Set Kehamilan Shaklee

11:56 PM

Memang tidak dapat dinafikan lagi, ibu yang hamil memerlukan nutrisi tambahan sementelah nutrisi yang sedia ada dikongsi bersama janin yang dikandung.

Saat ini, ibu hamil sangat memerlukan vitamin untuk mengatasi keletihan, kelesuan, mengantuk, sakit badan dan ketidakselesaan. Tidak hairanlah, hospital dan klinik membekalkan vitamin untuk ibu hamil dan anak yang dikandungnya.

Teringat saat kehamilan saya dulu, masih belum mengenal Shaklee. Bila dia wal trimester, rasa loya teramat. Gosok gigi, gusi sering berdarah. Selera makan ada tapi makanan yang diidami bukan makanan yang berkhasiat. Jahilnya saya. Ikutkan nafsu dan selera tekak sahaja. Syukur anak yang lahir sihat dan normal. Malangnya saya penghidap Gestational Diabetese. Apa itu Gestational Diabetese? Sila rujuk SINI

Kenapa gusi berdarah? Sebab kekurangan kalsium. Ini kerana saya kurang minum susu dan anak dalam kandungan menarik kalsium yang ada. Syukur sekarang sudah tahu. Shaklee mempunyai pakej kalsium, magnesium dan vitamin D yang sangat diperlukan oleh ibu hamil.

Vita Lea, B complex dan Vitamin C tidak kurang penting juga. Malah ia memberi nutrisi lengkap supaya ibu hamil mempunyai Hb yang normal. Jangan diambil remeh tentang ini ya. Boleh jadi si ibu tumpah darah jika Hb terlalu rendah, tidak bermaya dan boleh menyebabkan kematian. AWAS!

Pertumbuhan bayi dalam kandungan bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna. Peliharalah kesihatan anda dan kandungan sejak dari alam rahim lagi. Dapatkan vitamin yang lengkap dengan keperluan untuk hamil & bayi di dalam rahim, bagus untuk kesihatan dan tumbesaran.

Set Kehamilan Shaklee untuk sepanjang kehamilan.



Vita Lea - Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah. Sekiranya ibu mengambil Vita Lea, obimin ataupun iron tablet tidak diperlukan lagi. Sebiji Vita Lea memadai untuk dos sehari.

B-complex - Mengandungi 8 kumpulan lengkap vitamin B termasuklah asid folik. Asid folik dan vitamin B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.

Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

Ostematrix - Ibu hamil memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Mulai trimester kedua bayi akan menarik kalsium ibu untuk pertumbuhannya. Ostematrix mengandungi bukan sahaja kalsium malah Magnesium dan Vitamin D. Vitamin D berfungsi untuk meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan Ostematrix juga untuk menguatkan dalam pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang , kebas-kebas atau kekejangan ibu hamil.

ESP - Ia adalah protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Protein penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh, untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein adalah makanan sel. Sel yang sihat membentuk tubuh badan yang sihat. Memberikan tenaga segera kepada ibu, mencantikkan kulit ibu dan bayi dalam kandungan.

Omega Guard
- Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak Omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi. Penting juga untuk antibodi bayi sejak dalam alam rahim lagi.

*Omega guard tidak digalakkan untuk trimester pertama.

Jika berminat, anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

You Might Also Like

0 comments