Kisah Kembung Perut - CIK MIL MILA

Monday, June 17, 2013

Kisah Kembung Perut

Alkisah, pada satu Khamis yang mendamaikan, ada la seorang perempuan ni dia berpuasa. Hajat di hati hendak berbuka puasa di luar sahaja memandangkan kasihan pada en suaminya perlu bersilat di dapur pada hari itu.

Malas hendak kelam kabut untuk berbuka puasa di luar dan menunaikan solat, dia mengambil keputusan untuk berbuka ala kadar di rumah, solat dan makan berat di luar sahaja. Dia meminta en suaminya memotong buah tembikan dan air teh o panas kegemarannya. Suami yang baik hati pun buat sahajalah.

Bukannya sepotong tembikai yang dia makan, semangkuk dia bedal bersama teh o panas.

Usai solat, dia sekeluarga menjamu selera di Pizza Hut. Jarak waktu berbuka puasa dengan makanan yang dipesannya adalah lebih kurang sejam.

Cerita hari itu tamat.

Keesokan harinya, dia bangun untuk solat Subuh tapi kasihan, dia sakit perut yang teramat. Bukan sakit biasa-biasa. Sakitnya seperti kontraksi orang mahu bersalin. Sekejap sekejap ia datang, tapi amat menyakitkan. Makanya en suami terpaksa la mengambil time off untuk menghantar isteri kesayangan ke klinik untuk rawatan.

Doktor kata kembung biasa.2 jenis ubat diberi. Tapi nampaknya tak mendatangkan hasil. Masih bekerja tapi ooo seksa. Berguling guling lah dia. Dalam pada tu, makan tengaharinya boleh tahan juga. Nasi putih berlaukkan ayam kampung dan siput sedut. Bertambah berangin la perut tu kan? Hahaha.

Balik rumah malam itu keadaannya lebih parah. Berguling-guling dibuatnya. Air mata jatuh macam hujan. Sakit tahap maksima. Beruntunglah ada suami yang mengurut satu badan. Melegakan juga tapi sakit tak hilang sepenuhnya.

Esoknya dipanggilnya tukang urut. Macam somersault dibuatnya perut tu. Selepas itu urutan itu menjadi sangat best dan menenangkan. Nyaris-nyaris tertidur. Tapi kakak tu asyik nak berborak, tak dapat la nak tidur kan.

Usai urutan, rasa lega yang amat. Kembung hilang sedikit demi sedikit. Tapi tempat urutan masih sakit akibat ditekan dengan kuat oleh tukang urut professional yang dijemput khas dari Bangi. Eh, lupa! Dia berurut di Bangi, rumah ibu mertuanya.

Sejak itu, agak fobia bila dengar nama buah tembikai aka Watermelon.

Kisah tamat.

Oh lupa, wanita yang dimaksudkan ialah saya.

Jangan gelak ok. Kesian dia.

No comments: