Temujanji di Pusat Darah Negara - CIK MIL MILA

Tuesday, July 30, 2013

Temujanji di Pusat Darah Negara

Entry ni mungkin panjang sikit. Read at your own risk ye.

Ini merupakan appointment pertama saya di sini. Pusat Darah Negara. Saya sepatutnya ke sini hari Khamis 25 July, tapi Alhamdullilah meeting en suami ditangguhkan. Tanpa buang masa kami ke PDN hari Rabu juga. Sehari selepas saya mendapat panggilan.

Kami bertolak dari rumah pukul 9 lebih, selepas menghantar anak-anak ke sekolah. Sedihnya tak terkata. Kalau lah..

Saya memandu sepanjang perjalanan, sempat singgah di pejabat menghantar OsteMatrix kepada Husna. Business partner saya. Perjalanan agak lancar melalui Maju Expressway (MEX) kerana bukan waktu puncak. Seterusnya ke Jalan Tun Razak hingga ke Bulatan Pahang. Tiba dia PDN jantung berdegup kencang. Suami pesan jangan risau.

Kami menuju ke kaunter dan menceritakan tentang panggilan semalam dan situasi kami. Nurse di situ minta kad merah derma darah. Saya diberi nombor dan duduk. Ramai juga orang.

Cuma 4 orang yang menunggu di bilik perundingan. Ramai yang mungkin datang untuk menderma darah. Kebanyakan auntie auntie berketurunan cina. Kagum tengok mereka. Siap ada reporter dan jurugambar untuk surat khabar Nanyang Siang Pau. Tak sempat nak tumpang glamour sebab jiwa kacau. Haha.

Lama juga menunggu. En suami pun sudah terlelap-lelap. Boring menunggu lah tu. Kat mana-mana je dia boleh tidur kan? Dup dap dup dap. Kemudian nombor saya dipanggil. Tak berapa nak ingat exactly dialog communication tu, tapi yang pasti saya diberitahu darah saya berkuman, kuman apa masih tak pasti, yang pasti bukan kuman HIV. Berkemungkinan saya dijangkiti hepatitis A,B atau C. Semuanya tidak pasti , maka darah saya terpaksa diambil untuk saringan/ujian seterusnya.

Sebelum itu saya ‘disoal siasat’. Ala-ala interrogation. Saya dinasihati supaya memberikan maklumat yang benar dan betul sahaja. Sekiranya maklumat tidak benar saya boleh didakwa oleh pihak berkuasa. Gulp!

Takkan saya nak tipu kan?

Macam-macam soalan diajukan. Doktor menerangkan tentang kebiasaan bagaimana hepatitis boleh dijangkiti. Antaranya ialah seks bebas lebih dari satu pasangan, berjangkit semasa dalam kandungan ibu, blood transfusion, berkongsi jarum suntikan dan banyak lagi. Nak tau lebih lanjut sila lah google ye.

Dua perkara yang pasti, saya memang pernah dapat blood transfusion. Saya melahirkan dua-dua anak saya secara c-sect. Saya ingat saya mendapat darah dari hospital 1 beg. Juga berkenaan dengan mak saya. Mak saya meninggal due to liver complication. Mungkin ada kaitannya.

Tak kisah lah apa pun, saya redha dengan ketentuanNya. Saya tahu Allah ada perancangan yang terbaik untuk saya. Dia mahu saya sentiasa merintih dan dekat denganNya.

Sebenarnya saya malas nak fikir sebab semuanya masih belum pasti. Walau apa pun keputusannya saya redha!

Darah saya diambil. Next appointment will be on 1st August, 2013. Seminggu dari tarikh darah diambil. Saya keluar dari PDN sekitar jam 12 lebih. Yang bestnya lepas saya keluar dari bilik perundingan tu, saya tengok en suami saya saya tidur duduk elok je atas kerusi. Hahaha....Kesian dia diheret ke sini.

Pulang dari PDN, en suami drive pula. Saya minta dia bawa saya ke SOGO. Saya mahu shopping baju raya anak saya! Untuk saya, belum ada mood lagi.

Keputusan yang kurang tepat ke SOGO. Walaupun kami bernasib baik sampai awal sebelum orang ramai sampai, parking yang dekat dengan escalator, tapi baju-baju yang saya berkenan tiada pula. Next station AEON, AEON mana, mestilah yang dekat dengan rumah saya iaitu di Equine Park. Dekat ker? Rasanya AEON Puchong lagi dekat kot?

Alhamdulillah, pencarian baju anak-anak dipermudahkan. Taste anak-anak dara saya sudah bertukar. Mereka tak mahu baju pendek-pendek dan dedah-dedah. Alhamdulillah. Mahu yang panjang-panjang. Segan katanya sebab saya selalu bawa mereka ke masjid. Berbaloi-baloi shopping time orang kerja. Aman damai. Dengan RM300 saya dapat beli baaaanyak baju untuk dua orang anak dara ini. Saya tak mementingkan jenama, janji konsep menutup aurat tu ditepati. Kualiti yang baik. Brand kemudian cerita!

Sesudah itu kami singgah ke Pasar Borong Selangor pula, destinasi kegemaran en suami. Biasanya saya memang duduk kereta saja. En suami boleh spend dua jam dalam pasar borong ni. Menu yang suami nak masak hari ni, Oxtail Soup atau Sup Ekor Lembu. Ahhh tengah taip entry ni pun boleh terliur. Astagfirullah!

Memang betul, lama en suami shopping. Saya dah biasa. Nasib baik saya pandai bawa diri. Wink wink.

On the way balik, singgah dobi ambil baju, ambil anak-anak terus balik umah. Seharian on the road ni. Anak-anak pelik tengok kami berdua sekali. Selalu saya atau hubby yang amik. Eh kejap hubby kejap suami..ngeee

Itu lah sudahnya. Saya mohon pembaca semua doakan kesihatan saya. Doakan saya kuat untuk beribadat kepada Allah. Amin Ya Rabb. Untuk anda semua juga, semoga sentiasa mendapat kesihatan yang baik dan diredhai Allah.

6 comments:

  1. What was ur outcome


    ReplyDelete
  2. Hi, boleh share your result? I baru dapat surat untuk temujanji di pdn. Now risau sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la..so mcm mna keadaan you skrng.?

      Delete
    2. saya pun dapat surat untuk temujanji.. risau betul

      Delete
  3. saya pun baru terima surat. tapi date yg diorg mention xderma pun darah. tp memang ada derma bulan 10. menyesal pun ada

    ReplyDelete
  4. Saya baru terima surat..kena pergi ke? Bukan kalau dpt kol baru pergi ke?

    ReplyDelete