Antibodi vs Kuman - CIK MIL MILA

Friday, August 23, 2013

Antibodi vs Kuman

Ketika ini, sedang saya check email office, yang overflowing tak henti-henti, tapi bukan dihantar untuk saya, tiba-tiba saya teringat perbualan saya dengan seorang doktor.

Sebelum itu, overflowing email itu memang banyak sangat, purata 200 email sehari, jika bukan hari invoicing. Jika hari-hari invoicing boleh jadi double email yang saya dapat. Saya punya 4 email id untuk syarikat yang berbeza di bawah kumpulan yang sama. Alangkah bagusnya, jika gaji yang dibayar ada dari 4 syarikat yang berbeza ini. Ironinya, ia tidak akan berlaku. Sangat berbeza dengan bisnes MLM Shaklee yang saya buat ketika ini.

Berbalik kepada perbualan saya dengan seorang doktor itu yang saya lupa namanya, seorang wanita india beragama islam. Cantik , sopan dan bijak!

Katanya kepada saya , yang saya translate dan ringkaskan- virus atau kuman dalam badan seorang pesakit yang mungkin tidak ada ubatnya boleh dikawal. Walaupun tidak boleh sembuh sepenuhnya. Yang penting antibodi pesakit itu lebih kuat dari kuman itu. Maksudnya, jangan bagi kuman itu dominan antibodi kita. Pastikan yang antibodi kita lebih kuat untuk melawan kuman.

Soalan saya pada dia, macamana nak bagi antibodi itu kuat?



Dia senyum.

Jawapan dia begini, think positive, live and eat healthily. Dia beritahu, makan makanan yang berkhasiat. Pastikan emosi sentiasa stabil, sentiasa gembira dan jangan biarkan emosi negatif menguasai diri.

Kerana orang yang gembira, dia akan sihat dan orang yang sihat akan gembira. Macamana tu? Macam tu laaa..Hik hik.

Bukan sekadar testimoni, tapi ianya benar dan benar belaka dengan izin Allah, sebabnya ramai sudah mengamalkannya termasuk saya dan keluarga. Di rumah saya memang ada simpanan Nutriferon sepanjang masa.



Untuk memastikan antibodi kami sentiasa dominan, sepatutnya, kami perlu mengamalkannya seminggu sekali , tapi rentetan terlalu sibuk dengan isu-isu semasa, saya dan anak-anak akan consume bila mula ada tanda-tanda selesema, sakit tekak atau demam.

Dan...kesannya, tidak keterlaluan jika saya cakap sungguh menakjubkan. Sekarang tiada lagi panadol atau paracetamol untuk demam dan selesema. Alhamdulillah...

Walau apa jua pun sakit yang anda/kita ada, sentiasa berbaik sangkalah dengan Allah. Mula-mula redha lah dengan penyakit itu. Utamakan apa yang utama. Carilah penawarnya. Bila ahli keluarga kita sihat, suasana rumah tangga menceriakan, kita pun akan gembira dan lebih tawaduk menghambakan diri kepada Maha Pencipta.


Sekian bebelan dari saya untuk anda yang membaca ini.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 





No comments: