Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah, COD di kawasan Puchong dan Cyberjaya. Penghantaran disediakan di seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
 
Saya sangat berbesar hati sekiranya pembaca budiman boleh follow blog saya, like fan page saya (tengok di sidebar), add saya kat FB (juga di side bar) dan beli vitamin dengan saya. Muhahahaha


Selamat berblogging semua...

Psst: Jom bersegmen sama-sama


 


Reading Time:
Zink lagi dan lagi dan lagi dan lagi....
11:43 AM0 Comments
Zink merupakan elemen surih yang penting untuk manusia, haiwan dan tumbuhan. Ia adalah penting untuk pelbagai fungsi biologi dan memainkan peranan penting dalam lebih daripada 300 enzim di dalam tubuh manusia. Badan dewasa mengandungi kira-kira 2-3 gram zink. Zink yang terdapat dalam semua bahagian badan: ia adalah dalam organ-organ, tisu, tulang, cecair dan sel-sel. Otot dan tulang mengandungi paling zink badan (90%). Kepekatan yang tinggi terutamanya zink dalam kelenjar prostat dan air mani.

Zink –penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel
Zink sangat penting terutamanya untuk ibu mengandung, untuk pembahagian sel janin dengan cepat. Zink juga membantu untuk mengelakkan keabnormalan kongenital malah penting dalam mengaktifkan pertumbuhan - ketinggian, berat dan pembentukan tulang pada bayi, kanak-kanak dan remaja.

Zink - penting untuk kesuburan
Zink memainkan peranan penting dalam kesuburan. Bagi lelaki, zink melindungi kelenjar prostat daripada jangkitan (prostat) dan akhirnya dari pembesaran (prostatic hypertrophy). Zink membantu mengekalkan jumlah sperma dan mobiliti dan tahap normal testosteron serum.

Bagi wanita, zink boleh membantu merawat masalah haid dan mengurangkan gejala-gejala yang dikaitkan dengan sindrom prahaid (PMS).

Zink - penting untuk sistem imun
Antara semua vitamin dan mineral, zink menunjukkan kesan yang paling cepat kepada semua sistem imun kita. Zink memainkan peranan yang unik dalam T-sel. Tahap zink yang rendah melemahkan T-sel yang mana ia tidak dapat mengenali dan melawan jangkitan tertentu. Peningkatan tahap zink telah terbukti berkesan dalam membanteras ‘pneumonia’ iaitu jangkitan paru-paru, cirit-birit dan jangkitan lain. Zink juga dapat mengurangkan tempoh dan tahap selesema biasa.

Zink - penting untuk rasa, bau dan selera
Zink mengaktifkan kawasan otak yang menerima dan memproses maklumat daripada rasa dan sensor bau. Tahap zink dalam plasma dan kesan zink terhadap nutrien lain, seperti ‘copper’ dan ‘manganese’ mempengaruhi  selera dan pilihan deria rasa. Zink juga digunakan dalam rawatan ‘anorezia’

Zink - penting untuk kulit, rambut dan kuku
Zink mempercepatkan pembaharuan sel-sel kulit. Krim zink digunakan untuk bayi untuk melegakan ruam lampin dan menyembuhkan luka dan kecederaan. Zink juga telah terbukti berkesan dalam merawat jerawat, masalah yang memberi kesan terutamanya remaja, dan zink telah dilaporkan mempunyai kesan positif terhadap ‘psoriasis’ and ‘neurodermitis’.

Zink juga digunakan sebagai agen anti-radang dan boleh membantu melegakan tisu kulit, terutamanya dalam kes-kes ‘sunburn’, lepuh dan penyakit gusi tertentu.

Zink adalah penting untuk rambut yang sihat. Tahap zink yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kehilangan rambut, rambut yang kelihatan nipis dan tidak terurus serta masalah uban. Terdapat juga beberapa syampu yang mengandungi zink untuk membantu mencegah kelemumur.

Zink - penting untuk penglihatan
Kepekatan zink ditemui di retina. Kemerosotan retina disebabkan usia boleh dibantu dengan zink yang seolah-olah memainkan peranan dalam pembangunan kemerosotan makular berkaitan umur (AMD), yang membawa kepada kehilangan separa atau lengkap penglihatan. Zink juga boleh melindungi dari rabun malam dan mencegah perkembangan katarak.

Siapa yang memerlukan zink?

Setiap orang memerlukan zink. Kanak-kanak memerlukan zink untuk membesar, orang dewasa memerlukan zink untuk kesihatan. Perkembangan bayi, kanak-kanak dan remaja, wanita hamil dan ibu-ibu menyusu, atlet, vegetarian dan orang tua sering memerlukan lebih zink.

Di manakah kita boleh mendapatkan zink?

Kita mendapat zink terutamanya daripada makanan kita. Sumber-sumber utama zink adalah daging merah, ayam, ikan dan makanan laut, bijirin dan produk tenusu. Bioavailabiliti makanan berasaskan tumbuhan adalah lebih rendah kerana serat dan asid phytic yang menghalang penyerapan zink.

Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk menyediakan badan anda dengan zink. Satu tambahan zink atau tambahan multi-vitamin/multi-mineral harian boleh diambil sekiranya pengambilan pemakanan anda tidak mencukupi. *


















Anda boleh mencuba zink dari Shaklee. Ianya semulajadi. Tiada pengawet,  tiada pewarna dan tiada perasa tambahan. Dengan sebiji saja, mencukupi untuk diet harian.



Zinc Complex Shaklee


Jika berminat, anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Another Wordless Wednesday
11:26 AM0 Comments





Jika anda berminat dengan vitamin Shaklee, anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Monday, April 22, 2013

Luka Sudah Sembuh
10:33 PM0 Comments
Malam tadi kami ke Klinik Hafiz lagi. Untuk rawatan susulan. Nurin genggam tangan saya. Sejuk.

Saya tahu dia 'nervous'. Saya lebih dari itu. But I keep saying that she will be fine.

Tujuan rawatan susulan ini untuk 'dressing' dan memastikan luka pulih dan tiada jangkitan. Alhamdulillah, sungguh pun tidak mengambil antibiotik, luka Nurin kering dan pulih dengan cantik. Saya pun tidak mengawal pemakanan dia sepenuhnya. Dia makan ayam, telur dadar dan keropok ikan juga.

.

Sebelum Dressing

Ketika Dressing

Selepas Dressing. Menunggu untuk disapu ointment

Vitamin yang diambil Nurin

Zink, Vita-C & Vita Lea for kids


Berkat istiqamah mengambil vitamin-vitamin Shaklee, Nurin hampir pulih. Saya juga membekalkan vitamin-vitamin ini untuk dia makan di sekolah nanti, memandangkan dia akan berada di situ sepanjang hari. Doktor kata, hari Khamis nanti boleh buka jahitannya

Bekalan Nurin ke Tadika

Kenapa saya berikan dia vitamin-vitamin ini

Zinc Complex
  • Untuk pulihkan luka
  • Memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  
  • Menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.
Vita-C Chew
  • Sebiji Vita-C Chew bersamaan dengan 1 1/2 biji oren.
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh
  • Penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik
Vita Lea untuk kanak-kanak (Chewable)
  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu
  • Sumber kalsium pembina tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Bekalan harian untuk vitamin B
Jika berminat, anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Kreatif Tahap Maksima
9:25 PM 3 Comments
Saya tak tahulah nak marah ke nak ketawa ke nak menangis ke. Perasaan bercampur-campur. Err...rasa macam bagi ucapan menang 'awards' pula.

Anakanda saya malam semalam buat sketsa.

Si adik, nak tudung bercorak-corak.

Si kakak, suka melukis.

Inilah hasil nya



Yang peliknya,  saya tak boleh nak marah langsung, malah saya ketawa berdekah-dekah. Macam tak betul aje. Nurin siap tanya

"Mama, mama kenapa ni"

Saya tekup muka konon-konon macam nak menangis tapi Nurin tahu saya sedang menahan gelak. Akhirnya semua terburai gelak. Papa missing from the scene. Rasa sayang dan disayangi.

Anak oooo anak.


Reading Time:

Sunday, April 21, 2013

Review-Restoran Fatimah Selera Kampung, Kampung Baru.
8:47 AM 2 Comments
Another hot and sunny Saturday!

Sahabat semua disarankan minum air putih yang sudah di rawat dengan banyak yer. Jangan lupa juga mengambil supplement supaya badan sentiasa bertenaga dan cergas. Cuaca yang panas boleh melesukan badan dan fikiran.

Review-Restoran Fatimah Selera Kampung, Kampung Baru.



Kami sebenarnya selalu ke sini. Masakannya kena betul dengan tekak saya , suami dan anak-anak.

Tempat selesa. Restoran berada betul-betul dalam kawasan rumah pemilik restoran di Kampung Baru, KL.Waktu puncak agak ramai pengunjung. Tempat letak kereta juga terhad. Untuk mengelakkan bersesak- sesak, saya sekeluarga suka pergi sekitar pukul 2 lebih. Tapi bersedialah untuk hampa. Mungkin banyak lauk yang sudah habis.

Pelayan restoran terdiri daripada kalangan keluarga mereka sendiri. Ramah dan mesra.

Saya menjadi pengunjung restoran ini sejak bila pun tak ingat dah. Yang pasti sejak belum berkahwin lagi. Sampai anak 2 dan dah besar pula tu.

Senarai makanan dan harga


Pilihan lauk. Ambil gambar dari jauh je. Segan la I..hehe




Antara pengunjung yang ada.



Lauk yang kami ambil.

Ayam Kampung Goreng Rempah -masih panas


Sambal Goreng Jawa


Daging Masak Lemak Cili Padi

Ulam-ulaman, ikan masin & sambal belacan


Kuah Ikan Asam Pedas..kuah sahaja

Sebahagian lauk pauk


Air Jagung Special


Air Mangga Parut



Anakanda saya


We are done


Alhamdulillah....Sedap..

Reading Time:

Saturday, April 20, 2013

BEN ASHAARI dan WEECLICKS
9:40 AM 9 Comments




Sejujurnya inilah pertama kali saya 'join' segmen khas dari mana-mana blogger. 'Nervous' juga. Muahahaha

Buat Encik Ben Ashaari, terima kasih sebab buat segmen ini, sebab saya memang blogger lama tapi macam baru. Follower pun tak sampai 20 lagi. Baru mengaktifkan diri.

Kalau anda mahu ikut serta bolehlah klik kat link INI

Soalannya >>>KENAPAKAH ANDA NAK MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET INI
Sebab nak duit! Melalui internet ia menjadi mudah dan murah, sebab perniagaan di hujung jari sahaja. Saya mahu memberi manfaat kepada pembaca saya, melalui perkongsian kesihatan dan kebaikan vitamin-vitamin semulajadi Shaklee yang saya jual. 

Jika pembaca membeli vitamin dan mereka mendapat manfaat daripada vitamin itu, saya akan rasa puas hati.

Bukan itu sahaja, saya juga ada selitkan sedikit ilmu-ilmu tentang kerohanian dan ilmu-ilmu kehidupan yang saya pelajari. Saya yakin mampu memberi faedah kepada pembaca semua. Seandainya ilmu yang saya kongsikan berkenaan dengan kerohanian ini ada salah atau cacat celanya, saya mohon berilah teguran kepada saya yang khilaf ini. Tujuan saya bukanlah untuk berlagak pandai, tapi menyampaikan sebagai usaha kecil saya untuk berdakwah.

Panjang pula penerangan saya kan? Tapi ini memang hakikatnya.
Jika berminat, anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/Whatapps/Sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


Reading Time:

Friday, April 19, 2013

Kemalangan Kecil, Kuat Semangat
10:37 PM 4 Comments
Seperti yang ramai dah tahu, saya sekeluarga diuji dengan kemalangan yang menimpa anakanda saya yang sulung, Nurin Hidayatullah. Kemalangan kecil saja sebenarnya, tapi memandangkan pertama kali berlaku, maka agak tak keruan juga dibuatnya.

Semalam, hari Khamis, saya pulang dari pejabat agak tepat pada waktunya. 'Excited' hendak berjumpa dengan anak-anak dan suami. Jarak dari pejabat ke rumah cuma 11km sahaja. 5 minit memandu saya mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Pemanggil memperkenalkan diri sebagai Teacher Ida. Masa tu saya sudah rasa ada yang tidak baik berlaku. Teacher Ida memulakan perbualan dengan berkata

"Mama Nurin jangan panik yer"

Saya yang tak panik pada mulanya jadi panik juga!

Teacher Ida kata Nurin bermain dokong-dokong dengan kawan-kawan. Tiba giliran dia di dokong, kawan dia hilang kawalan dan Nurin jatuh. Kepalanya terkena bucu dinding simen yang sudah pun pecah. Teacher Ida pesan supaya saya tidak risau. Luka kecil sahaja katanya.

Dalam hati , saya istighfar banyak-banyak. Saya tenangkan fikiran dengan yakin saya kata dalam diri, Nurin tidak apa-apa. Luka kecil saja.

Oleh kerana saya agak pulang agak awal dari biasa, saya menghubungi en suami, mungkin dia juga sudah dalam perjalanan mengambil anak-anak pulang dari sekolah. Rupanya dia masih di rumah. Saya ambil suami di rumah dan terus ke sekolah.

Tiba di sekolah, Teacher Sumi (pengasuh di transit) mengkhabarkan yang Nurin masih di rawat di Klinik Hafiz, Putra Perdana. Kami bergegas ke sana dengan segera.

Setibanya di klinik, saya terus masuk ke bilik rawatan. Memang dia seorang sahaja yang sedang dirawat. Saya agak terkejut melihat bajunya penuh dengan darah. Kapas-kapas juga merah belaka, digunakan untuk mengelap darah Nurin. Ingatkan doktor buat 'dressing' tapi doktor yang baik itu kata,

Selepas kepalanya dijahit


"Bukan dressing Puan, 3 jahitan. Lukanya dalam dan besar"

Astagfirullahalazim. Saya kehilangan kata-kata. Rasa macam nak menangis tapi saya tahan. Peliknya saya tidak mendengar suara Nurin. Dia tidak menangis sejak saya datang. Mungkin dia puas menangis semasa kemalangan berlaku. Tangan saya menggigil. Saya keluar dari bilik rawatan mengumpul kekuatan. Sekejap sahaja.

Berkali-kali saya beritahu Nurin, yang dia anak yang kuat semangat.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari klinik


Betul, sepanjang malam dia tidak merengek kesakitan. Dia makan agak banyak juga. Hasil air tangan papa dia. En suami masak Ayam Masak Lemak Cili Padi, tidak terlalu pedas untuk anak-anak. Bila tiba masa untuk makan ubat, dia buat muka sedih.

Ubat tahan sakit dia makan dengan perlahan. Bila tiba masa makan antibiotik dia tak mahu. Dia rasa sedikit, dan mahu muntah. Beginilah drama setiap kali mahu makan ubat terutamanya antibiotik. Penat kami pujuk, dia tidak mahu dan menangis.

Setelah mendapat konsultasi mentor Shaklee saya Janet sarankan saya memberikan Nurin vitamin-vitamin Shaklee iaitu Vita C Chew, Vita-Lea untuk kanak-kanak dan Zink.Yang mengejutkan, Nurin kata dia lebih sanggup makan vitamin-vitamin Shaklee dari makan antibiotik busuk itu. Muahahhaha..saya tak tahu hendak gembira atau sebaliknya.


Malam tadi Nurin tidur lena. Saya pula yang bangun sekali sekala memeriksa suhu badan dia. Tiada demam. Tapi dia berpeluh-peluh. Sedangkan kami kesejukan dalam hawa dingin. Mungkin kesan vitamin-vitamin itu.


Pagi ini Nurin ceria. Selepas menghantar adik Alya ke sekolah kami melepak di kedai mamak. Makan sarapan dan pulang ke rumah. Rehat.

Taksub dengan Vitamin Shaklee....hehe

Selepas balutan dibuka-close up jahitan di kepalanya



Reading Time:

Thursday, April 18, 2013

Zink Dapat Meningkatkan Daya Ingatan dan Tempoh Penumpuan
5:06 PM0 Comments
Zink hadir di dalam semua sel tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia. Ia perlu untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan.



Satu tablet Zink Complex membekalkan 100% Nilai Harian bagi zink

  • Dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang
  • Dengan rumusan sayur-sayuran

Zink Dapat Meningkatkan Daya Ingatan dan Tempoh Penumpuan

Campuran supplement zink ke dalam sajian bagi mereka yang sedang menuntut di sekolah membawa kepada peningkatan daya ingatan dan tempoh penumpuan. Berdasarkan penyelidikan awal yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Grand Forks, Jabatan Pertanian Amerika di Utara Dakota. Dalam kajian tersebut, kanak-kanak yang diberi zink sebanyak 20mg dalam lima hari seminggu selama 10 hingga 12 minggu mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan tempoh penumpuan mereka lebih panjang berbanding dengan mereka yang tidak menerima supplement zink.

Siapa yang perlu Zinc Complex?


Setiap orang memerlukan zink. Kanak-kanak memerlukan zink untuk membesar, orang dewasa memerlukan zink untuk kesihatan. Perkembangan bayi, kanak-kanak dan remaja, wanita hamil dan ibu-ibu menyusu, atlet, vegetarian dan orang tua sering memerlukan lebih zink.

Anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


Reading Time: