Demam, Hari Guru dan Sakit Sendi? - CIK MIL MILA

Friday, May 17, 2013

Demam, Hari Guru dan Sakit Sendi?

Semalam saya lewat ke pejabat kerana menghantar anak sulung saya ke klinik. Dia demam. Saya namakannya demam manja. Bila malam suhu badannya naik, bila siang dia normal dan kembali aktif. Adiknya sihat dan ceria seperti biasa. Kebetulan hari itu, sekolahnya membuat sambutan hari guru.

Perancangan asal mahu membawa dua orang anak solehah ini ke klinik, kemudian baru menghantar mereka ke sekolah tapi si adik beriya-iya mahu ke sekolah terlebih dahulu. Sangat ‘excited’ dia hendak menyambut hari guru bersama kawan-kawan. Kasihan bila melihat dia bersungguh-sungguh memujuk, kami ‘divert’ laluan kami ke sekolah.

Sempat juga saya ambil beberapa gambar mereka di sekolah. Masa ini Alya sudah ke mana saya tak pasti. Si kakak ada dalam kereta.



Kemudian kami ke klinik. Suhu Nurin 37.2. Masih demam tapi kuat semangat anak solehah ini. Doktor yang merawat super friendly. Seperti biasa, Nurin dinasihatkan minum air yang banyak.

Sempat kami bersarapan selepas itu. Sebelah meja kami sepasang warga emas sedang menikmati sarapan juga. Dia bahasakan dirinya Atok. Peramah orangnya. Banyak juga yang dibualkan bersama suami. Saya memerhati nenek yang tersenyum ramah. Usai makan, saya nampak nenek itu berjalan berdingkit-dingkit. Bila ditanya mengapa, katanya sendi di lututnya sakit. Kasihan melihat dia.

Saya pasti bukan nenek itu yang ada masalah ini malah betapa ramai warga emas kebanyakannya wanita di luar sana mengalami masalah yang sama. Ramai juga yang tidak sedar, ia juga boleh menyerang pada semua peringkat umur termasuk golongan muda dan kanak-kanak.

Tanda-tanda awal biasanya menunjukkan sendi jari yang kaku dan bengkok, kekejangan pada sendi kaki atau bengkak serta benjolan pada sendi tangan. Namun, orang ramai sering mengabaikan simptom tersebut kerana berpendapat ianya hanya sementara dan tidak berbahaya.

Sebenarnya tanggapan ini harus diperbetulkan. Sungguhpun sakit sendi sering dikaitkan dengan proses penuaan tapi ia juga boleh berlaku pada semua golongan seperti kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

Tanda-tanda sakit sendi :-
  1.  Rawan menjadi lemah dan rapuh
  2. Tisu sekeliling terurai
  3. Geseran berlaku di antara tulang-tulang yang mengeluarkan kimia yang menyerang rawan menyebabkan ketidakselesaan dan mobility yang terhad.
Advance Joint Health Complex dari Shaklee boleh membantu masalah ini dengan 3 cara
  1. Meningkatkan cushioning: Glukosamin membantu memelihara rawan-cushioning perlindungan di antara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas
  2. Memelihara tisu penghubung yang sihat: Zink, Kuprum, Manganese dan Vitamin C membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi 
  3. Meningkatkan keselesaan sendi: Ekstrak BOswellia pantas membantutkan mekanisma respon stress tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi



Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Jika berminat, anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

No comments: