Jurnal Inspirasi Diri. Diinspirasikan Oleh: Prof Dr. Muhaya Mohamad M.D, PHD - CIK MIL MILA

Wednesday, June 12, 2013

Jurnal Inspirasi Diri. Diinspirasikan Oleh: Prof Dr. Muhaya Mohamad M.D, PHD

Ajaibnya hidup ini jika kita hanya bergantung kepada yang Maha Pencipta iaitu Allah SWT.

Sudah berminggu lamanya saya berhajat untuk bangun di tengah malam untuk mengerjakan solat sunat yang dituntut iaitu solat Tahajud.

Saban hari saya hanya berniat tapi tidak berani ingin meluahkan dengan menulis niat itu.

Semalam, berbekalkan buku yang dibeli , hasil tulisan Prof Dr Muhaya iaitu Jurnal Inspirasi Diri, saya beranikan diri menulis.



Selepas menulis, saya simpan dalam beg. Saya seolah-olah terlupa isi kandungan tulisan saya itu.

Amalan kerohanian yang diajar oleh mentor-mentor saya tetap saya amalkan. Rutin harian Alhamdulillah lancar sekali. Semuanya berlaku seperti yang dirancang. Bukan mahu riak, tapi saya mahu kongsi bagaimana kalau kita berniat dan tulis niat itu semata-mata mendapat keredhaan Allah, segalanya akan dipermudahkan.

Apakah hasil yang saya dapat semalam
  1. Jualan berjumlah RM73. Walaupun sangat sedikit, tapi saya redha dan bersyukur. Saya harus berusaha giat lagi
  2. Saya berjaya solat awal waktu
  3. Saya berjaya membaca 3 surah pilihan iaitu Yasin, Waqiah & Al-Mulk
  4. Saya solat sunat Dhuha, sunat rawatib Zohor, solat Taubat & Solat Tahajud 
  5. Saya berjaya berzikir mengikut saranan mentor saya.
Saya senaraikan kejayaan saya semalam. Sekali lagi bukan niat saya untuk riak, saya mahu berkongsi indah dan manisnya kalau amalan ini dapat saya istiqamah-kan. Bila kita istiqamah, diri kita sentiasa dekat dengan Allah. Tidak mengharapkan selain dariNya.

Yang paling manisnya, saya rasa seolah-olah dikejutkan pada Jam 2 pagi tadi untuk menunaikan apa yang telah saya hajatkan. Bukan mudah untuk saya bangun dengan senang hati beribadat sebegini. Selalu juga saya bangun pada waktu ini, tapi apa yang saya rasa? Saya rasa mahu tidur kembali.

Semoga Allah sentiasa memelihara saya sekeluarga juga pembaca semua seperti mana Allah memelihara orang-orang yang soleh.

Salam sayang dari saya.

1 comment:

  1. Alhamdulliah.. saya juga ingin menjadi seperti itu..istiqamah.. saya harus mendptkan journal ini utk merubah diri kearah yg lebih baik..terima kasih dia atas perkongsian..

    ReplyDelete