Derma Darah di Multimedia University (MMU) - CIK MIL MILA

Tuesday, July 2, 2013

Derma Darah di Multimedia University (MMU)

Hari ini dalam sejarah.

Saya menderma darah di MMU. Atas desakan pujukan rakan-rakan sepejabat. Buat pertama kalinya saya memberanikan diri untuk tujuan ini. Mula-mula tu ada lah juga rasa 'nervous'. Kami dinasihatkan makan tengahari dulu sebelum menderma darah.

Lokasi makan tengahari di medan selera di MMU juga. Tempat kegemaran kami. Saya makan nasi arab separuh pinggan, coleslaw sesenduk dan ayam panggang se-peha. Air 'plain lassi' tanpa gula. Kebetulan memang sedang lapar. Habis licin lah semua. Semangat hendak menderma darah kan...

Bila tiba di lokasi, petugas-petugas keluar makan tengahari. Kami tiba pukul 1:45pm. mereka berehat sehingga jam 2:15pm. Sementara menunggu kami mengisi borang. Banyak juga ruangan yang perlu di isi. Lebih kurang jam 2:20pm petugas bersedia. Dup dap dup dap...

Borang


Tempat mengisi borang


Meja pertama, dia ambil sampel darah untuk mengetahu jenis darah dan Hb. Macam magik pula dia boleh tahu jenis darah dengan menggunakan err..apa chemical ntah. Betul pula tu. Timbang berat. Memang dah terlebih layak. Read: Saya overweight. 

Meja kedua, dia cek sejarah perubatan samada ada mengambil ubat ataupun tidak etc. 

Meja ketiga, ini yang paling best, saya dapat buku merah. Hihi..seronok tak terkata.

Selepas melepasi pelbagai ujian saringan, saya menuju ke tempat mengambil darah. Muka rileks tapi tuhan saja yang tahu. Yang pasti saya niatkan tujuan saya menderma darah ini kerana Allah Taala.

Mengambil tempat.

Alhamdulillah. Walaupun agak lambat mendapat 450ml, saya berjaya melakukannya. Seorang kawan sepejabat saya, darahnya diambil lewat sedikit dari saya tetapi beg darah dia penuh dahulu. 

Darah saya



Ini habuan selepas darah diambil. Milo, 100 plus, roti kacang merah dan biskut oat.



Ini juga disediakan. Tak mengapalah, saya ada bekalan Vita Lea dan B-complex dari Shaklee (agak fanatik ni dengan Shaklee)



Agak pening-pening sedikit. Tangan pun lenguh-lenguh. Tak mengapalah. Pengalaman pertama. Its time to pay back apa yang saya ambil semasa saya menjalani pembedahan melahirkan anak-anak dulu.

Sijil penghargaan



Eh..lupa hendak snap. Dapat pula sebotol Tropicana Twister berperisa laici 1.5L. 

Sungguhpun kestabilan diri sendiri agak errr tak berapa nak stabil, saya menggagahkan diri memandu. Be positive. 




No comments: