Pulau Perhentian-Day 2 (part 1) - CIK MIL MILA

Wednesday, May 29, 2013

Pulau Perhentian-Day 2 (part 1)

Perjalanan dari KL ke Kuala Besut sangat lancar. Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan saya tidur. Sesekali terjaga juga untuk melihat anak-anak saya. Mereka juga tidur nyenyak. Macam udang. Hihi. Nurin sangat membanggakan. Dia tidur seorang di kerusi VIP nya sambil diselimuti kain pelekat papa dia.

Lebih kurang jam 3 pagi kami tiba di Hentian Gua Musang untuk rehat. Hentian yang selesa, punya tandas yang banyak. Pilihan makanan yang not-too-bad.

Saya memilih untuk tidak makan atau minum. baru bangun tidur, selera pun tiada. 

Kami kembali naik bas menuju ke Kuala Besut. Kawasan berhampiran masih meriah dengan banner-banner mengundi. Kiri kanan jalan ada beberapa lampu lampu seperti di i-City. Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Kelantan pada tahun 2005. Sempena majlis pernikahan sahabat satu rumah.

Saya dan keluarga menyambung tidur lagi. Kawan-kawan seangkatan saya tidak pasti. Hihi.

Saya dikejutkan ketika bas tiba di Kuala Besut. Sukarnya untuk membuka mata. Hari masih gelap. Sekitar pukul 5 pagi. Ramai juga pelancong tempatan dan luar negara berlegar-legar di kawasan ini. Mungkin mempunyai haluan yang sama seperti kami.

Nasib kami baik bila ada restoran Melayu berhampiran. masih belum buka, tapi tukang masak sibuk menyiapkan juadah sarapan. Kami meletakkan beg di situ dan mengambil giliran masing-masing untuk membersihkan diri. Opsss...bukan mandi yer, sekadar membuang air kecil dan besar. Kemudian kami bertanya kepada penduduk tempatan arah surau berdekatan.

Menunggu sarapan dan pejabat agen buka

Anak-anak asyik bertanya bila mahu naik bot.


Jam 8 kami bertolak menuju ke jeti Kuala Besut.

di Jeti Kuala Besut. Jam 8:28:21


Menunggu untuk berlepas

Pulau Perhentian...Here we come!!

Perjalanan mengambil masa 40 minit dengan bot laju. Mula-mula tu ada rasa nervous sikit. Bukan pertama kali naik bot, maka masih boleh mengawal perasaan itu. Kawan-kawan lain sudah bersedia dengan pil 'sea sick'. Saya memang cuba untuk tidak mengambilnya. Alhamdulillah. Tiada mabuk laut. Nurin looks fine. Alya saja yang agak gementar. Sepanjang perjalanan saya kene peluk dia. An awesome journey.

Ini gambar pertama yang saya ambil ketika turun dari bot.

Subhanallah. Maha suci Allah. Saya kagum dengan ciptaan Nya yang maha hebat. Air laut yang sangat jernih. Boleh lihat ikan-ikan bebas berenang. Sangat menenangkan. Alam sekitarnya masih terpelihara.

Selepas naik ke Jeti Pulau Perhentian Kecil

 We are here finally!!



Menunggu ketua rombongan check-in
Kami dapat 4 bilik. 2 bilik untuk geng perempuan. 1 bilik untuk geng lelaki dan satu bilik untuk keluarga bahagia saya. Sukaaaaaaaaaaaaaaaa...

Our bed

Entrance

Ruang tengok TV


Bathroom

Changing area
Kita tengok exterior pula yer.


Our room

Rear view

Front view-ada construction pula

Model room 515
Cukup pasal bilik..

Lepas check-in kami berehat dan akan kembali berjumpa geng untuk makan tengahari jam 12.

Sampai bilik semua orang mandi. Tukar baju dan kababom...tidur melepaskan lelah, setelah satu malam tidur dalam bas. Nyaman betul.

Sedar-sedar tengok handphone ada 5 missed call. Pukul 1pm. Arghhh sudah...nyaris-nyaris terlepas makan tengahari. Geng semua sudah selesai makan. Penat betul kami.

Sebelum tu, lupa pula, pakej yang kami ambil adalah seperti berikut:-


Tour Name: 4D2N Perhentian ShariLa Resort Full Board Package, by bus

Accommodation: ShariLa Island Resort
Travel By: Coach ex Kuala Lumpur
Traveling Date: May 23, 2013
Arrival Date (Date of check in): May 24, 2013
Departure Date (Date of check out): May 26, 2013
Room(s): 03Unit of Suite Quad

Bus Schedule:
May 23, 2013 Kuala Lumpur Hentian Putra Bus Terminal to Kuala Besut Bus Terminal ETD9.30pm
May 26, 2013 Kuala Besut Bus Terminal to Kuala Lumpur Hentian Putra Bus Terminal ETD8.30pm

Inclusive of:
2nights accommodation at ShariLa Island Resort
Boat transfer Kuala Besut Jetty / Perhentian Island / Kuala Besut Jetty
Bus ticket Kuala Lumpur Hentian Putra / Kuala Besut / Kuala Lumpur Hentian Putra
Welcome drink
2 Breakfast, 2 Lunch, 1 Dinner, 1 BBQ Dinner
1 X Sunset spotting with evening tea (6.30pm7.30pm)
1 X Snorkeling trip to 3 popular points around Perhentian Island (snorkeling gear provided)

Sangat berbaloi.

Dengan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada en Herryx Czar dan Mr LB-Tan kerana bersusah payah menjadi organizer trip ini. Awesome gila babe!! I bagi you all 6 stars.

Day 1 tak habis lagi tau ni....penat type.

To be continued again..

2 comments:

  1. k.mil.. bape hengget die punye travel ni?

    ReplyDelete
  2. dewasa rm500 pre pax

    kanak-kanak rm 350 per pax

    ReplyDelete