Stokin Jari Hantu - CIK MIL MILA

Monday, July 1, 2013

Stokin Jari Hantu

Ini bukan cerita mistik ye.

Sejak belajar berstokin ni, saya dalam usaha memperbanyakkan stok stokin supaya saya boleh istiqamah. Dengan kaki yang gebu gebas err...gemok paling tepatnya, saya kena lah cari yg selesa dan sesuai dengan kaki.

Semasa trip perhentian bulan May hari tu, saya berusaha giat mencari stokin jari. Alhamdullillah pencarian berjaya. Selesa dan tidak membataskan pergerakan. Hari pertama snorkelling saya pakai stokin dalam laut. Jadi tak de lah geli sgt bila terpijak timun laut dalam air tu.

Gambar stokin jari ini diambil sementara menunggu solat Asar.



Nurin kata stokin jari hantu. Hahahahha...

Saya beli stokin ni dipintu masuk Giant Bandar Puteri. 2 pasang RM10. Murah. Ada juga saya beli di SoxWorld. Mahal sikit la. Lupa pula harganya.


1 comment: