Persiapan untuk Berpuasa. Ibu Menyusu Sudah Bersedia? - CIK MIL MILA

Thursday, June 13, 2013

Persiapan untuk Berpuasa. Ibu Menyusu Sudah Bersedia?

Hari ni 4 Syaaban 1434. Maknanya, kurang 30 hari lagi kita akan berpuasa. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Saya masih lagi berjuang menggantikan puasa tahun lepas. Sikit hari saja lagi. Jangan contohi saya yang culas ini.  Semoga sempat saya selesaikan, malah mampu berpuasa sunat Syaaban. Amin ya Rabb.

Saya perhatikan ramai wanita berpuasa pada bulan ini. Ramai juga yang mengeluh dan risau dengan kondisi diri mereka yang berpuasa dan menyusukan bayi. Sedangkan bulan Syaaban yang bercuaca panas ini, tidak berpuasa pun asyik letih dan lesu, apatah lagi bulan puasa nanti.

Janganlah risau wahai ibu-ibu yang menyusukan anak. Percayalah janji Allah. Dia tidak akan memberi kita ujian yang tidak kita mampu tanggung. Bukankah wanita ini insan istimewa yang mampu menggoncang dunia. Kita mampu menanggung kesakitan yang teramat sewaktu melahirkan, ada juga yang berpuasa 24 jam untuk mengeluarkan bayi secara c-sect, inikan pula berpuasa dan menyusukan.

Yang penting kita berniat. Niat kerana Allah. Bila kita berniat, niat itu akan terus sampai kepada Allah. Percaya atau tidak, miracle atau magiknya bila kita berniat, kita akan fokus dan mampu bertahan walau apa jua keadaan. Pernah tak alami situasi ini?

Kita sangat lapar kerana tidak sempat bersarapan dan menunggu waktu untuk makan tengahari. Rasa laparnya seolah-olah tidak tertanggung.

Dalam satu keadaan yang lain, kita berniat untuk berpuasa Ramadhan pada malam hari, keesokan harinya kita terlepas waktu sahur, tapi kita tetap berpuasa kerana puasa itu wajib dan kita tidak boleh sewenang-wenangnya tidak berpuasa. Walaupun lapar tidak terhingga, tapi kita tetap tidak makan.

Apa yang berlaku ini?

Kuasa niat kerana Allah. Wallahuaklam.

Berbalik kepada ibu menyusu yang berpuasa. Apakah yang perlu dilakukan?

  • Ibu sangat perlu mengepam susu dengan lebih kerap berbanding bulan biasa bagi ibu yang bekerja. Pamlah setiap 2 atau 3 jam sekali. Susukan bayi dengan kerap bagi ibu yang tidak bekerja.
  • Kerapkan seisi pemerahan pada jam 12 pagi hingga 6 pagi kerana pada waktu ini hormon prolaktin banyak dihasikan.
  • Ambil la pahala sunnah bersahur. Ini sangat PENTING. Ia membekalkan tenaga ibu sepanjang hari. Ambil makanan seimbang. Pastikan ada kombinasi karbohidrat, protein dan serat. Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi.Kekurangan air membuatkan susu merundum dan ibu lesu.
  • Konsep permintaan dan penawaran jangan diabaikan. Sentiasa kosongkan payudara untuk menghasilkan susu yang banyak. Jika payudara kurang rangsangan dan tidak dikosongkan, pengeluaran susu akan berkurang. Ia memberi isyarat kepada otak yang susu tidak diperlukan. Alangkah ruginya jika keadaan ini berlaku pada bulan puasa.
Apa lagi usaha yang boleh dilakukan? Maaf jika saya kata mungkin ibu menyusu perlu vitamin atau supplemen tambahan. Bukanlah wajib atau mesti, tapi bukankah lebih baik jika kita bertenaga dan memberikan susu terbaik untuk anak kesayangan kita. Kita boleh berpuasa dengan sempurna, mengambil manfaat beribadah pada bulan yang mulia ini malah kita dapat memberikan susu terbaik di dunia pada anak-anak. Mudahnya kita membina syurga di akhirat ini jika ini menjadi kenyataan. 

Apakah vitamin terbaik atau supplemen kepada ibu yang berpuasa dan menyusukan anak? 




Performance Drink
Ianya minuman berglukos yang mengandungi formula opticarb iaitu membantu badan kita cergas sepanjang hari walau berpuasa, memastikan kandungan gula dalam darah dan bendalir dalam badan adalah seimbang. Ia membantu si ibu tidak dahaga sepanjang seharian berpuasa. Berperasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP. Merupakan produk paling HOT SELLING pada bulan puasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu.

ESP
Protein sangat penting untuk tumbesaran dan pertumbuhan. Protein merupakan nutrien utama dalam penghasilan susu ibu. Pengambilan ESP mempercepatkan penghasilan susu dan memberi tenaga sepanjang hari dan mengawal rasa lapar kepada ibu.


Meal Shakes
Multivitamin yang mengandungi 19 vitamin/galian, serat dan protein. Ia mengenyangkan dan memberi tenaga kepada ibu. Pengambilan bersama air yang banyak selepas itu mampu mengelakkan sembelit.

Nak tahu cara bancuhan yang sempurna?

Boleh hubungi saya.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, 
Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

No comments: