Berbuka Puasa di Masjid Besi - CIK MIL MILA

Friday, July 12, 2013

Berbuka Puasa di Masjid Besi

Alhamdulillah.  Ditemukan juga dengan bulan Ramadhan.  Memang sejak lama saya berimpian untuk menikmati bulan ini dengan sebaik-baiknya. In shaa Allah.

Saya dan suami sudah merancang untuk berbuka puasa di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi.

Jadi hari ini, impian hampir terlaksana. Kami bertolak dari rumah pukul 6:50pm macam tu. Sedikit bekalan dibawa. Roti coklat, air milo dan  minuman Performance Drink 500ml. Itu sahaja yang terlintas. Mahu menduga hati ini mampu atau tidak mengawal nafsu selera.
Agak terkejut juga kerana ramai yang sudah tiba sesampainya kami di Masjid Besi.  Subhanallah.  Ibu bapa bersama anak - anak mereka.  Seronoknya.

Inilah suasana sementara menunggu waktu iftaar tiba.


Kami diberikan kurma 3 biji, sebiji muffin dan segelas air oren yang sejuk.



Sejurus itu kami menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
Usai solat kami beratur untuk mendapatkan sajian berbuka puasa yang lebih berat.  Menunya nasi putih+ayam masak merah+kangkung goreng+air oren Alhamdulillah.  Lebih dari cukup.

Saya kagum dengan pengurusan Masjid Besi. Petugas-petugas ramai dan cepat.
Kami makan dengan berselera.  Anak-anak saya pun sama. Bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Terima kasih Allah memberikan kami pengalaman ini. Saya rasa nikmat sangat sehingga terbayang-bayang Kaabah di Masjidil Haram. Rinduuuuuu....

Moreh selepas solat tarawikh.


No comments: