Tazkirah Pagi Isnin oleh Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man Facebook Official - CIK MIL MILA

Monday, July 1, 2013

Tazkirah Pagi Isnin oleh Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man Facebook Official

Sebagai ibubapa, kita sememangnya bimbang anak kita tidak menjadi anak yang soleh, menjadi nakal dan jahat, bergaul den-gan orang yang dipertikaikan perangainya, terpesong akidah-nya dan pelbagai lagi.

Ketika anak kita masih bayi, kita takut dia digigit nyamuk, maka kita pasang kelambu. Bukannya bermusuh dengan nyamuk dan sentiasa mencarinya untuk dibunuh.

Ketika anak kita masih kecil, kita bimbang dia jatuh sakit, maka kita pastikan dia makan makanan yang sihat, didik dia apakah itu cara hidup yang sihat supaya dia pandai menjaga diri. Bukannya mengajar dia bermusuh dengan kuman di luar sana dan sentiasa mencari segala jenis racun untuk membunuh kuman-kuman itu...

Untuk memastikan anak kita sentiasa soleh, perangainya elok, akidahnya kuat kita mengajarnya agama Islam, memaham-kannya mengapa agama Allah turunkan itu dan ini dan Islam adalah panduan hidup yang lengkap... kita sendiri pula perlu menunjukkan tauladan sebagai umat Islam yang baik untuk membuatkan anak kita lebih mencintai Islam. Bukannya de-ngan mengajarnya menjauhkan diri daripada bukan Islam dan lebih teruk lagi menjadikan segala agama lain sebagai musuh untuk menguatkan akidahnya.

Cinta kepada Islam tidak akan bertambah dengan mencari permusuhan.

Cinta kita terhadap Islam adalah kerana kebaikannya, dan ini dikuatkan lagi dengan umatnya yang menunjukkan tauladan yang baik dan Islam yang syumul rahmatan lil 'alamin rahmat seluruh alam).

Sekiranya anda seorang pemimpin masyarakat dan keluarga, lagilah perlu untuk anda cermin kehidupan diri dan renungkan;

“Adakah cara hidup anda terlalu mewah, bongkak, dibiayai pendapatan tidak halal seperti rasuah sehingga masyarakat sekeliling kita termasuk saudara Islam sendiri merasakan ada sesuatu tak kena pada anda yang mengikut ajaran Allah?

Cerminlah diri sentiasa dan renungkanlah samada tingkah-laku kita sedang mencerminkan dan memartabatkan agama Allah atau memalukan-Nya... Ingatlah Allah senantiasa dan Senyum.

No comments: