Resepi Daging Goreng Kasih Sayang

9:00 AM

Saya nak kongsi resepi ini, tapi yang pasti bukan resepi saya, dan bukan saya yang masak. Hahaha. Pelik kan? Sebab suami saya yang tercinta yang masak. Alhamdulillah..


Daging Goreng Kasih Sayang

Daging Goreng Kasih Sayang
Bahan utama
500gm daging batang pinang-hiris nipis nipis

Bahan untuk perapan
Satu sudu besar serbuk kurma 
a few dash of serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
2 sudu kecil minyak zaitun
Satu inci halia dicincang 
Satu sudu kecil mix herbs 

Bahan tumis
Satu sudu besar minyak zaitun
Satu labu bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih-dicincang halus
2 tangkai kecil daun kari
Serbuk perasa ayam Knorr secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara-cara

Baca bismillah dulu. 

Kemudian perapkan daging bersama bahan perapan selama satu malam. Simpan dalam peti sejuk (chiller)

Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau. Setelah itu,  masukkan daging yang diperap semalaman. Masak selama10-15 minit atau sehingga empuk. Akhir sekali masukkan serbuk perasa Knorr dan garam secukup rasa.

Sedia untuk dihidang. Sangat sedap dimakan bersama nasi panas.

Selamat mencuba ye kawan-kawan.

You Might Also Like

0 comments