Pulau Perhentian-Day 1

11:45 PM

Bismillahirrahmanirrahim.

Akhirnya hajat untuk ke pulau di makbulkan Allah. Niat saya adalah untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT.

Saya mengambil cuti separuh hari pada hari Khamis 23 May, 2013 kerana saya plan untuk packing last minit. Sebenarnya saya memang tak boleh packing dalam keadaan kelam kabut. Saya perlukan saat-saat yang menenangkan tanpa tekanan. Hahaha....Pilihan saya untuk mengambil half day hari itu memang pilihan yang tepat.

Trip ini melibatkan 12 dewasa dan 2 kanak-kanak (anak-saya-yang-comel-lah-tuh)

Rombongan ini diketuai oleh en Herryx Czar, dibantu oleh Mr Lb Tan
Saya
Suami saya

Aimi
Am
Zaza
Nana
Jay
Shalini
Aton
Hasan
Nurin
Alya

Kami berjumpa di Putrajaya Sentral. Dari situ kami naik ERL ke BTS. Kemudian di BTS kami menaiki Star LRT ke PWTC. Kemudian berjalan kaki ke Hentian Putra.

Tiga dara pingitan di Parking BTS


Phew!~~ penat juga berjalan bersama beg pinjam dari Herryx seberat 60L dan en Hubby membawa beg seberat 85L.

Lagi besar beg dari Alya.
First time naik ERL
Di Hentian Putra

Gaya ala-ala nak duduk di pulau untuk selama-lamanya. Muahhahaha

Hentian Putra sesak betul. Kami bergegas makan malam di situ.

Lepas tu bergegas lagi untuk solat Jamak Magrib & Isyak.

Tak lama bas pon sampai. Anak-anak yang paling happy gila.

Tak sampai sejam, semua dah belayar

Selesa betul bas ni. Syiok


Ni baru Day 1. To be continued...Hihi

You Might Also Like

2 comments

  1. bile nak ade sambungannye ni?? beshnye!! x sabar nak neng0k!! ^^

    ReplyDelete
  2. kenit sabar eh...kene amik mood dulu

    ReplyDelete