Sedapnya Minuman Ini. Milo + ESP

1:55 PM

Jakun pula rasanya. Padahal ramai yang dah cuba resipi sihat ini. Ketinggalan zaman rupanya saya ye. Muahahhaa



Pagi tadi, selepas menghantar 2 orang anakanda ke sekolah, saya pecut balik rumah semula. Macam biasa dengan rutin harian. Sidai kain, basuh lagi satu load, kemas dapur, ternampak pula leftover nasi ayam semalam.

Rugi pula biar nasi ayam (nasi sahaja) macam tu. Kalau tidak dibuat sesuatu pasti akan dibuang begitu sahaja. Kesian. Saya rasa nak buat nasi goreng, tapi saya tangguhkan dulu sehingga selesai kerja rutin. Tiba di rumah pukul 8:30 pagi dan saya ada lebih kurang 40 minit untuk siapkan kerja rumah dan bersiap ke pejabat.

Macam sotong la pula. Akhirnya tepat jam 9 pagi semua siap kecuali nasi goreng!

Apa lagi, cepat-cepat cincang bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili padi. Kalau dulu suka sangat tumbuk menumbuk guna lesung batu, tapi lesung batu pon dah pecah. Punya lah ganas tuan rumah no 44 ni. Haha, yang pecah belum berganti. Tumis-tumis, pecah telur, masuk nasi, letak garam. Siap!!!

Ini hasilnya. Ops, dah makan separuh baru teringat nak snap!



Aik, sebenarnya nak cerita pasal ESP+Milo je. Haha..dah cerita pasal nasi goreng pulak.

Kalau teringin nak minum ESP+milo cari la saya ye.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 


You Might Also Like

0 comments