Taufik Hidayah dalam Rumahtangga Islam

5:22 PM



Para pembaca yang dirahmati Allah, hari ini saya hendak berkongsi dengan kalian tentang apa yang saya dengar daripada slot Usrati di IKIM FM Edisi Pertama bertajuk Taufik Hidayah dalam Rumahtangga Islam oleh Ustazah Norhafizah Musa.


Bagaimana  Rasulullah SAW mengajarkan kepada umat ini tatkala baginda berbaring. Dalam suatu hadith Riwayat Bukhari yang bagaimana Nabi Muhammad SAW tatkala baginda membaringkan tubuh Baginda lalu baginda membaca suatu doa yang bermaksud :-

“Dengan menyebut namaMu Ya Allah, aku membaringkan tubuhku 
dan dengan menyebut namaMu Ya Allah, aku mengangkat tubuhku. 
Jika Engkau menahan jiwaku Ya Allah belas kasihanilah dia, 
dan jika Engkau mengembalikannya kepadaku maka jagalah dia seperti mana Engkau menjaga jiwa-jiwa orang-orang yang soleh”

Sangat dalam makna doa ini. 

Inilah keadaan Rasulullah SAW setiap hari baginda, apabila baginda berada dalam pembaringan hendak tidur, Baginda Rasullullah SAW menyerahkan dirinya, pasrah dan tawakkal kepada Allah.
Bermakna malam tadi rupa-rupanya jiwa kita, roh kita kembali kepada Allah. Samada kita baca atau tidak doa tadi, reality yang berlaku, hakikat yang berlaku,  roh kita, roh suami-suami kita, roh isteri-isteri kita, roh anak-anak kita kembali kepada Allah. 

Jika Allah menahannya, sebagai contoh tiba-tiba pagi ini kita goncangkan suami, kejut-kejut Ya Allah Ya Tuhan, gerak-gerak tak bangun dah ker, jadi orang yang hidup ini akan kata, Inalillahiwainnalillahirrojiun. Tapi Alhamdulillah, kita, anak-anak kita, suami-suami kita, isteri-isteri kita masih diberikan peluang oleh Allah, masih hidup lagi, masih bernyawa dan peluang ini bukan peluang kali yang kedua, bukan kali yang ketiga sebaliknya wahai suami, wahai isteri, wahai ibu, wahai ayah Allah telah memberi kita peluang keratusan ribuan kali mungkin, satu peluang untuk manusia koreksi diri, satu peluang untuk manusia memiliki keazaman yang baru untuk jadi seorang hamba yang soleh, terus memberi peluang suami untuk menjadi seorang suami yang soleh dan bertanggungjawab, terus memberi peluang kepada seorang isteri untuk menjadi isteri yang taat yang memberi makna dalam hidup suami dan anak-anak. Terus memberi peluang kepada anak-anak silakan anak-anak, cuba ubah hidup diri kamu kamu cuba mujahadalah lebih lagi  untuk menjadi seorang anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

Marilah menjadikan doa ini sebagai satu amalan sebelum kita melelapkan mata untuk tidur.

Oleh yang demikian, setiap hari marilah kita sentiasa muhasabah diri. Sentiasa beriltizam untuk memajukan diri sendiri. Sebab kita ada banyak ruang dan masa yang Allah Taala berikan untuk kita sentiasa memperbetulkan semata-mata untuk mendapatkan redha Nya.

Pesanan ini saya sebenarnya tujukan untuk diri sendiri, keluarga dan pembaca sekalian. Kita adalah khalifah Allah di muka bumi ini. Memang seharusnya sentiasa ingat mengingati ke jalan Nya. Semoga Allah menjaga kita seperti mana Dia menjaga jiwa-jiwa orang-orang yang soleh

You Might Also Like

0 comments