Mode: Bebelan Saya Yang Sedang Rindu... - CIK MIL MILA

Tuesday, April 16, 2013

Mode: Bebelan Saya Yang Sedang Rindu...

Saya baru mendapat anak saudara. Namanya Muhammad Danish Hakim bin Muhamad Ramdzan. Beratnya 3.6kg. Kelahirannya secara normal.Alhamdulillah. Mamanya, Nur Fatiyah mengambil supplement Set Mengandung Shaklee. Syukur kedua-duanya selamat. 

Semoga Muhammad Danish Hakim membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. 

Seronoknya menggomol bayi yang baru lahir.

Malam minggu lepas saya bermimpikan arwah ibu. Saya memeluknya erat. Terasa terlepas rindu yang di dada. Al-Fatihah untuk arwah abah dan emak.

Arwah abah meninggal tahun 1999. Ketika itu saya berusia 19 tahun dan sedang mengikuti matrikulasi di Wangsa Maju. Seminggu sebelum arwah abah meninggal, saya pulang menziarahinya. Dia kurang sihat kerana asma sekali sekala menyerang. Mungkin kerana musim hujan dan bulan puasa. Arwah meninggal pada 20 Ramadhan bersamaan 10 Januari 1999. Saya tidak sempat menemui arwah sehingga dia dikebumikan. Saya tiba di rumah selepas waktu Zohor. Sedangkan arwah dikebumikan sebelum Zohor.  Abang cakap tidak elok melewat-lewatkan urusan pengkebumian. Apatah lagi arwah meninggal pada bulan puasa yang mulia. 10 malam yang terakhir pula. Saya tidak terkilan. Secara jujurnya saya redha. Dia terpilih oleh Allah meninggal dalam keadaan yang baik bulan yang baik. 

Arwah emak meninggal pada 21 Nov 2009. Saya sempat berjumpa dan memegang erat tangannya ketika dia sedang nazak. Sepanjang malam arwah bergantung kepada mesin, kami adik beradik bergilir-gilir membaca Surah Yasin di hospital. Emak mempunyai masalah komplikasi hati dan diabetes. Saya redha emak pergi kerana dia telah lama menanggung sakit. 

Saya yatim piatu ketika di usia 29 tahun. 

Pada 31hb Disember, 2012 pula saya kehilangan ayah mertua yang saya anggap macam ayah sendiri. Ayah seorang yang warak. Rajin baca al-Quran dan zikir tidak lekang dari bibirnya. Suka bersedekah dan agak tegas. Walaupun begitu, dia seorang yang kelakar. Arwah gemar bermain dengan cucunya. Rindunya dengar bacaan Quran dari arwah. 

Moralnya, kita hidup di dunia ini hanya sementara. Bak kata seorang da'i, dunia ini hanya tempat transit. Di sinilah kita gunakan apa yang kita ada untuk mengabdikan diri kepada yang Maha Pencipta. Mati itu pasti. Yang penting cara kita mati dan bagaimana kehidupan kita selepas mati. 

Ya Allah, matikan aku dalam iman dan Islam.

No comments: