August 2013 - CIK MIL MILA

Wednesday, August 28, 2013

Bagaimana untuk Mencegah Serangan Asma: Peranan Minyak Omega-3 Ikan
11:57 AM0 Comments
Asma membawa kepada pelbagai komplikasi pada kanak-kanak dan boleh membuatkan mereka ponteng sekolah dan membuatkan aktiviti seharian terbantut. Bukan anak sahaja terpaksa dicutikan, ibu bapa juga terpaksa melalui hari hari yang murung, terpaksa mengambil cuti kecemasan . Atas sebab ini, ibu bapa perlu memberi tumpuan kepada cara-cara untuk mencegah serangan asma pada anak-anak mereka. Jika anda sedang mencari cara semula jadi untuk mencegah serangan asma, ia adalah penting untuk mempertimbangkan bagaimana OmegaGuardTM Shaklee boleh mendapat memberi manfaat kepada anak anda.


Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. Ia biasanya ada dalam makanan kita tetapi biasanya kita tidak cukup makan omega-3 untuk mendapat faedah-faedah kesihatan yang sepenuhnya. Atas sebab ini, ramai pakar kanak-kanak mengesyorkan OmegaGuardTM tambahan untuk kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak dengan komplikasi asma.



Salah satu sifat yang paling mendalam dalam OmegaGuardTM adalah keupayaan minyak ikan untuk melawan keradangan dan juga mencegah keradangan di dalam otak dan melalui sistem saraf. Dengan berbuat demikian, badan itu bertindak balas kepada penyakit dan penyakit-penyakit yang tidak begitu teruk dan selalunya kanak-kanak dengan risiko asma akan mendapati bahawa serangan asma berkurangan dan komplikasi dengan alahan juga berkurangan.

Asma, walaupun tidak sepenuhnya dapat dielakkan, ia masih boleh diuruskan dengan lebih berkesan dengan diet dan makanan tambahan secara semula jadi. Jika anda sedang mencari cara-cara untuk mengelakkan serangan asma pada kanak-kanak anda, pastikan anda mempertimbangkan untuk menggunakan OmegaGuardTM, dalam rutin pemakanan kanak-kanak anda, setiap hari.

Tanya saya cara mengambil OmegaGuardTM untuk anak dan diri anda. Konsultasi percuma untuk customer saya.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Reading Time:

Tuesday, August 27, 2013

Lunch dengan Snickers. Terbaekkk
5:32 PM0 Comments
Al kisah, brekki dengan heavy food, sekarang terima lah padahnya lunch dengan light food, tapi high calorie. Menyampah nak kira kalori, tapi itu lah kenyataannya.



Tak sempat nak makan elok-elok sebab rushing meng-collect stok di HQ Shaklee, Empire Subang. Walaupun ada sistem nombor, malangnya hari ini, sistem itu rosak. Apa maknanya, makna distributor Shaklee ramai. Kenapa ramai? Sebab vitamin Shaklee laris di pasaran. Kenapa laris, sebab produk Shaklee semulajadi, selamat dan berkesan. Kenapa semulajadi, selamat dan berkesan? Sebab banyak kajian dibuat untuk menghasilkan produk Shaklee:


  • Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.
  • Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal
  • Setiap produk juga perlu dihasilkan oleh bahan-bahan yang tulen dan diformulasi untuk menghasilkan produk yang konsisten.
  • Shaklee menggabungkan bahan sumber alam dan aplikasi sains terbaik dan tidak menggunakan jalan pintas.
Nak tau banyak lagi mari klik di SINI

Waaa...tadi cerita pasal lunch, sekarang cerita pasal Shaklee. Memang kami tidak dapat dipisahkan lah.

Nak beli dan nak sertai kami di Shaklee?

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

Reading Time:
Sedapnya Minuman Ini. Milo + ESP
1:55 PM0 Comments
Jakun pula rasanya. Padahal ramai yang dah cuba resipi sihat ini. Ketinggalan zaman rupanya saya ye. Muahahhaa



Pagi tadi, selepas menghantar 2 orang anakanda ke sekolah, saya pecut balik rumah semula. Macam biasa dengan rutin harian. Sidai kain, basuh lagi satu load, kemas dapur, ternampak pula leftover nasi ayam semalam.

Rugi pula biar nasi ayam (nasi sahaja) macam tu. Kalau tidak dibuat sesuatu pasti akan dibuang begitu sahaja. Kesian. Saya rasa nak buat nasi goreng, tapi saya tangguhkan dulu sehingga selesai kerja rutin. Tiba di rumah pukul 8:30 pagi dan saya ada lebih kurang 40 minit untuk siapkan kerja rumah dan bersiap ke pejabat.

Macam sotong la pula. Akhirnya tepat jam 9 pagi semua siap kecuali nasi goreng!

Apa lagi, cepat-cepat cincang bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili padi. Kalau dulu suka sangat tumbuk menumbuk guna lesung batu, tapi lesung batu pon dah pecah. Punya lah ganas tuan rumah no 44 ni. Haha, yang pecah belum berganti. Tumis-tumis, pecah telur, masuk nasi, letak garam. Siap!!!

Ini hasilnya. Ops, dah makan separuh baru teringat nak snap!



Aik, sebenarnya nak cerita pasal ESP+Milo je. Haha..dah cerita pasal nasi goreng pulak.

Kalau teringin nak minum ESP+milo cari la saya ye.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 


Reading Time:
Shaklee Membership Fee: RM65 Sahaja.
10:14 AM0 Comments
Sejak akhir-akhir ini, news feed FB saya penuh dengan cerita MLM xxx, yang dikatakan menjual marketing plan. Modal agak besar sehingga perlu mengambil personal loan. Bonus permulaan yang lumayan, tapi tidak bertahan lama.

Saya tak mahu komen tentang MLM lain. Saya mahu kongsi MLM yang saya cinta sekarang, Shaklee.

Untuk join membership, hanya perlukan RM65+RM10 (sekiranya perlu di pos) seumur hidup. Untuk mendapatkan free membership pula, Shaklee telah menetapkan pembelian sebanyak 200UV lebih kurang RM680. Dah la nak jadi member murah, boleh dapat free membership pula. Best kan?

Saya berbekalkan modal RM75 dan telah mendapat bonus 4 angka sebulan secara sambilan (part time). Mentor kami dalam Shaklee tidak menggalakkan kami bermodal besar dengan membeli stok yang banyak. Untuk permulaan, kami digalakkan membeli vitamin untuk diri sendiri dan keluarga. Sekiranya ada pesanan dari customer secara online, saya akan meminta bayaran dahulu (Modus operandi yang sama dengan biz online). Setelah pembayaran diterima, saya akan buat pesanan di Shaklee HQ, buat pembayaran ke akaun HQ (kad debit/kad kredit/maybank2u) dan HQ akan pos terus pesanan itu kepada customer.

Mudah bukan? Dengan cara ini, saya tidak perlu simpan stok dan hampir tidak perlu mendahulukan duit saya sendiri.

Bagaimana sekiranya saya perlu COD kepada customer? Untuk COD saya perlu simpan stok kerana bayaran hanya akan diterima ketika saya menghantar vitamin. Saya simpan stok yang famous sahaja. 

Itu ketika saya bermula dengan biz ini, ketika itu saya belum berani untuk menyimpan stok yang banyak. Sikit demi sedikit, biz ini menampakkan hasilnya. Rupanya mentor saya kata, stok itu umpama semut, jika ada stok, makin mudah perjalanan biz ini. Untuk berjaya, saya perlu ikut cara orang yang berjaya.Sekarang saya dah ada stok simpanan saya sendiri. Alhamdulillah. Jadi leader perlu act like a leader.

Hari ke hari, dowlines saya bertambah. Seperti mana mentor saya membantu saya, begitu juga lah saya membantu downlines saya. Hebatnya MLM ini, untuk berjaya, kita perlu bantu downlines kita berjaya.

Nak cerita panjang lagi ni..tapi tak pa la.

Berminat? Sila hubungi saya.

 Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

Reading Time:

Friday, August 23, 2013

Baiti Jannati
10:26 PM0 Comments
Hasil nukilan Nurin Hidayatullah.

Dia memang suka melukis.

Dah pandai buat surat cinta untuk mama.

Semoga Allah memelihara mu anak - anak ku seperti mana Allah memelihara orang - orang yang soleh.





Anak-anak Shaklee memang cerdik cerdik belaka. Alhamdulillah.

PM me for Shaklee order.

Reading Time:
Jamie Oliver vs Mc Donald vs Keluarga Saya
5:12 PM0 Comments
Source: Facebook

Hamburger chef Jamie Oliver has just won a battle against one of the largest fast food chains in the world. After Oliver showed how McDonald’s hamburgers are made, the franchise announced it will change its recipe.



According to Oliver, the fatty parts of beef are “washed” in ammonium hydroxide and used in the filling of the burger. Before this process, according to the presenter, the food is deemed unfit for human consumption.

According to the chef and presenter, Jamie Oliver, who has undertaken a war against the fast food industry: “Basically, we’re taking a product that would be sold in the cheapest way for dogs, and after this process, is being given to human beings.”

Besides the low quality of the meat, the ammonium hydroxide is harmful to health. Oliver calls it “the pink slime process.”

“Why would any sensible human being put meat filled with ammonia in the mouths of their children?” asked the chef, who wages a war against the fast food industry.

In one of his initiatives, Oliver demonstrates to children how nuggets are made. After selecting the best parts of the chicken, the remains (fat, skin and internal organs) are processed for these fried foods.

The company, Arcos Dorados, the franchise manager in Latin America, said such a procedure is not practiced in the region. The same applies to the product in Ireland and the UK, where they use meat from local suppliers.

In the United States, Burger King and Taco Bell had already abandoned the use of ammonia in their products. The food industry uses ammonium hydroxide as an anti-microbial agent in meats, which has allowed McDonald’s to use otherwise “inedible meat.”

Even more disturbing is that because ammonium hydroxide is considered part of the “component in a production procedure” by the USDA, consumers may not know when the chemical is in their food.
On the official website of McDonald’s, the company claims that their meat is cheap because, while serving many people every day, they are able to buy from their suppliers at a lower price, and offer the best quality products.

In addition, the franchise denied that the decision to change the recipe is related to Jamie Oliver’s campaign. On the site, McDonald’s has admitted that they have abandoned the beef filler from its burger patties.
*************************************

Saya dan anak-anak tidak lagi makan di McDonald sejak Sept tahun lepas. Saya tidak tergamak untuk menyumbang di atas pembunuhan dan penganiyaan muslimin dan muslimat di Palestin. 

Mustahil la anak-anak tidak merayu untuk makan di Mc Donald setelah sekian lama kami biasa makan di sana. 

Ketika itu, sedang rancak soal boikot memboikot produk-produk yahudi dan kebetulan terlalu banyak imej-imej yang menyayat hati (pembunuhan anak-anak kecil dan wanita yang tidak bersalah) di Palestin yang share di Facebook. Saya tunjukan imej-imej itu kepada anak-anak saya. Mereka termenung dan ada riak sedih di wajah mereka. Alhamdulillah mereka faham apa yang saya cuba sampaikan.

Setelah itu, mereka tidak lagi merengek-rengek untuk makan di Mc Donald lagi. 

Ya Allah kasihanilah mereka yang teraniya itu. Berilah kemenangan kepada muhajidin yang berjuang mati-matian keranaMu Ya Allah!
Reading Time:
Antibodi vs Kuman
4:28 PM0 Comments
Ketika ini, sedang saya check email office, yang overflowing tak henti-henti, tapi bukan dihantar untuk saya, tiba-tiba saya teringat perbualan saya dengan seorang doktor.

Sebelum itu, overflowing email itu memang banyak sangat, purata 200 email sehari, jika bukan hari invoicing. Jika hari-hari invoicing boleh jadi double email yang saya dapat. Saya punya 4 email id untuk syarikat yang berbeza di bawah kumpulan yang sama. Alangkah bagusnya, jika gaji yang dibayar ada dari 4 syarikat yang berbeza ini. Ironinya, ia tidak akan berlaku. Sangat berbeza dengan bisnes MLM Shaklee yang saya buat ketika ini.

Berbalik kepada perbualan saya dengan seorang doktor itu yang saya lupa namanya, seorang wanita india beragama islam. Cantik , sopan dan bijak!

Katanya kepada saya , yang saya translate dan ringkaskan- virus atau kuman dalam badan seorang pesakit yang mungkin tidak ada ubatnya boleh dikawal. Walaupun tidak boleh sembuh sepenuhnya. Yang penting antibodi pesakit itu lebih kuat dari kuman itu. Maksudnya, jangan bagi kuman itu dominan antibodi kita. Pastikan yang antibodi kita lebih kuat untuk melawan kuman.

Soalan saya pada dia, macamana nak bagi antibodi itu kuat?



Dia senyum.

Jawapan dia begini, think positive, live and eat healthily. Dia beritahu, makan makanan yang berkhasiat. Pastikan emosi sentiasa stabil, sentiasa gembira dan jangan biarkan emosi negatif menguasai diri.

Kerana orang yang gembira, dia akan sihat dan orang yang sihat akan gembira. Macamana tu? Macam tu laaa..Hik hik.

Bukan sekadar testimoni, tapi ianya benar dan benar belaka dengan izin Allah, sebabnya ramai sudah mengamalkannya termasuk saya dan keluarga. Di rumah saya memang ada simpanan Nutriferon sepanjang masa.



Untuk memastikan antibodi kami sentiasa dominan, sepatutnya, kami perlu mengamalkannya seminggu sekali , tapi rentetan terlalu sibuk dengan isu-isu semasa, saya dan anak-anak akan consume bila mula ada tanda-tanda selesema, sakit tekak atau demam.

Dan...kesannya, tidak keterlaluan jika saya cakap sungguh menakjubkan. Sekarang tiada lagi panadol atau paracetamol untuk demam dan selesema. Alhamdulillah...

Walau apa jua pun sakit yang anda/kita ada, sentiasa berbaik sangkalah dengan Allah. Mula-mula redha lah dengan penyakit itu. Utamakan apa yang utama. Carilah penawarnya. Bila ahli keluarga kita sihat, suasana rumah tangga menceriakan, kita pun akan gembira dan lebih tawaduk menghambakan diri kepada Maha Pencipta.


Sekian bebelan dari saya untuk anda yang membaca ini.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 





Reading Time:

Thursday, August 22, 2013

Dinner for My Birthday
10:17 PM0 Comments
Tempat kegemaran saya, Serai. Oleh kerana saya berpuasa, dan sudah berbuka dengan 3 biji kurma, satu setengah biji jagung manis, segelas air Performance Drink dan jambu batu,maka tidak berhajat untuk makan besar.

Jadi, kami cuma memesan 2 hidangan sahaja iaitu mee goreng mamak dan Serai Platter. Air pula en suami memesan Honeydew Blast, saya dan anak - anak setia dengan air suam sahaja.

Makanannya sedap menepati citarasa tekak saya dan suasana restoran yang mendamaikan.



Inilah menu kegemaran keluarga. Hard to resist!



Gambar kenangan pada tahun ini.



Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang wish happy birthday di FB, E-mail, SMS, whatapps, phone call dan in person. Saya sayang anda semua yang menyokong karier dan bisnes Shaklee saya. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Reading Time:

Wednesday, August 21, 2013

Tambah Kuah Dhal Kena Caj RM1
6:00 PM0 Comments
Ada satu hari tu saya breakfast dengan en suami. Hajat di hati nak makan di O’Brien, tapi suami nak makan di mamak.

Saya makan capati, en suami makan roti telur.

Tengah-tengah makan tu, en suami minta tambah kuah dhal dengan pelayan restoran mamak.

Bila nak bayar, terkejut gitu bila tengok dhal tadi dia caj RM1. Alahaiiii, macam tu pun nak caj RM1. Fuhhhh...

Ni bukti nya.



Moral of the story kalau tak nak kena bayar, masa minta tambah kuah ke apa ke tanya kena caj atau tidak.
Reading Time:
CoQ10 Health Plus Shaklee
4:02 PM0 Comments
Mampukah anda makan 28 CAWAN BROKOLI atau 1.7KG AYAM SETIAP HARI untuk KESIHATAN JANTUNG anda? Jika tidak, dapatkan rencana Kesihatan menarik tentang pelbagai manfaat CoQ10 untuk jantung yang sihat dalam majalah iSIHAT Ogos 2013, muka surat 38-39. Juga ketahui keistimewaan CoQ10 Health Plus Shaklee dalam membantu anda membekal tenaga untuk jantung anda! Selamat membaca...

Reading Time:
I Love Recycle. Do you?
12:10 PM 2 Comments
Sejak-sejak ber’Shaklee, saya rasa saya dah berubah jadi seorang yang sangat menyayangi alam sekitar. Love the nature, dengan cara kitar semula. Tahu lama dah yang kita patut mula kitar semula dari rumah sendiri, tapi entah kenapa rasa susah dan sangat leceh.

Percaya tak, sebenarnya tak sesusah mana, betul!! Tak percaya ke?

Terima kasih yang buat saya gigih untuk kitar semula ini, terutama buat biras saya Dalila Idrus, adik ipar saya Hanarisma Idawati dan lebih lebih lagi mohor besar kitar semula Puan Paridah Ahmad atau nama FBnya Ciklilygugu. Jika Allah tidak membukakan hati mereka sharing pasal kitar semula ni, pasti saya pun tidak akan celik mata dan minda.

Bukan susah pun, mula-mula sediakan tempat untuk kitar semula. Saya gunakan laundry room/utility room. Agak messy sikit, tapi masih terkawal. Saya belum ada budget untuk beli container, jadi saya gunakan plastik hitam sahaja. Saya asingkan siap-siap ikut kategori. Kaca, plastic, kertas, kotak tetra pak dan kotak biasa. Saya asingkan supaya nanti masa ditimbang, dia beli ikut senarai harga. Kalau kita campur sahaja, kemungkinan besar mereka akan beli ikut harga pukal yang murah.

Ini koleksi sejak awal tahun.



Saya jual barang-barang kitar semula di sini. Presint 9, Putrajaya.



Model kitar semula saya. Kacak. Awww



Harga yang dibeli. Alhamdulillah.



Baru saya tahu kita boleh kitar semula minyak masak, barangan elektrik terpakai, baju-baju dan banyak lagi lah.

Semoga saya memberi anda semua inspirasi untuk kitar semula.








Reading Time:
Kereta vs Manusia
9:15 AM0 Comments
Saya ada dua orang kenalan yang saya hormati dan kagumi hingga ke saat ini. Seorang mikrobiologist dan seorang lagi seorang doktor. Kami masih berhubungan (secara virtual) Mereka berdua memperkenalkan saya dengan dunia kesihatan. Alhamdulillah, Allah menghantar saya dua insan istimewa ini. Saya berdoa semoga ukhuwah kami tetap berkekalan dan Allah melindungi mereka sebagaimana Allah melindungi orang-orang yang soleh.

Saya namakan seorang mikrobiologist ini sebagai ZZ dan doktor itu sebagai HM. Kedua mereka wanita. Lebih berusia dari saya. Tapi jangan terkejut mereka lebih nampak muda. Mungkin disebabkan oleh pemakanan sihat mereka dan amalan rohani yang mereka amalkan secara harian.

ZZ beritahu ini dalam satu pertemuan pertama yang tidak disengajakan. Secara ringkasnya, ZZ beritahu saya tentang kereta. Semua orang tahu kereta itu perlu ada maintenance secara berjadual. Malah ada meter reading untuk kita tahu bila masa untuk melakukan maintenance itu. Apa akan jadi sekiranya kita tidak mengikuti maintenance secara berjadual itu ? Barangkali kereta itu rosak ketika sedang dipandu, mungkin perlu overhaul sekiranya langsung tidak diselenggarakan, paling buruk jika pendek jangka hayatnya. Itulah tujuan meter, sebagai panduan untuk penyelenggaraan.





Kita lihat pula manusia. Manusia adalah ciptaan hebat Allah Taala.  Tiada tandingan. Tapi manusia tiada meter, untuk dilihat bila perlu diselenggara. Apakah kita perlu diselenggarakan? 

OK. Mungkin kita ada banyak persoalan, yang boleh dijawab sendiri.

Betul kita tiada meter, tapi kita ada otak. Kita tak perlu meter pun, ciptaan Allah sangat sempurna. Tiada cacat celanya. Apa yang perlu kita lakukan, ialah dengan sentiasa menjaga kesihatan. Diri kita amanah Allah. Sekiranya ada sakit sakit, atau simptom-simptom itu adalah adalah 'sign' dari Allah supaya kita sentiasa ingatkan Dia dan mengambil iktibar dan berusaha untuk sihat dan memperbaiki amalan kita. Apa jadi jika tiada 'sign' dan tiba-tiba nyawa kita diambil? Dan saat itu kita belum bersedia menemui pencipta Nya?

Seru saya, sebelum simptom-simptom itu datang, jom kita betulkan niat kita. Kita perlu sihat kerana Allah. Untuk sihat kita kena berusaha makan makanan yang halal, amalkan makanan sunnah dan berkhasiat, malah lebin penting lagi bersihkan hati dari ujub, riak, takbur, hasad dengki dan penyakit-penyakit hati yang lain.

Makan vitamin juga satu usaha untuk sihat. Back to our intention. Kita bukan perlu sihat untuk hidup lama, tapi kita perlu sihat untuk dapat usia yang berkat, untuk pengabdian kita kepada Allah. 

Seorang ustaz pernah berkata, amalkan minum air masak ketika bangun tidur, sebelum bersugi, kerana nabi kita Muhammad SAW melakukannya, kerana enzim-enzim yang baik dalam mulut kita membantu mencuci usus, dan melancarkan sistem perkumuhan. Dia juga menegaskan, jadikan makanan pertama yang masuk dalam tubuh kita setiap hari ialah madu. 

Tips dari suami saya , diturunkan dari ayah mertua saya, sebelum makan madu niatkan begini;

Lafazkan bismillahirrahmanirrahim. Selawat ke atas nabi 3 kali. Diikuti doa ini.

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon padaMu Ya Allah, Engkau bersihkanlah segala kekotoran  zahir dan batin yang terdapat dalam badanku ini. Amin "
Reading Time:

Tuesday, August 20, 2013

Cuba Teka
4:10 PM 4 Comments
Jom main teka teka nak?

Cuba teka buah apa ni. Siapa betul saya bagi hadiah. Hadiahnya bernilai RM30 je. Tapi bukan cash.



Cara jawab:-
Reply comment-bagi nama dan email address-bagi jawapan.

Siapa yang terawal mengomen dengan jawapan yang betul akan menerima hadiah.

Salam sayang,
Mamanurins Vitamin Shop
Reading Time:
Rumahku Syurgaku
10:16 AM0 Comments
Selalu dengar orang sebut rumahku syurgaku. Kalau masuk rumah, kita dan keluarga rasanya seperti di syurga. Syurga juga, dikatakan dalam Al-Quran suatu tempat yang sangat wangi dan harum. Lagi harum daripada wangian kasturi.  Tapi rumah kita macamana ye? Bau ikan goreng? Bau sambal belacan?

Kalau rumah yang comel, tak punya exhaust fan kat dapur memang masalah ini memang sukar dibendung. Bila masak satu rumah berbau. Susah juga kan? Jadi macamana nak buat rumah kita harum sentiasa?

Lepas masak kemas. Tutup lauk pauk suma. Sembur la rumah dengan pewangi. Lapkan minyak minyak yang terpercik. Basuh pinggan, kuali, periuk semua. Cuci sinki kilat-kilat. Basic H Shaklee kan ada. Boleh guna untuk periuk belanga dan sinki juga. Heheh


Yang ini penting...

Bilik tidurku, syurgaku tu... Sentiasa lah tutup pintu bilik. Supaya bau-bauan masakan tak masuk bilik. Lepas tu pasangkan lilin aroma terapi. Tapi hati-hati ye, jangan sampai terbakar pulak. Karang lain pulak ceritanya.

Owh ya, dulu en suami saya suka sangat pasang lilin aromaterapi, memang romantis gitu, tapi kami pasang kat dalam pasu kaca yang tinggi. Macamana nak cerita ni, hahahha..tak pe la. Bayangkan lah sendiri ya.

Sekarang kami beli yang ini. Lampu tidur yang comel. Bukan sahaja lampu tidur, boleh letak minyak aromaterapi. Bila turn on lampu ni, boleh pilih nak lampu terang ataupun malap mengikut kesesuaian kita. Bila lampu tu panas, ianya memanaskan minyak aromaterapi tu sekali. Best kan?


Barulah wangi. Bilik tidurku, syurga ku..

Owh yaaa...nak lagi hangat dan mesra, apa kata dapatkan vitamin cinta dari Shaklee untuk kerukunan rumahtangga kita.

Yang ini FOR HIM



Penerangannya di SINI ya

Yang ini FOR HER




Hati-hati ya, nanti hari hari mau. Awww

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 


Reading Time:

Saturday, August 17, 2013

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,
7:33 AM0 Comments
Beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut
ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Credit: Koleksi Short Note Ustaz Azhar Idrus (FB)
Reading Time:

Friday, August 16, 2013

Apa itu Advanced Joint Health Tablet (AJHT)
4:07 PM0 Comments
AJHT merupakan ekstrak Boswellia yang mampu meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari! 


Manfaat terhebat AJHT
  • Menggalakkan pergerakan yang lancar
  • Meningkatkan fleksibiliti Meningkatkan fungsi sendi
  • Meningkatkan "cushioning" - iaitu rawan yang haus di bhg lutut dan sebagainya, seterusnya membolehkan sendi bergerak lebih bebas

Terbukti 28% LEBIH PANTAS dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka!

Offer bulan ini: buy 6 FREE 1! Kalau nak beli 1 atau 2 pun boleh,

Hadiahkan untuk ibu dan bapa yang kita sayangi sempena Aidilfitri ini.
  • Dijamin Halal
  • Mendapat kelulusan KKM
  • Selamat & Berkesan
Reading Time:
Merawat Luka
10:56 AM1 Comments
Kekurangan nutrisi dalam pemakananan membuatkan luka mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Nutrien yang paling penting untuk penyembuhan luka adalah protein, zink dan vitamin C. Untuk memastikan penyembuhan luka optimum, anda perlu mengambil vitamin C dan zink melalui sumber makanan. Memenuhi keperluan melalui pemakanan secara umumnya adalah lebih baik daripada mengambil makanan tambahan. 

Proses

Sejurus selepas kecederaan, luka mempunyai peningkatan tahap radikal bebas yang bersedia untuk menyerang sistem imun anda. Badan anda, sebagai tindak balas, mengurangkan kehilangan darah dan bersedia untuk penyembuhan. Limfosit dan sel-sel imun yang lain tiba di luka dan membersihkan kerosakan tisu yang rosak, memusnahkan dan mencerna mana-mana bakteria. Penyembuhan jangka panjang bermula selepas itu dengan membentuk satu rangkaian kolagen baru, yang merupakan asas tisu parut.

Fungsi

Vitamin C menghasilkan kolagen dan memberikan kekuatan tambahan dan kestabilan kepada gentian kolagen. Ia juga antioksidan, yang bertanggungjawab untuk memerangi radikal bebas yang berbahaya kepada kesihatan anda.

Zink terlibat dalam sintesis DNA, pembahagian sel, sintesis protein, perencatan bakteria pertumbuhan, kematangan T-limfosit dan tindak balas imun.

Sumber Makanan

Vitamin C banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran seperti buah-buahan sitrus, strawberi, tembikai, tomato, kentang dan brokoli.

Daging dan makanan laut seperti daging lembu, hati dan ketam adalah sumber zink yang baik. Sumber makanan lain zink dalam jumlah yang lebih kecil kacang, biji, telur, susu, gandum dan produk gandum.

Kesan buruk

Dos yang lebih tinggi daripada yang disyorkan vitamin C dan zink boleh menyebabkan masalah. Kesan-kesan sampingan yang tinggi tahap vitamin C termasuk rasa loya, cirit-birit, uricosuria dan batu asid urik. Walaupun ketoksikan zink akut jarang berlaku, dos yang tinggi rutin suplemen zink boleh menyebabkan kekurangan ‘copper’, immunosuppression dan ‘gastrointestinal distress’

Pertimbangan

Jika anda makan makanan seimbang, tidak ada keperluan untuk mengambil makanan tambahan. Malah, salah guna tambahan boleh membawa kepada dos berlebihan. Elaun harian yang disyorkan untuk unsur zink ialah 15 miligram setiap hari, manakala makanan tambahan mengandungi 20 atau 25 miligram. Zinc Complex Shaklee mengandungi 15mg (100%) diet yang disyorkan.

Set Euphoria Shaklee yang paling famous berkenaan dengan luka ini ialah set bersalin dan set pembedahan. Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami luka akibat kemalangan, berkhatan, dan pembedahan.

Selamat dan berkesan. Untuk konsultasi percuma, sila hubungi saya ya.
COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Reading Time:

Thursday, August 15, 2013

Kuruskan Badan vs Naikkan Berat Badan
7:01 PM0 Comments
Walaupun ramai yang sibuk nak kuruskan badan time time raya ni, ada juga insan-insan yang perlu naikkan berat badan ye.

Dan....insan ini berjaya menaikkan berat badan dalam masa yang singkat..

Jom kita baca perkongsian istimewa dari cik Farrah Aien

Waduhhh2..bru sja mkn..lpar lgi..
Penangan mealshake,start mnum 4/8/13..dr brat 35kg n now 44 kg..
Alhamdulillah, best rsult



COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Reading Time:
Kesan Sampingan ESP
12:49 PM0 Comments
Sekarang ni memang hangat diperkatakan tentang kesan sampingan (side effect) pelbagai produk kesihatan dan kecantikan. Memang terlalu banyak produk di pasaran yang masing masing mengaku hebat dan berkesan malah sanggup memperjudikan 'warranty' berjuta juta ringgit sebagai tanda produk itu memang selamat. Pelbagai testimonial dijaja untuk meraih kepercayaan pengguna. Bukan mudah ye untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi, dan mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan. Pastinya produk tersebut sudah melalui proses R&D yang menelan belanja jutaan ringgit.

Semalam saya dan rakan niaga Shaklee Kita Jutawan berdiskusi tentang pelbagai feedback pelanggan mengenai Energising Soy Protein (ESP) Shaklee.

Terkejut juga dengan feedback mereka. Macam tu sekali kesan sampingannya. Pasti rakan pembaca juga terkejut dengan perkara ini. Jom kita semak satu satu, mana tahu anda juga melalui pengalaman yang sama

1. Bagi yang menyusukan bayi, pasti merasa payudara cepat bengkak dengan susu walaupun baru menyusukan atau mengepam

2. Bagi yang mempunyai parut samada jerawat atau parut luka, pasti perasan parut semakin pudar dari hari ke hari.

3. Bagi yang berpuasa, dan bersahur dengan ESP, pasti bertenaga sepanjang hari.

4. Bagi yang mudah letih dan lesu pasti segar bugar selepas minum ESP

5. Bagi yang bermasalah kulit kusam, kulit menjadi lebih putih, gebu dan tona kulit sekata.

Arghh....takut betul kan? Banyak lagi saya nak list kan. Tapi cukupla setakat ini.

Saya doakan kita semua mendapat manfaat vitamin dan supplemen Shaklee. Yang belum ber'Shaklee tu, jangan malu jangan segan PM saya untuk maklumat lanjut.

Salam sayang,
Mamanurins Vitamin Shop
Reading Time:
Salam Aidilfitri 1434
2:52 AM0 Comments
Lambatnyaaaaaa saya wish selamat hari raya.

Sebenarnya dah wish lama dah, tapi bukan di sini. Merata-rata saya wish di FB, whatapss, sms, phone call, in person etc.



Harapan saya (macam bagi ucapan) semoga Allah menerima amalan saya dan kita semua di bulan Ramadhan  yang lepas dan semangat beribadat tetap berkobar-kobar walaupun Ramadhan sudah berlalu.

Saya akui, mungkin ini Ramadhan yang terbaik buat saya tahun ini berbanding yang lepas, dan sangat berharap saya boleh menemui Ramadhan tahun tahun akan datang.

Banyak peristiwa gembira, pahit dan manis bercampur-campur menjadikan saya agak tidak bersedia menyambut kemenangan Aidilfitri, tapi Allah memahami apa yang terbuku di hati. Aidilfitri kali ini rupanya lebih bermakna dari yang lepas-lepas. Kami adik beradik dapat berhimpun semua, menemui sanak saudara tersayang. Walaupun sudah yatim piatu, ukhuwah sesama kita adik beradik tetap utuh. Semoga roh arwah mak, abah dan ayah mertua dicucuri rahmat.


Reading Time:

Tuesday, August 6, 2013

Pesanan Berharga
11:37 AM0 Comments
Sumber: FB Prof Dr Muhaya

Betapa isteri mengeluh kerana perangai suami yang tidak tahu ugama. Semoga yang belum berkahwin bukan hanya niat kahwin kerana pandanagn masyarakat tetapi anggap perkahwinan utk ugama Allah. InsyaAllah mendapat jodoh yang baik jika kita wanita baik. Bagi muslimat yang tidak menjaga aurat, solat dan pergaulan bayangkan lelaki yang macam mana ingin memperisterikan kita. Lelaki yang baik akan mencari wanita yang baik. 
Utk dpt jodoh yang baik bukan kita cantikkan fizikal yg sementara tetapi cantikkan keimanan. Semoga kita audit diri dan bakal suami atau isteri utk mengelak masaalah di kemudian hari. Rancanglah hidup selepas kahwin utk ke syurga atau neraka bukan majlis perkahwinan yang cuma satu atau dua hari yang menjadi pandangan manusia sahaja. 
Para isteri yang ingin berkongsi masaalah dan meminta pertolongan sila lihat diri perbetulkan diri kerana semua masaalah bermual dari cara kita berfikir dan bertindak. Maka perbetulkan fikiran dengan ilmu ugama dan insyaAllah masaalah akan dimselesaikan bila hubungan dengan Allah mantap. Jangan mahu menyalahkan sesiapa dan ingin mengubah orang tetapi lihat diri dan ubah diri. Kurangkan menonton perkara duniawi tidak berfaedah sebaliknya dengar, tonton dan baca ilmu ugama. Selepas bertahun belajar tinggi tetapi tidak bahagia kerana ilmu dipelajari harus diniatkan utk beri manafaat bukan utk kebanggaan. 
Semoga kita perbetulkan niat dalam setiap amalan. Jika bukan kerana Allah semua sia sia. Bila berpakaian bayangkan syaitan gembira atau tidak. Jika membuka aurat syaitan bertepuk tangan dan semakin menjadi kawan. Semoga kita diberi kekuatan buat perubahan. Jika anak degil lihat kedegilan kita dengan Allah.
*Saya setuju sangat. Bila kita bersedia untuk berubah, dan berubah sikit demi sedikit, niat kerana Allah, in shaa Allah, Allah bantu dan permudahkan. Perasan atau tidak orang di sekeliling kita pon akan respon yang sama.Ubah diri sendiri dahulu.
Ya Allah, peliharalah kami seperti mana Engkau memelihara orang-orang yang soleh.
Reading Time:

Sunday, August 4, 2013

Tips Tidur Asing dengan Anak-anak
2:47 PM1 Comments
ADA rakan saya merungut kerana anak bujangnya yang sudah berusia sembilan tahun masih menyelit di atas katil bersamanya dan suami tatkala terjaga dari tidur. Walaupun sudah disediakan kelengkapan bilik tidur dengan peralatan televisyen dan permainan video, dia masih takut tidur sendiri.
Ulas rakan saya ini lagi, dia bimbang jika ketika anaknya masuk ke bilik dia dan suami dalam keadaan yang tidak sepatutnya, sudah tentu ini memberi kesan kepada pemikiran mereka.
Dalam masyarakat Melayu sejak kecil kita sudah diasuh untuk tidur bersama ibu bapa. Walaupun mempunyai ruang bilik yang sempit, ini tidak menjadi masalah kerana kebanyakan ibu bapa sanggup tidur di ruang tamu bersama anak.

Perkara ini berlarutan sehingga anak berusia enam atau tujuh tahun. Malah dalam sesetengah keadaan ada anak yang berusia sembilan tahun masih ‘tidak malu’ tidur bersama ibu kerana berasakan perbuatannya tidak pernah ditegah atau dilarang ibu bapa.


Keadaan ini sudah pasti menimbulkan rasa kurang selesa kepada ibu bapa kerana mereka tidak mempunyai ruang waktu eksklusif bersama. Pada masa sama, anak tidak tahu batas peribadi yang tidak boleh dicerobohi mereka.

Bagi pasangan suami isteri Nor Zuraini Shibi, 31, dan Nazri Masdor, 37, keselesaan serta keinginan yang kuat untuk mengajar anak berdikari menyebabkan kedua-dua mereka mengambil kata sepakat mengasingkan anak tidur seawal usia tiga tahun. Anak sulung, Syafiqah Amirah, 6, mula diajar tidur sendiri pada usia dua setengah tahun.

Pada mulanya memang agak sukar kerana mereka masih takut dan kembali ke bilik tidur ibu bapa beberapa jam selepas itu. Dalam hal ini ibu bapa memainkan peranan penting memujuk anak kembali ke tempat tidur dengan cara menyanyi atau membacakan buku kesukaan mereka.

“Sebelum tidur saya akan bercerita, menyanyi atau berzanji supaya mereka leka dan tidur sendiri. Keadaan ini berlarutan sehingga lima ke enam bulan lamanya.
Apabila anak sudah dapat menyesuaikan diri, mereka tidak lagi tidur bersama ibu bapa,” katanya yang akan menjenguk bilik tidur anaknya bagi memastikan mereka dalam keadaan selesa dan selamat.

Sebagai ibu memang ada kalanya timbul rasa kasihan dan bimbang apatah lagi memikirkan keselamatan anak. Namun, ibu bapa perlu kuatkan semangat dan sabar menghadapinya.

Dalam hal ini, ibu tidak perlu bersikap berlembut sebaliknya cuba membimbing anak untuk tidur sendiri mungkin dengan menyediakan hiasan bilik mengikut pilihan mereka.

“Misalnya, saya mengajak Syafiqah memilih langsir dan cadar mengikut pilihan hatinya. Daripada situ dia seronok mempunyai bilik sendiri. Memang ada ibu bapa yang tidak mampu menyediakan kelengkapan bilik tidur anak. Tidak perlu membeli perabot mahal, apa yang penting keperluan asas seperti katil, tilam dan meja,” katanya.

Selepas kelahiran anak kedua dan ketiga, Sofea Azrina, 5, dan Ahmad Harees Syafiq, 3, Zuraini turut menetapkan matlamat yang sama iaitu memisahkan tempat tidur anaknya sama seperti usia kakaknya. Mungkin kerana melihat Syafiqah selesa tidur di bilik, jadi tidak susah membimbing adiknya.

“Sofea lebih berdikari dan mudah diajar. Dia dengan rela hati tidur bersama kakaknya di bilik, begitu juga Harees yang tidak meragam apabila saya membiarkan dia tidur berasingan apabila mencecah usia dua tahun.

“Bagi memastikan mereka tidak bangun menyusu, sebelum tidur saya akan pastikan kedua-duanya minum susu dan buang air kecil terlebih dulu. Tetapi anak saya sangat berdikari kerana pada usia tiga tahun, mereka sudah bangun sendiri ke bilik air,” katanya.

Bagi Nazri, banyak kebaikan memisahkan tidur anak pada usia awal. Selain memudahkan ibu, anak menjadi lebih berdikari, matang dan kurang manja. Mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta tidak selalu bergantung kepada ibu bapa.

“Ini dapat dilihat apabila pulang ke kampung, saya boleh meninggalkan mereka bersama nenek tanpa ditemani ibu. Anak juga terdidik menghormati orang tua pada usia muda kerana mereka sudah tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan,” katanya yang turut dididik ibu untuk tidur berasingan sejak berusia tiga tahun lagi.

Bagi Yong Rafidah, 33, melatih anak tidur berasingan biasanya bergantung kepada karakter serta tahap keyakinan seseorang anak. Anak sulungnya, Akmal Hadi Andy Adib, 7, mula dipisahkan tempat tidur pada usia empat tahun. Ini kerana dia agak manja dan masih kencing malam.

Berbeza dengan anak kedua, Atuf Batrisya, 3, yang lebih senang dibentuk dan mudah dipisahkan tempat tidur ketika berusia dua setengah tahun.

“Pada mulanya saya kurang yakin dengan Batrisya kerana mempunyai pengalaman yang sukar dengan Akmal. Namun, pada malam pertama dia langsung tidak menangis sehingga ke pagi. Baru saya sedar dia mempunyai tahap keyakinan lebih tinggi berbanding abangnya. Bagi mengelak dia bangun menyusu, saya pastikan Batrisya minum dulu sebelum tidur,” katanya.

Sebelum mengasingkan anak, Yong menyediakan kelengkapan tidur seperti katil, almari, anak patung, tilam dan cadar kesukaan mereka.

“Saya juga sentiasa berbual-bual dengan anak supaya mereka tahu yang mereka sudah besar dan tidak lagi boleh tidur bersama ibu bapa,” katanya.

Bagi pemilik butik, Camy Shaharidah Jaafar, dia mula melatih anaknya tidur sendiri pada usia dua tahun. Untuk tujuan keselamatan dan mudah mengesan jika anak menangis, dia meletakkan alat pemantau (monitor) bayi di dalam bilik.

“Penggunaan alat ini sangat membantu ibu bapa mengawasi anak dari dalam bilik.
Dengan adanya alat kawalan ini, ibu boleh meninggalkan anak seawal usia setahun di bilik berasingan,” katanya.

Menurut Camy, anak sulungnya Qamilla Putri, 12, diasingkan tempat tidur ketika usia dua tahun, begitu juga anak kedua, Qazim Andeka, 7. Walaupun masih menyusu, ini tidak menjadi masalah kerana Camy sudah menyediakan susu bersama alat pemanas bagi memudahkan anaknya mengambil sendiri apabila mereka dahaga.

“Ramai ibu bapa mengakui mereka tidak sanggup memisahkan anak kerana masih menyusu dan kencing malam. Sebenarnya apabila ibu sudah membuat perancangan dan melatih mereka melakukannya, ini tidak menjadi masalah.

“Apa yang penting ibu bapa perlu menerangkan mengapa pentingnya tidur sendiri,” katanya yang membacakan buku cerita kepada dua anaknya sebelum mereka tidur.

Bagi memberi keseronokan, Camy menyediakan kelengkapan bilik seperti yang disukai Qamilla dan Qazim. Dia juga melatih mereka tidur awal pada jam 9.30 malam kecuali pada waktu cuti bagi memberi peluang mereka menonton televisyen. 

Reading Time:
Testimoni Pengguna Set B (Set Penyusuan Basic) & Set G (Set Resdung)
1:38 PM0 Comments
testimoni:
nak tanya..mcmn lepas menambil Set B?Alhamdulillah dgn izin dr Nya bnyk perubahan yg kita perolehi..betul tak??mcm tu juga dgn dilla dan hasben..jgn terkejut!hasben dilla pun ambil Set B tau..kenapa??ini jawapannya :

1)Hasben:
Dalam Set B (vitalea,vit c,b com,alfalfa) ada Set A (vitalea,vit c,b com) dan Set G (vit c,b com,alfalfa)
- hasben berulang tiap2 hari dari Ipoh ke Tapah dgn menaiki bas pukul 6am, ptg pukul 7pm baru sampai rumah..so dia perlukan tenaga supaya sentiasa cergas.
- hasben dilla juga mmg kuat resdung..sbb tu dia ambil alfalfa.
- malah senjak ambil alfalfa ni, perut dia sgt lawas..tiap2 hari mesti membuang, so badan rasa ringan je.

2)Dilla:
-sama seperti di atas, rutin harian dilla sgt2 busy..start pukul 5.30am bangun tidur, non stop buat kerja sampai lah ke mlm.
-dilla salah seorng yg mengidap eczema, so senjak amalkan alfalfa ni..nampak bnyk sgt2 perubahan.
-dilla juga ada masalah dgn sembelit dan susah nk membuang..dulu dlm 1 minggu kadang2 1kali je membuang..skrg ni 5-6 kali dlm seminggu, sembelit??tiada lagi!!
-yang ni paling dilla suka..tiada lagi keputihan, hasben puji tau!hubungan suami isteri semakin hangat (tambahan pula senjak ambil vit E..bertambah2 hangat, kulit pun makin cantik..heheee)


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Dengan kuasa yang Maha Esa, pengguna Set B & Set G ini mendapat faedah lebih dari apa yang mereka jangkakan.

Apa itu Set B?

SET B (IBU MENYUSU)
Vita-Lea (Multivitamin), B-Complex, Vita -C & Alfalfa



dan Set G pula?
SET G (RESDUNG/ALLERGY/ASTHMA/ENZEMA)
B-Complex, Vita -C & Alfalfa


COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan,
Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Reading Time:
Tengah Mood Raya Ker Tuh?
1:23 PM0 Comments
Wooo..semua tengah mood raya ke tuh?

Saya? Belum nak sangat la. Rasa bersalah pulak sebab tak all out dalam bulan Ramadhan ini.

Saya masih bekerja sehingga hari Rabu, a day before Eid. Pagi tu half day sebab ada temujanji kedua dengan doktor Patalogi di PDN.

Oh yaa...ada yang bertanyakan tentang result darah saya minggu lepas tu. Patutnya result keluar 1hb Ogos. Takdir Allah, result itu tiada kesimpulan. Inconclusive. Nak cakap ya pun tidak, nak cakap tidak pun tidak. Faham ke?

Hmm...saya redha aje la. Jadi hari itu, sample darah diambil sekali lagi. Result keluar 7hb Ogos, 2013. Sehari sebelum raya tu.

Doa dan fikir yang baik baik sahaja. Bersyukur masih dapat bernafas sehingga hari ini.
Reading Time: