1 Ramadhan 1434

2:15 PM

Hari pertama puasa. Saya memang bersemangat waja. Nurin anakanda sulung saya pon sama. Kalau saya dan en suami sahaja yang berpuasa, kami sahur ringan-ringan je. Roti, kurma dan air. Cukup lah. Yang penting mengikut sunnah Rasullullah SAW.

Kali ini kene tukar menu sahur. Nurin baru belajar puasa. Lambat juga saya train dia. Saya mahu dia benar-benar faham dan bersedia baru saya latih dia. Sepertimana arwah mak ajar saya dulu.

Seingat saya, saya sudah set kan alarm handphone jam 4:30 pagi. Ntah apa yang tidak kena, saya tersedar jam 5:31. Waktu genting. Tinggal beberapa minit.

Cepat saya melompat dari katil. En suami pun sama. Dia kata tak perlu buat apa-apa untuk dia. Dia akan makan roti, kurma dan air sahaja. Saya pun begitu. Seperti puasa-puasa ganti saya yang lain saya cuma minum Mighty 3 Gems saya. Kali ini segala vitamin hebat Shaklee pun saya tidak sempat. Yang sempat cuma Mighty 3 Gems, sebiji kurma dan segelas air. Alhamdulillah. Sempat juga.

Oh! Saat azan Subuh berkumandang, saya terlupa tentang Nurin. Saya memaksa En Suami mengejutkannya untuk bersahur walaupun terlewat. Saya mahu dia bersahur juga untuk melatih dan menggalakkan dia berpuasa. Subhanallah amat mudah untuk mengejutkannya.

Saat saya menaip entry ini, saya masih lagi bertenaga dan masih mampu melakukan tugas tugas di pejabat seperti biasa. Sempat juga bertadarus bersama ukhti kesayangan Anis Atiqah sebelum Zohor tadi.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. 

You Might Also Like

0 comments