May 2013 - CIK MIL MILA

Thursday, May 30, 2013

Exotic Dinner dari Dapur En Hubby
4:33 PM0 Comments
Cuba teka apakah menu exotic yang saya maksudkan?

Taraaaaaaaaaaaaaaa



Kaki ayam memang menu kegemaran En Hubby dan anak-anak. kadang-kadang dimasak sup, kerabu, kari dan kali ini En Hubby masak Kerutuk Kaki Ayam.

Sedap dan pedas. Sehingga menjilat jari tau!


Reading Time:
Menikmati Makan Malam yang Menyegarkan di Nando's
4:26 PM0 Comments
Hari Isnin lepas, anak-anak minta untuk makan malam di Nando’s

En Hubby yang belanja, maka saya pun ikutkan sahaja.

Selepas menghabiskan seekor ayam dan hidangan sampingan saya minta izin hubby untuk membuat pesanan minuman teh panas. Disebabkan semua hidangan habis licin, dia bagi green light.

Ingatkan hot tea dapat secawan standard size, rupanya saya dapat satu teko dan cawan teh yang besar.



Gulp! Saya kena habiskan seorang ni.

Owh....

Tapi tidak mengapa, sebab saya tahu bagaimana hendak menikmati teh panas yang menyelerakan. Yang pasti tanpa gula ye. Kena beringat juga kerana keturunan kami memang mempunyai diabetes. 

Saya juga menambah sebiji Peppermint Ginger  Plus untuk rasa yang lebih enak dan menyegarkan.

Menyelerakan.  Percaya atau tidak, saya menghabiskan seteko teh panas seorang diri.

Mahu cuba Peppermint Ginger Plus?



Anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Peppermint-Ginger Plus-Nyaman dan Melegakan
11:39 AM0 Comments
Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambhan di dalam diet dapat membantu mengurangkan masalah senak perut, loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.



Mengandungi 4 herba formula yang unik

Menyediakan pudina dan halia-penggunaan herba, jintan putih dan jintan manis sejak berabad-abad yang lalu dapat melegakan senak perut

Sesuai untuk pengembara-pengembara yang mengalami senak perut semasa dalam perjalanan*



PUDINA

Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, melegakan kesakitan gastric, pedih ulu hati dan cirit birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kimoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseoran gitu dijangkiti selesema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap focus.




HALIA
Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut & usu, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak. Satu kajian di UK menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerlanf mendapati halia berkesan sebagai remedy lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan


JINTAN MANIS

Orang Eropah mengambil jintan manis selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu juga dapat membantu dalam masalah alergi dalam saluran usus.



JINTAN PUTIH

Digunakan oleh orang-orang Mesin purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam bdan dan lembut pada perut




Anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
 
Reading Time:
Senggugut Semakin Berkurangan dengan GLA Complex
2:00 AM0 Comments
[Testimoni GLA Complex] 




aslmualaikum erna..

dh janji nk infm erna if ada perubahan setelah ambil shaklee ni. b4 dis ika ada bgtau seminggu mkn dh nmpk sdikit kesan positif pd kulit n sistem pencernaan ika yg slalu probs. tujuan utama ika ambil shaklee ni cz nk hilangkn snggugut. guess wat?hampir sebulan dgn shaklee, priod kali ni tak senggugut langsung!! jz sengal2 pada kaki dan pinggang still ada lg.

alhamdulillah....xsangka cpt kbrkesanannya, x sampai sebulan. bertahun2 menahan sengugut ni erna..rsanye tiap2 bln mesti sakit sgt smpi pitam2.mcm2 cara dh try utk hilangkan sengugut dari cara moden smpailah ke tradisional.ini je yg mujarab. insyaallah ika akn teruskan pengambilan shaklee ni. tq Allah, tq shaklee n tq erna 


Apakah GLA Complex?

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *





Nak tau faedah lain?


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan tahap kesuburan
  • Membantu dalam menangani menopaus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu merawat ekzema
  • Melegakan simptom akibat sakit sendi
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri dan kecantikan kulit
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol Untuk fungsi saraf

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

Anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
 
Reading Time:

Wednesday, May 29, 2013

Pulau Perhentian-Day 2 (part 1)
10:19 PM 2 Comments
Perjalanan dari KL ke Kuala Besut sangat lancar. Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan saya tidur. Sesekali terjaga juga untuk melihat anak-anak saya. Mereka juga tidur nyenyak. Macam udang. Hihi. Nurin sangat membanggakan. Dia tidur seorang di kerusi VIP nya sambil diselimuti kain pelekat papa dia.

Lebih kurang jam 3 pagi kami tiba di Hentian Gua Musang untuk rehat. Hentian yang selesa, punya tandas yang banyak. Pilihan makanan yang not-too-bad.

Saya memilih untuk tidak makan atau minum. baru bangun tidur, selera pun tiada. 

Kami kembali naik bas menuju ke Kuala Besut. Kawasan berhampiran masih meriah dengan banner-banner mengundi. Kiri kanan jalan ada beberapa lampu lampu seperti di i-City. Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Kelantan pada tahun 2005. Sempena majlis pernikahan sahabat satu rumah.

Saya dan keluarga menyambung tidur lagi. Kawan-kawan seangkatan saya tidak pasti. Hihi.

Saya dikejutkan ketika bas tiba di Kuala Besut. Sukarnya untuk membuka mata. Hari masih gelap. Sekitar pukul 5 pagi. Ramai juga pelancong tempatan dan luar negara berlegar-legar di kawasan ini. Mungkin mempunyai haluan yang sama seperti kami.

Nasib kami baik bila ada restoran Melayu berhampiran. masih belum buka, tapi tukang masak sibuk menyiapkan juadah sarapan. Kami meletakkan beg di situ dan mengambil giliran masing-masing untuk membersihkan diri. Opsss...bukan mandi yer, sekadar membuang air kecil dan besar. Kemudian kami bertanya kepada penduduk tempatan arah surau berdekatan.

Menunggu sarapan dan pejabat agen buka

Anak-anak asyik bertanya bila mahu naik bot.


Jam 8 kami bertolak menuju ke jeti Kuala Besut.

di Jeti Kuala Besut. Jam 8:28:21


Menunggu untuk berlepas

Pulau Perhentian...Here we come!!

Perjalanan mengambil masa 40 minit dengan bot laju. Mula-mula tu ada rasa nervous sikit. Bukan pertama kali naik bot, maka masih boleh mengawal perasaan itu. Kawan-kawan lain sudah bersedia dengan pil 'sea sick'. Saya memang cuba untuk tidak mengambilnya. Alhamdulillah. Tiada mabuk laut. Nurin looks fine. Alya saja yang agak gementar. Sepanjang perjalanan saya kene peluk dia. An awesome journey.

Ini gambar pertama yang saya ambil ketika turun dari bot.

Subhanallah. Maha suci Allah. Saya kagum dengan ciptaan Nya yang maha hebat. Air laut yang sangat jernih. Boleh lihat ikan-ikan bebas berenang. Sangat menenangkan. Alam sekitarnya masih terpelihara.

Selepas naik ke Jeti Pulau Perhentian Kecil

 We are here finally!!



Menunggu ketua rombongan check-in
Kami dapat 4 bilik. 2 bilik untuk geng perempuan. 1 bilik untuk geng lelaki dan satu bilik untuk keluarga bahagia saya. Sukaaaaaaaaaaaaaaaa...

Our bed

Entrance

Ruang tengok TV


Bathroom

Changing area
Kita tengok exterior pula yer.


Our room

Rear view

Front view-ada construction pula

Model room 515
Cukup pasal bilik..

Lepas check-in kami berehat dan akan kembali berjumpa geng untuk makan tengahari jam 12.

Sampai bilik semua orang mandi. Tukar baju dan kababom...tidur melepaskan lelah, setelah satu malam tidur dalam bas. Nyaman betul.

Sedar-sedar tengok handphone ada 5 missed call. Pukul 1pm. Arghhh sudah...nyaris-nyaris terlepas makan tengahari. Geng semua sudah selesai makan. Penat betul kami.

Sebelum tu, lupa pula, pakej yang kami ambil adalah seperti berikut:-


Tour Name: 4D2N Perhentian ShariLa Resort Full Board Package, by bus

Accommodation: ShariLa Island Resort
Travel By: Coach ex Kuala Lumpur
Traveling Date: May 23, 2013
Arrival Date (Date of check in): May 24, 2013
Departure Date (Date of check out): May 26, 2013
Room(s): 03Unit of Suite Quad

Bus Schedule:
May 23, 2013 Kuala Lumpur Hentian Putra Bus Terminal to Kuala Besut Bus Terminal ETD9.30pm
May 26, 2013 Kuala Besut Bus Terminal to Kuala Lumpur Hentian Putra Bus Terminal ETD8.30pm

Inclusive of:
2nights accommodation at ShariLa Island Resort
Boat transfer Kuala Besut Jetty / Perhentian Island / Kuala Besut Jetty
Bus ticket Kuala Lumpur Hentian Putra / Kuala Besut / Kuala Lumpur Hentian Putra
Welcome drink
2 Breakfast, 2 Lunch, 1 Dinner, 1 BBQ Dinner
1 X Sunset spotting with evening tea (6.30pm7.30pm)
1 X Snorkeling trip to 3 popular points around Perhentian Island (snorkeling gear provided)

Sangat berbaloi.

Dengan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada en Herryx Czar dan Mr LB-Tan kerana bersusah payah menjadi organizer trip ini. Awesome gila babe!! I bagi you all 6 stars.

Day 1 tak habis lagi tau ni....penat type.

To be continued again..
Reading Time:
Tips untuk Mengawal Perasaan Marah Terhadap Anak-anak
2:30 AM0 Comments
Tahukah kita, bila anak kita nakal, atau mengundang kemarahan kita, sebenarnya itu lah hasil didikan kita terhadap mereka. Bagaimana anak-anak yang seperti kain putih boleh membuatkan orang yang melahirkannya jadi begitu marah?

Sudah pasti kenakalan itu sangat berkait rapat dengan cara kita mendidik mereka sejak kecil. Kenakalan itu sudah pastinya  berpunca dengan keadaan persekitaran mereka dibesarkan. Tak lain tak bukan kita lah sebagai ibu bapa mereka. Kenakalan itu bukan berlaku sekelip mata. Pastinya ia telah sebati dalam diri mereka sejak mereka kecil lagi.

Saya ingin kongsikan doa yang saya pernah pelajari dulu. Lebih kurang berbunyi begini.

"Ya Allah, ampunilah aku. Janganlah kerana kekhilafan dan kesilapan aku, anak-anakku mendapat kesannya. Kasihanilah mereka, kerana aku mengasihi mereka"

Doa ini sekurang-kurangnya melembutkan hati kita, membataskan diri dari terus memarahi anak-anak, malah timbul belas kasihan kepada mereka, kerana punca kenakalan mereka adalah dari diri kita sendiri.

Wallahuaklam.
Reading Time:

Tuesday, May 28, 2013

Pulau Perhentian-Day 1
11:45 PM 2 Comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Akhirnya hajat untuk ke pulau di makbulkan Allah. Niat saya adalah untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT.

Saya mengambil cuti separuh hari pada hari Khamis 23 May, 2013 kerana saya plan untuk packing last minit. Sebenarnya saya memang tak boleh packing dalam keadaan kelam kabut. Saya perlukan saat-saat yang menenangkan tanpa tekanan. Hahaha....Pilihan saya untuk mengambil half day hari itu memang pilihan yang tepat.

Trip ini melibatkan 12 dewasa dan 2 kanak-kanak (anak-saya-yang-comel-lah-tuh)

Rombongan ini diketuai oleh en Herryx Czar, dibantu oleh Mr Lb Tan
Saya
Suami saya

Aimi
Am
Zaza
Nana
Jay
Shalini
Aton
Hasan
Nurin
Alya

Kami berjumpa di Putrajaya Sentral. Dari situ kami naik ERL ke BTS. Kemudian di BTS kami menaiki Star LRT ke PWTC. Kemudian berjalan kaki ke Hentian Putra.

Tiga dara pingitan di Parking BTS


Phew!~~ penat juga berjalan bersama beg pinjam dari Herryx seberat 60L dan en Hubby membawa beg seberat 85L.

Lagi besar beg dari Alya.
First time naik ERL
Di Hentian Putra

Gaya ala-ala nak duduk di pulau untuk selama-lamanya. Muahhahaha

Hentian Putra sesak betul. Kami bergegas makan malam di situ.

Lepas tu bergegas lagi untuk solat Jamak Magrib & Isyak.

Tak lama bas pon sampai. Anak-anak yang paling happy gila.

Tak sampai sejam, semua dah belayar

Selesa betul bas ni. Syiok


Ni baru Day 1. To be continued...Hihi

Reading Time:
Kulit Cantik Berseri Tanpa Jerawat & Jeragat?
9:48 PM0 Comments
Saya sangat kagum dengan Energizing Soy Protein. Terlalu kagum sebenarnya. Berlambak-lambak produk kecantikan di pasaran tapi ia tetap nombor satu menjadi pilihan ramai. Apatah lagi produk kecantikan di pasaran mempunyai Duta Produk yang hebat-hebat. Mempunyai kulit yang cantik mulus. Wow! Kadang-kadang sangsi juga, apakah kulit mereka cantik sebab mereka memang menggunakan produk itu? atau mereka sebenarnya sejak azali memang cantik?


Apa logiknya kan ESP sebagai salah satu produk kecantikan?

Protein untuk kecantikan? Tak pelik ker? Mula-mula dulu saya pun pelik. Apa hal pulak kan? Minum-minum soya, kulit cantik? Dah bertong-tong air soya saya minum di pasaran, macam tu jugak je.

Apa bezanya ESP ni dengan produk soya di pasaran? atau what so special about ESP Shaklee?

Konsepnya begini. Mudah je. Setiap saat tubuh kita memerlukan nutrien bagi menjana, menyegar dan membaiki sel-selnya. Justeru, memberikan nutrien semulajadi pada tubuh seperti protein soya yang organismanya tidak dibah suai secara genetik (bukan GMO), sangat penting untuk menjana dan memperbaik semula sel-sel tubuh, menyelenggara dan memperbetul tisu, mengeluarkan enzim dan hormon. Bila sel rosak diperbaiki, sel yang diganti dengan sel yang sihat. Kulit yang berjerawat dan berjeragat mendapat manfaat hebat dari protein ini.

Boleh baca entry saya sebelum ini mengenai ESP di SINI

 Antara faedah dan kebaikannya
  • bagus merendahkan tekanan darah tinggi 
  • bantu cantikkan kulit wajah
  • bantu sekatakan tona kulit wajah
  • bantu remajakan kulit 
  • bantu hilangkan jeragat 
  • bantu banyakkan susu ibu
  • bantu tenaga berpanjangan buat ibu bekerjaya dan suri rumah
  • bantu orang yang sibuk kekal bertenaga
  • Soy Protein Shaklee rendah karbohidrat sesuai untuk orang berdiet
  • sangat bagus tingkatkan kesihatan bagi penghidap diabetessesuai untuk jantung yang sihat
Anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit



Reading Time:
BERITA BAIK UNTUK SEMUA!! Luaskan kuasamu!!
10:40 AM0 Comments
Saya sudah meluaskan kawasan jajahan COD saya. Sila baca betul2 ye kawasan anda. Hihi. Selamat berShaklee

Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com
Reading Time:

Thursday, May 23, 2013

Bercuti tapi Bisnes Seperti Biasa
12:52 PM0 Comments
Buat semua pembaca blog ini, saya ada pengumuman. Saya akan bercuti ke Pulau Perhentian pada malam ini sehingga Ahad malam.



Pesanan anda tetap saya proses seperti biasa. Business On The Go.

Mamanurins Vitamin Shop sayang anda semua.

Doakan perjalanan kami sekeluarga, bersama teman-teman saya selamat pergi dan pulang.

Call/whatapps/Email/Blog/FB/Fan Page aktif seperti biasa.


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com
Reading Time:
Testimoni Vita Lea dalam Set Kehamilan
12:42 PM0 Comments
Saya ingin kongsikan testimoni seorang customer shaklee yang mengambil vita lea (multi vitamin).

Keputusan HB semalam. Walaupun HB tak turun ke paras bahaya, tapi nurse puji sbb keputusan HB smlm cantik. Siap tanya mkn apa? Saya terus terang kata ambil multivitamin shaklee. yg best lepas tu boleh pulak nurse tu adv suruh breastfeed bby sepenuhnya dan suruh ambil set breastfeed shaklee, sbb dia pun tgh consume set ni. #love #shaklee — 



 Anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, May 22, 2013

Bayi Anda Sembelit Walaupun Minum Susu Ibu?
12:22 PM0 Comments
Benar susu ibu yang terbaik di dunia, tidak dapat menandingi mana-mana susu sekalipun. Dan apa yang si ibu makan memang memberi kesan kepada susu yang diberi kepada bayi.

Tips ekslusif dari saya. 




Ibu perlu mengambil Ostematrix Shaklee (kalsium, magnesium, vitamin D) dan juga Alfalfa. Sememangnya dalam set menyusu kami, kami galakkan ibu-ibu mengambil Ostematrix dan Alfalfa. Bukan sahaja untuk membanyakkan kuantiti susu, malah boleh melawaskan pembuangan ibu dan bayi juga. In shaa Allah. 

Hebatnya Ostematrix ini, bukan sahaja membekalkan kalsium harian pada badan ibu, tetapi membantu melawaskan, mengurangkan sakit sendi dan pinggang, mengurangkan keletihan. Susu banyak, bayi kenyang, ibu sihat dan gembira.

Alfalfa pula sangat hebat untuk kawasan keintiman. Merapatkan miss V dan menceriakn rumahtangga. 

Selamat mencuba.







Anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Sunday, May 19, 2013

Set Kesuburan Shaklee
6:03 PM0 Comments
Isu kesuburan memang isu yang agak sensitif. Sesetengah orang tiada masalah untuk berbincang mengenainya secara terbuka . Apatah lagi mereka yang mempunyai masalah sukar hamil sentiasa mencari jalan dan cara untuk hamil malah tidak segan silu merujuk kepada pakar.

Saya faham perasaan pasangan yang mengalami masalah ini. Mungkin perasaan itu tidak sama seperti mereka yang terlalu menginginkan anak pertama, tapi kadang-kadang mengundang rasa rindu untuk mengandung lagi. Syukurlah saya sudah mempunya dua cahaya mata.Walaupun begitu, saya masih lagi berusaha untuk mendapat anak ketiga. Anak yang kedua sudahpun berusia 5 tahun. Saya membuat perancangan kehamilan selama tiga tahun setengah dan sudah berusaha hampir dua tahun untuk mengandung lagi. Belum rezeki saya. Saya redha.

Saya pernah mendengar tazkirah oleh Ustazah Norhafizah Musa, tentang seorang lelaki yang mana teringin sangat hendak mendapatkan zuriat pada zaman nabi. Nabi Muhammad SAW menasihatkannya dua perkara
  1. Banyak-banyak berisighfar. Banyak mana? Sebanyak-banyaknya sehingga dia sudah tidak terdaya.
  2. Banyakkan bersedekah, semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah
Prof Dr Muhaya pula dalam slot Islam Itu Indah, juga pernah menyentuh hal ini.

Pertamanya, niat untuk mendapatkan anak itu kerana apa? Sekiranya niat itu kerana ikut-ikut orang, atau kerana nama, untuk berbangga, buang la niat itu jauh-jauh. Sebaliknya Prof Dr Muhaya menasihatkan kita untuk perbetulkan niat. Niat untuk mendapatkan zuriat adalah untuk pelaburan atau pencen kita dia akhirat nanti. Sentiasa berdoa dengan Allah dan berjanji untuk mendidik anak-anak untuk mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.

Mungkin saya ditakdirkan untuk mendengar tazkirah-tazkirah ini, sebagai peringatan kepada diri sendiri yang selalu lalai. Semoga kita sentiasa dalam rahmatNya.

Vitamin-vitamin Shaklee boleh meningkatkan tahap kesuburan anda.


Mengapa perlu mengambil vitamin tambahan?
Vitamin menyokong kestabilan hormon anda semula dan meningkatkan kesihatan keseluruhan anda dan pasangan. Ini adalah penting untuk mencapai satu konsep yang berkesan.

Mungkin ada yang bertanya
"Saya sedang dalam program diet berkhasiat dan mendapat nasihat pakar pemakanan. Mengapa masih memerlukan vitamin juga? "

Soalan yang bagus. Vitamin tambahan adalah PENTING kerana diet ideal terbaik di dunia, ianya tidak akan merangkumi semua vitamin dan mineral yang anda perlukan untuk memberi anda kemungkinan besar untuk mengandung.

Walaupun sebelum anda hamil, ia adalah penting untuk melihat penggunaan vitamin anda. Ia amat penting bagi sesiapa yang sedang bersiap sedia berjuang untuk hamil kerana beberapa vitamin dan mineral bermanfaat dalam membantu meningkatkan kesuburan.

Mulakan Mengambil B-Complex yang mengandungi Asid Folik - SEKARANG!
Secepat anda mula berfikir tentang mendapatkan hamil, anda benar-benar harus mula mengambil asid folik. Bukan sahaja asid folik membantu menghentikan kecacatan kelahiran yang serius seperti spina bifida, ia juga meningkatkan kesuburan. Asid folik juga sangat bermnafaat untuk lelaki bagi meningkatkan kekuatan dan jumlah sperma mereka. Siasatan menunjukkan wanita yang mengambil multivitamin setiap hari yang mengandungi 400 gram mikro asid folik adalah 40% KURANG cenderung untuk mengalami kemandulan ovulasi.


Tenaga Chewable Vita-C
Vitamin C merupakan antioksidan yang boleh mengembalikan sebahagian daripada kemerosotan tahap kesihatan. Satu kajian mendapati jika lelaki mengambil 1000mg vitamin C setiap hari selama 2 bulan, kiraan sperma mereka bertambah baik sebanyak 60%. Sangat menakjubkan!

Wanita juga boleh mendapat manfaat daripada pengambilan vitamin C kerana ia meningkatkan bekalan mukus serviks yang membantu menyuburkan, mempertahankan, dan menyegerakan sperma dalam perjalanan menuju ke rahim dan ke dalam tiub fallopio supaya ia boleh subur.

Dapatkan Zink Complex
Zink merupakan komponen penting dalam bahan genetik dan kekurangan zink boleh mempengaruhi perbezaan kromosom dalam diri anda atau pasangan, ia menyebabkan kesuburan menurun dan peluang yang lebih besar untuk keguguran.

Kedudukan penting zink adalah untuk membolehkan seluruh badan anda untuk 'menarik dan menahan' dan mengeksploitasi hormon pembiakan, estrogen dan progestero dengan jayanya. Kekurangan zink boleh memberi kesan kepada jumlah sperma.

Membantu mengatasi masalah PMS Dengan Ostematrix( Kalsium,Magnesium dan Vitamin D)

Kalsium adalah cara yang sangat baik untuk mengatasi masalah sindrom pra-haid (PMS). Mengambil dalam 1000mg kalsium setiap hari membantu mengurangkan kembung, kejang dan sakit sendi yang berkaitan pada waktu ini. Pegambilan kalsium juga menguatkan tulang, gigi dan mengurangkan bahaya osteoporosis.

GLA Complex
GLA membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari.

Tingkatkan Jumlah kesuburan dengan Vita-E Complex
Vitamin E merupakan satu lagi antioksida yang telah terbukti untuk meningkatkan kesuburan apabila diberikan kepada setiap lelaki dan wanita.

Jika anda mengambil kira rawatan IVF, statistik memaparkan lelaki yang mendapatkan vitamin E berbanding yang tidak mengambil vitamin E telah menyaksikan kadar persenyawaan mereka meningkatkan 19-29 %.

Selenium mengurangkan ancaman kecacatan kelahiran. Ia adalah satu lagi anti-oksida yang sangat memberi manfaat. Ia sebagai perisai sistem badan anda daripada radikal bebas, boleh mengurangkan ancaman kecacatan kelahiran dan keguguran, dan meningkatkan kiraan sperma yang berkurangan pada lelaki.


Vita-Lea Multivitamin Hebat
Membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita yang kekurangan vitamin dan mineral dari diet kita. Jadi bila badan mendapat nutrient yang cukup, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Sekiranya haid anda terlalu banyak atau terlalu kurang, ia mungkin memberi petunjuk yang anda anemia dan kekurangan zat besi. Jika anda seorang yang anemia, ia memberi risiko ketidaksuburan, memungkinkan kemandulan, makanya anda sangat perlu mengambil zat besi tambahan. Pastikan zat besi badan cukup sebelum anda hamil, terutama jika haid terlalu banyak dan banyak setiap bulan.

Jika berminat, anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit




Reading Time:
Dinner yang Paling Ringkas Tapi Nyummm
4:32 PM0 Comments
Minggu lepas my hubby masak sup ayam campur kentang dengan carrot. Sayur nya pula cendawan (tak-tahu-nama-dan-jenisnya-sebab-plastik-dah-buang) bersama capsicum stir fried. Nasi nya istimewa sebab saya masak guna brown rice. Suami saya tak pandai masak nasi ini ye. Hihihi..

Sedap sangat..sebab lauk pauk dimasak dengan kasih sayang.

Sup Ayam

Stir Fried Cendawan bersama Capsicum

Brown Rice


Mahu dapatkan vitamin semulajadi dengan harga istimewa?

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com


Reading Time: