Mulut Saya Bau Petai...Tolong laaaa...

8:04 AM

Hahahahhaa.

Gelak dulu sebelum taip entry ni.

Tahu tak dialog siapa ni?

Dialog anakanda sulung saya. Nurin Hidayatullah.

Petang semalam atas permintaan en Suami, saya masak sambal udang petai. Disebabkan lewat siap, maka gambar udang , petai dan sambal itu terlupa hendak ambil.

Saya makan udang sahaja, sambalnya pula terlalu pedas. Suami beli cili giling instant yang saya tak biasa. Makanya ketidakbijakan saya mengagak cilinya membuatkan rasanya sangat pedas tahap-tak-boleh-blah.

Seperti biasa, tugas mengopek udang untuk sekeluarga disempurnakan dengan baik oleh en suami. 

Bukan itu yang saya hendak highlight, saya berkenaan petai itu. Saya sebenarnya kurang gemar petai, tapi saya akan makan ikut mood dan keadaan. Ada masanya saya makan, ada masanya saya tidak.

Yang pelik bin ajaibnya, anak dara saya (Nurin) makan petai!!

Bukan itu sahaja, dia boleh racun (pujuk) Alya makan sama. Katanya sedap. Ahhh sudah!

Alya pun cuba lah. Baru saja sekali gigit dia dah berlari ke dapur dan muntah sebelum sempat tiba di sinki. bertuahnya anak-anak!

Dialog "Mulut Saya Bau Petai...Tolong laaaa"  terpacul sebaik sahaja Nurin bangun tidur. Hahahha..

Baru tahu akibatnya makan petai. Penat mama dia bebel suruh mandi pagi ni dan gosok gigi pagi ni

You Might Also Like

0 comments