alfalfa

Saranan Batu Karang bersama Shaklee.

12:39 PM

Bagaimana batu karang berlaku?



Sebenarnya air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan.

Pemecahan batu karang boleh menjadi agak menyakitkan, tetapi batu karang biasanya tidak menyebabkan kerosakan yang kekal. Bergantung kepada situasi anda, anda mungkin memerlukan tidak lebih daripada mengambil ubat sakit dan perlu mimum air yang untuk memecahkan batu buah karang. Dalam keadaan lain, pembedahan mungkin diperlukan. Doktor anda mungkin mencadangkan rawatan pencegahan untuk mengurangkan risiko batu karang berulang jika anda mempunyai risiko yang tinggi untuk terjadi lagi.

 Simptom




Ia tidak mempunyai simptom yang nyata. sehingga ia bergerak di sekitar dalam buah pinggang anda melepasi ke dalam saluran kencing anda - tiub yang menyambungkan buah pinggang dan pundi kencing. Pada ketika itu, tanda-tanda dan gejala-gejala berikut boleh berlaku:

  • Sakit teruk di sebelah dan belakang, di bawah tulang rusuk
  • Sakit yang merebak ke bahagian bawah abdomen dan pangkal paha
  • Sakit ketika membuang air kecil.
  • Air kencing menjadi berwarna merah jambu, merah atau perang
  • Air kencing yang berbau sangat busuk
  • Loya dan muntah-muntah
  • Gesaan berterusan untuk membuang air kecil
  • Membuang air kecil lebih kerap daripada biasa
  • Demam dan menggigil jika jangkitan hadir


Bagaimana vitamin Shaklee boleh membantu pesakit yang menderita batu karang?


B-Complex - menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang


Vita-C - mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid

OsteMatrix - mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang

Alfalfa Complex - mengurangkan infeksi & inflamasi

Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang Lecithin - membekar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang

Tips istimewa untuk pelanggan saya.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

An Apple a Day Keeps the Doctors Away

12:08 PM

Betul ke?

Might be right, tapi epal sekarang tak tahu la kualitinya bagaimana.  Asal usul epal tu pun saya tak pasti.

Walaupun begitu pagi ini sarapan macam biasa dengan ESP dan susu Dutch Lady rendah lemak dengan Nutriferon produk hebat Shaklee.

Teringin pula nak makan epal.



Beli di Giant hari Ahad lepas. Opss lupa nak makan. Kalau encik suami tahu mesti dia bising.

Nak tahu tips untuk epal segar sepanjang hari walaupun sudah dipotong? Mudah je. Rendam dengan air garam beberapa minit.U

Tadaaaa.


Productive day ahead dear friends!!

melukis

Lukisan Centa dari Nurin

11:01 AM

Nurin suka melukis.

Hari-hari dia melukis.

Sebagai balasan dia suruh mama tulis surat centa (read:cinta) untuk dia.

Hari-hari menuntut hutang kat mama.

Aduhai anak...cepatnya awak membesar.


Adoi...senget pula. Tak nak rotate boleh tak?

Mahu anak bijak? Bagi mereka vitamin Shaklee.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

019 2250752

Ujian Allah: Liver Function Test (LFT)

10:53 PM

Temujanji kedua di PDN, saya diberi keputusan makmal berkenaan dengan ujian darah yang dibuat di situ seminggu sebelumnya. Persoalan di hati, bagaimana mereka boleh membuat kesimpulan yang saya ada virus Hepatitis B sedangkan saya sangat yakin yang saya sihat. Bukan menolak takdir atau menidakkan kebenaran, tapi saya perlu tahu lebih terperinci.

Astagfirullahalazim...Ampunkan aku Ya Allah. Aku ingat aku sudah kuat padahal hati ini masih berkata-kata. Allah Taala berfirman, tidaklah beriman seseorang itu sebelum ia diuji. Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secaara jelas berdasarkan ayat 1-2 surah al’-Ankabut (29:1-29:2); yang bermaksud

(1) Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Berkali kali saya kata pada diri, aturan Allah itulah yang terbaik.Ketika entry ini ditulis saya sudah mampu menerimanya dengan tenang dan redha.

Ok. Kembali tentang laporan makmal.



Liver Function Test (LFT) - Ujian Fungsi Hati

Ujian fungsi hati ( LFTs ), merupakan satu kumpulan ujian darah yang mengesan keradangan dan kerosakan kepada hati. Melalui ujian ini, ia boleh menyemak bagaimana hati berfungsi. Ujian enzim hati termasuk ALT, AST, alkaline phosphatase; true liver function tests (LFTs) include PT, INR, albumin, and bilirubin.

Kenapa Perlu Semak Fungsi Hati ?

Kerana panel ujian hati diperintahkan sebagai ujian rutin makmal. Ramai doktor memeriksa hati dalam pesakit baru atau semasa pemeriksaan fizikal tahunan.

Doktor perlu menjalankan enzim hati dan ujian fungsi hati jika:
  • mengambil ubat yang boleh merosakkan hati
  • mempunyai penyakit hati
  • mempunyai tanda-tanda penyakit hati atau sistem hempedu (sakit perut, loya dan muntah-muntah, atau kulit kuning)
  • minum alkohol secara berlebihan
Ujian hati boleh dilakukan bersama-sama dalam panel atau diuji secara berasingan.(Am

Jika diperhatikan laporan makmal saya, kesemua ujian adalah dibawah paras normal kecuali Alanine aminotransferase (ALT). Bacaan sangat tinggi melebihi paras normal.

Enzim Ujian Hati: ALT dan AST

Penapis hati dan proses darah kerana ia beredar melalui badan. Ia memetobolismakan nutrien, menyahtoksin bahan-bahan berbahaya , membuat protein bagi pembekuan darah , dan melakukan banyak fungsi penting yang lain. Sel-sel di dalam hati mengandungi protein yang dipanggil enzim yang membolehkan tindak balas kimia.

Apabila sel-sel hati yang rosak atau musnah , enzim dalam sel-sel bocor keluar ke dalam darah , di mana ianya boleh diukur dengan ujian darah. Ujian hati memeriksa darah untuk dua enzim hati utama:
  • Aspartate aminotransferase (AST ), Enzim AST juga ditemui dalam otot dan banyak tisu lain selain hati.
  • Alanine aminotransferase (ALT ),  ALT adalah hampir secara eksklusif yang terdapat dalam hati.
Jika ALT dan AST ditemui bersama-sama dalam jumlah yang tinggi dalam darah , kerosakan hati sedang berlaku dan mungkin kerosakan yang serius.

Liver Enzyme Tests: Alkaline Phosphatase, 5’ Nucleotidase, and GGT

Satu lagi fungsi utama hati adalah pengeluaran hempedu , yang membantu mencerna lemak. Hempedu mengalir melalui hati dalam sistem tiub kecil ( saluran ), dan akhirnya disimpan di dalam pundi hempedu , di bawah hati.

Apabila aliran hempedu adalah lambat atau tersekat, tahap darah enzim hati tertentu akan meningkat
  • Alkaline phosphatase
  • 5' nucleotidase
  • Gamma-glutamyl transpeptidase (GGT)
Ujian hati boleh menyemak mana-mana atau semua enzim di dalam darah. Alkaline phosphatase adalah yang paling sering diuji daripada ketiga-tiga di atas.

Jika Alkaline Phosphatase, 5’ Nucleotidase, and GGT adalah tinggi , aliran hempedu sedang bermasalah dan boleh jadi serius. Masalah aliran hempedu boleh disebabkan oleh masalah di dalam hati, pundi hempedu, atau tiub yang menghubungkan mereka.

Ujian Fungsi Hati: PT dan INR

Selain fungsi dalam metabolisme , hati membuat protein yang penting untuk pembekuan darah yang normal . 'True liver function tests' memeriksa keupayaan hati untuk membuat protein. Termasuklah:
  • Prothrombin time ( PT) : Ujian masa yang diperlukan untuk sampel darah membeku , di bawah syarat-syarat tertentu di makmal. Jika tahap rendah faktor-faktor pembekuan hadir , Prothrombin time adalah lebih lama.
  • International normalized ratio ( INR ): Bukanlah suatu ujian sebenarnya, tetapi merupakan satu cara yang seragam bagi semua makmal melaporkan PT, supaya keputusan mereka boleh dibandingkan dengan tepat antara satu sama lain .
PT dan INR meningkat dalam orang yang mempunyai penyakit hati yang teruk kerana hati gagal untuk membuat jumlah biasa faktor pembekuan tertentu. Satu PT tinggi boleh mempunyai banyak sebab-sebab lain selain dari penyakit hati, walaupun begitu;

PT sering diperiksa bersama-sama dengan PTT (partial thromboplastin time), yang sebenarnya bukanlah ujian fungsi hati. Jika PT dan / atau PTT adalah tinggi, masalah dengan pendarahan atau pembekuan boleh hadir.


Ujian Fungsi Hati: Albumin

Hati juga membuat albumin, protein penting yang beredar di dalam darah. Tahap albumin adalah rendah untuk orang yang mempunyai penyakit hati yang kronik dan teruk, kerana hati tidak membuat jumlah biasa albumin. Walau bagaimanapun, paras albumin boleh jatuh dalam pelbagai keadaan perubatan. Tahap albumin rendah biasanya hanyalah sementara, jadi ia bukan cara yang boleh dipercayai untuk mendiagnosis penyakit hati.

Ujian Fungsi Hati: Bilirubin

Bilirubin adalah bahan buangan dari pecahan sel-sel darah merah. Hati memproses bilirubin supaya ia boleh dikeluarkan dalam najis. Bilirubin mengalir melalui saluran hempedu hati , larut dalam hempedu.

Tahap darah Bilirubin meningkat jika aliran hempedu terjejas. Ini boleh berlaku jika ada penyakit hati yang teruk, penyakit pundi hempedu, atau lain-lain keadaan sistem hempedu. Tahap bilirubin yang sangat tinggi menyebabkan penyakit kuning , di mana kulit dan putih mata kuning. Bilirubin boleh menjadi ujian fungsi hati yang berguna dalam orang yang ada masalah aliran. Bilirubin yang tinggi juga boleh hadir dalam orang-orang yang ada anemia hemolitik.


Kisahnya, panjang betul saya cerita. Nanti saya cerita tentang butir-butir setiap kali rawatan susulan yang saya lalui. Sudah 3 kali rasanya.


Till then nite nite all. Jangan lupa doa begini ye

"Ya Allah, bantu lah aku dalam mengingatiMu. Bantulah aku dalam mensyukuri nikmatMu. Bantulah aku dalam menambah amal ibadatku terhadapMu"

breakfast

Sarapan Segera

10:54 AM

Patutnya mahu sarapan di luar.  Anak-anak  pula tidur tak mahu bangun. Sudahnya terpaksa masak sendiri.

Pergi dapur bahan mentah pula kehabisan.

Tangguh kejap.

Selesaikan cadar dan baju-baju yang perlu dibasuh.


Tetiba Nurin turun mahu tolong mama basuh pinggan. Adehh...kalau diberi keizinan boleh jadi banjir dapur saya. Kalau tak diberi, merajuk pula dia.

Kemudian, Nurin mahu saya buat jemput-jemput.

Ting!!!!

Memang dah lama tak buat pun. Kira ok lah..

Ini hasilnya



Akibat tak pandai anggar, terbanyak pula hasilnya.

Sedekah sedikit kepada jiran.

anak sihat

Berjihad dengan Susu Ibu

8:01 AM

Artikel ini saya petik dari majalah kegemaran saya. Solusi : Isu 59.

Sememangnya majalah ini sangat menarik. Islamik dan bertepatan dengan keadaan umat masa kini. Berharga RM10. Isu dikupas dengan bijaksana. Subhanallah. Jatuh cinta saya dengan majalah ini. Benarlah setiap musibah itu ada jannah. Saya dipertemukan majalah ini ketika saya menunggu giliran untuk bertemu doktor di Pusat Darah Negara.

Isu yang dikupas---Berjihad dengan Susu Ibu (Siti Hasnor Khamis)

Rahsia Susu Ibu

1. Makanan Pelengkap
Wanita itu dikira berjihad jka dia ingin menyusukan bayi sehingga berumur genap 2 tahun. Selain mengandungi nutrisi seimbang, komposisi air yang bersih tanpa kurang adalah sebanyak 90% pelengkap makanan bayi. Ia sekaligus mempercepatkan pertumbuhan sel otak dan perkembangan sistem saraf dalam tempoh tersebut.

2. Untuk penjagaan kesihatan
Jihad ini boleh memupuk kasih sayang utuh selain mudah dihadam, mengandungi antibodi tinggi bagi menghalang kembung perut, alahan, radang, masalah jantung, pernafasan serta komplikasi penyakit kronik lain. Sekaligus dapat mencegah daripada jangkitan kuman, virus, kanser dan risiko penyakit. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati.

3. Semata-mata kerana Allah
Jihad ini tidak dijanjkan dengan sebarang habuan tetapi lebih kepada tautan kasih ibu sayang bayi. Bahkan, seseorang itu boleh berjihad semata-mata kerana Allah. Boleh jadi atas dasar kegembiraan atau kesyukuran. Contohnya "Alhamdulillah aku kini bergelar ibu. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menyusukan bayi ini genap dua tahun"


http://www.hdwallpapersplus.com/cute-baby-girls.html

Jadi bukanlah semarak intelektual, spiritual dan fizikal si comel dambaan para ibu bapa?

Ramai wanita tertipu dengan istilah jihad. Realitinya, "kuasa susu ibu" harus didedahkan dengan lebih progresif.

Nikmatilah saat-saat keemasan tempoh menyusukan itu. Kuasa itu menjana aura luar biasa jika dilakukan dengan penuh komitmen. Betulkan yang biasa dengan membudayakan amalan menyusukan anak dengan susu ibu.

Perlukan nutrisi seimbang untuk susu ibu yang banyak?

Tips istimewa untuk pelanggan saya.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

fungsi hati

Fungsi Hati

4:30 PM

Apakah hati lakukan?

Hati terletak di bahagian atas kanan abdomen. Fungsi hati termasuk: menyimpan glikogen (bahan api untuk badan) yang diperbuat daripada gula, membantu untuk memproses lemak dan protein daripada makanan yang dihadamkan; membuat protein yang penting untuk darah membeku (faktor-faktor pembekuan); pemprosesan banyak ubat-ubatan , membantu untuk membuang racun dan toksin dari badan.

www.webmd.com

Kalau hati sudah tidak berfungsi dengan baik, proses pembaikan luka akan menjadi lambat, jika kronik, ia menyebabkan darah tidak boleh membeku. Pendarahan sukar dihentikan.

Maka yang demikian, saya menyeru diri saya dan semua, marilah kita mengamalkan makanan yang sihat, untuk menjaga hati kita.

Teringat kata kata pujangga

Berhati-hatilah dalam menjaga hati 

Tapi kata-kata pujangga ini khas untuk kita menjaga hati kita supaya hati kita sentiasa dekat dengan Yang Maha Pencipta.






Famili

Anggur di Rumah Berbuah Lagi

9:25 AM

Anggur yang hubby tanam berbuah lagi. Kali ini anggur yang berwarna merah-ungu. Saya pun tidak tahu warna apa dan jenisnya. Gambar ini diambil pada ulang tahun saya 19hb Ogos, 2013. Buahnya masih muda dan belum sesuai untuk dimakan. Pasti masam dan kelat. 



Yang ini pula di ambil pada 19hb September, 2013. Tepat sebulan. Ada yang sudah masak. Saya petik sebiji dan ia terlerai dengan mudah. Buahnya kecil sahaja, tdak seperti yang terdapat di pasaran. Ianya manis juga. Alhamdulillah, merasa juga kami. 



Setahun yang lepas, kami sudah mengambil keputusan untuk membersihkan taman depan rumah ini termasuklah pokok-pokok anggur yang menjalar. Ini kerana untuk memberi laluan kepada kereta yang baru kami beli. Sekarang kereta itu tidak la baru lagi kerana kami perlu memperbaharui cukai jalan dan insurannya. Hari demi hari perancangan asal tergendala. Rupanya, Allah ingin menunjukkan sesuatu. Pokok anggur itu, seperti tahu perancangan kami, ia berbunga sedikit demi sedikit dan berbuah pula. Tidak sampai hati pula untuk menghapuskannya. Jadi, kereta klasik kami itu, kami parkir di tepi pokok mangga kerana saiznya yang kecil.

Rupanya pokok anggur yang berbuah itu bukan rezeki kami rupanya. Rezeki burung-burung, semut dan mungkin juga kerengga yang berleluasa di rumah kami. Kata suami, bersedekah dengan haiwan lebih mulia, kerana kita tidak mengharapkan balasan daripada seorang haiwan di dunia ini. Biarlah Allah sahaja yang membalasnya di akhirat kelak.

Subhanallah.

hepatitis

Apakah Hepatitis B?

8:30 AM

Sebelum saya disahkan Hepatitis B, saya langsung tidak mengetahui apakah dia Hepatitis B. Syukurlah banyak informasi yang boleh saya peroleh melalui internet. Hasil pembacaan, saya ringkaskan tentang Hepatits B. Saya harap, informasi ini bermanfaat untuk mereka yang senasib dengan saya.

Hepatitis B adalah virus yang menjangkiti hati. Kebanyakan orang dewasa yang mendapat hepatitis B adalah untuk masa yang singkat dan kemudian boleh sembuh. Ini dipanggil akut hepatitis B.

Sesiapa sahaja boleh mempunyai hepatitis B dan tidak tahu yang anda mempunyai virus itu. Seperti saya, anda mungkin tidak mempunyai gejala. Seiingat saya, saya tidak perasan yang saya ada simptom. Saya cuma perasan saya cuma mudah letih dan penat. Demam atau selesema, sangat-sangat jarang sejak saya makan vitamin-vitamin Shaklee. Malah saya sentiasa rasa sihat dan bersemangat. Alhamdulillah.

Mungkin saya sudah ada virus itu sejak lama. Wallahuaklam. Menurut pembacaan, antara simptom yang ketara ialah kerap rasa seperti mempunyai selesema. Tetapi ingatlah, selagi anda mempunyai virus , anda boleh merebak kepada orang lain.

Virus Hepatitis B juga menyebabkan jangkitan jangka panjang , ia dipanggil hepatitis B kronik. Lama kelamaan, ia boleh merosakkan hati . Bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti dengan virus ini adalah lebih cenderung untuk mendapatkan kronik hepatitis B. Kategori saya? Saya kurang pasti.

Untuk pengetahuan saya membuat rawatan susulan dengan Hospital Kuala Lumpur. Ya, saya pergi hospital kerajaan. Mengapa? Saya akan jelaskan dalam entri yang berasingan nanti.

Apa yang menyebabkan Hepatitis B?

Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus hepatitis B. Ia merebak melalui sentuhan dengan darah dan cecair badan orang yang dijangkiti .

Anda boleh mendapatkan Hepatitis B jika anda:

  • Mengadakan hubungan seks dengan orang yang dijangkiti tanpa menggunakan kondom.
  • Pemindahan darah oleh orang yang dijangkiti
  • Seorang ibu hamil boleh memindahkan kepada bayi yang dikandung
  • Jarum yang dikongsi (digunakan untuk menyuntik dadah ) dengan orang yang dijangkiti.
  • Tatu atau menindik dengan alat-alat yang tidak dibersihkan dengan baik.
  • Berkongsi barang-barang peribadi seperti pisau cukur atau berus gigi dengan orang yang dijangkiti
  • Alatan perubatan yang tidak disteril dengan baik
Seorang ibu yang mempunyai virus yang boleh memindahkannya kepada bayinya semasa melahirkan. Jika anda hamil dan berfikir anda mungkin telah terdedah kepada Hepatitis B , pergilah buat rawatan. Jika anda mempunyai virus , bayi anda boleh mendapatkan vaksin untuk membantu mencegah jangkitan virus.

Anda tidak boleh mendapat hepatitis B dari hubungan kasual seperti memeluk , mencium , bersin , batuk, atau berkongsi makanan atau minuman.

Apakah tanda-tanda atau simptom Hepatitis B?

Ramai orang yang dijangkit Hepatitis B tidak tahu bahawa mereka mempunyainya kerana mereka tidak mempunyai gejala. Jika anda mempunyai tanda-tanda , anda hanya mungkin merasa seperti anda mempunyai selesema. Gejala termasuk :
  • Berasa amat letih.
  • Demam ringan .
  • Sakit kepala.
  • Tidak mahu makan.
  • Rasa sakit perut atau muntah
  • Sakit perut.
  • Cirit-birit atau sembelit.
  • Sakit otot dan sakit sendi.
  • Ruam kulit.
  • Mata kekuningan dan kulit (jaundis ). Jaundis biasanya muncul hanya selepas gejala-gejala lain telah mula pergi.

Kebanyakan orang dengan kronik hepatitis B tidak mempunyai gejala.

Bagaimana Hepatitis B didiagnosis?

Ujian darah yang ringkas boleh memberitahu doktor anda jika anda mempunyai virus hepatitis B sekarang atau jika anda mempunyai ia pada masa lalu. Doktor anda juga mungkin dapat memberitahu jika anda mempunyai vaksin untuk mengelakkan virus.

Jika doktor anda berpendapat anda mungkin mengalami kerosakan hati daripada hepatitis B, dia boleh menggunakan jarum untuk mengambil sampel kecil hati anda untuk ujian. Ini dipanggil biopsi hati.

Bagaimana ia dirawat?

Dalam kebanyakan kes , Hepatitis B akan hilang dengan sendiri. Anda boleh melegakan gejala-gejala anda di rumah dengan berehat, makan makanan sihat, minum banyak air, dan mengelakkan alkohol dan dadah. Juga, mengetahui daripada doktor anda apa ubat-ubatan dan produk herba yang perlu dielakkan, kerana sesetengah boleh membuat kerosakan hati yang disebabkan oleh hepatitis B lebih teruk.

Saya mohon doa semoga saya diberi kesihatan, dan kekuatan untuk beribadat kepadaNya. 

Prof Muhaya pernah berpesan, untuk orang yang sakit seperti saya, atau sesiapa yang ada penyakit

Ya Allah, aku terima sakit ini sebahagian dari diriku, berilah aku kekuatan untuk beribadat kepadaMu, jika boleh janganlah biar aku rasa kesakitan ini.

Prof juga memberitahu, jika kita sakit, kita jangan melawannya. Bila kita melawan kita akan penat. Eloklah kalau kita menerima sakit itu dengan redha dan hidup bersama-sama sakit itu. Ianya lebih menenangkan. Sebab mati itu pasti, biarlah sisa-sisa hayat ini kita gunakan seoptimum mungkin untuk kehidupan kita di 'sana' nanti.



energy booster set

Lesu yang Melampau - Salah Satu Simptom Hepatitis B

9:00 AM

Ada hikmahnya keputusan ini diketahui sehari sebelum menyambut Aidilfitri.

Saya terima kenyataan ini dengan redha. Allah lebih mengetahui. Saya flashback balik peristiwa-peristiwa lampau mengapa saya saya ditakdirkan menerima ujian ini. Laju saja air mata mengalir. Mungkin inilah kifarah atas dosa-dosa saya yang lalu.

Bila diingatkan kembali, saya ada juga rasa simptom-simptom yang doktor beritahu, iaitu lesu yang melampau. Setahun yang lalu, saya memang saya penat memanjang. Biarpun kurang melakukan kerja-kerja rumah kerana dibantu suami, saya tetap letih dan penat. Tidur awal pun rasanya sepert tidak cukup. Lantas saya menghubungi sahabat saya yang juga pengedar Shaklee, Jannatul Fadilah. Saya ambil Wellness Set (Vita Lea, Vitamin C dan B Complex) untuk menambahkan tenaga. Alhamdulillah, kurang sedikit letih lesu. Tidak terlintas atau terfikir yang letih lesu itu adalah tanda-tanda Hepatitis B. 

Sepatutnya saya perlu bekerja pada hari Rabu itu, 7hb Ogos. Plan asal cuma mahu ambil setengah hari. Yer, temujanji habis awal di PDN, dan di HKL mengambil masa yang lama kerana seisi mencari tempat. Keadaan emosi saya ketka itu tidak mengizinkan saya untuk berbakti di pejabat. Anak-anak kami sudah hantar ke rumah ibu mertua di BB Bangi pada malam sebelumnya kerana pusat jagaan sudah pun di tutup sempena Aidilfitri.

Syukur sangat, kerana semua persiapan hari raya untuk anak-anak sudah selesai. Alhamdulillah. Pulang kerumah, saya mengambil masa yang lama untuk mengemas pakaian pulang ke kampung. Sedih teramat bila mengemas baju anak-anak. 

Ahh...bukankah hidup dan mati itu aturan Allah. Pastinya aturanNya terbaik buat kita semua.






hepatitis

Temujanji Kedua di PDN

10:38 PM

Sudah lama saya nak sambung cerita tentang temujanji kedua ini. Saya belum bersedia sebenarnya untuk bercerita pada dunia. Hari ini, malam Jumaat yang barakah ini, saya sudah bersedia, Alhamdulillah.

7hb Ogos, 2013, adalah hari terakhir umat islam berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun ini. Pada pagi itu, suami masih setia menemani saya mengunjungi Pusat Darah Negara untuk temujanji yang kedua. Temujanji pukul 9 pagi. Kami sampai awal memandangkan jalan raya ke Kuala Lumpur lengang. Pastinya ramai yang sudah berada di kampung atau masih dalam perjalanan.

Perjalanan pagi tu agak luar biasa kerana saya dan suami leka menikmati keindahan langit hari itu. Indahnya sangat luar biasa. Mungkin kah malam itu malam Lailatul Qadar? Langit hari itu seolah-olah menceritakan tentang peristiwa malam sebelumnya.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. 

Gambar ini sudah lama dalam simpanan saya. Saya pasti rindu dengan suasana Ramadhan tahun ini.



Sesampainya di PDN, hati ini berdebar-debar. Sudah saya pesan dengan diri sendiri apa pun keputusan yang saya terima, saya mesti redha. Terasa lambat pula masa berlalu, kerana saya datang awal sedangkan doktor di PDN belum bersedia.


Saya dipanggil. Doktor India Muslim. Lembut bicaranya menerangkan satu persatu tentang keputusan darah saya. Saya tahu saya cuma insan biasa yang lemah dan akhirnya air mata gugur satu persatu.

Inallillahiwaninnalillahirojiun.

Saya disahkan Hepatitis B positif. Bukan itu sahaja, saya juga reaktif .

Oh ya, hepatitis hanya boleh berjangkit dengan tiga cara

1. Seks
2. Pemindahan Darah
3. Seorang ibu kepada anaknya

Wallahuaklam.

Doktor itu merujuk saya kepada Klinik Pakar Gastro di Hospital Kuala Lumpur. Saya diarahkan pergi hari itu juga untuk membuat temujanji seterusnya.




Keluar dari bilik perundingan, saya mendapatkan suami. Tiada kekuatan untuk bercerita saat itu. Saya hanya bercerita ketika dalam perjalanan menuju ke kereta. Suami tenang mendengar keputusan darah itu. Sebenarnya, saya sendiri tidak dapat membaca hatinya. Air mata saya gugur tak tertahan. 

Suami menghantar saya ke HKL. Memandangkan ini kali pertama kami pergi ke Klinik Pakar, agak sukar juga mencari tempat yang ingin dituju.

Kami parking di hadapan klinik untuk pesakit luar. Tak tahu mana harus dituju saya bertanya dengan seseorang. Syukur, seorang petugas di situ, mungkin Sister (saya pun tak pasti) menunjukkan arah tempat itu. Jaraknya agak jauh dan memerlukan kami menaiki Shuttle yang disediakan oleh pihak hospital.  Bosan menunggu kami membuat keputusan untuk berjalan sahaja. Bersiar-siar sambil menenangkan fikiran. Opss..dengan mata yang bengkak dan merah kerana menangis.

Kami ke bangunan baru yang menempatkan Klinik-klinik pakar dalam satu bangunan baru yang moden. Rupanya, Klinik Gastro belum lagi dipindahkan. Ianya masih lagi di bangunan lama. Kami terpaksa berpatah balik, syukur akhirnya kami menemui tempat yang betul. 

Saya diberi tarikh untuk temujanji seterusnya dengan doktor pakar dan diarahkan datang sebelum tarikh itu untuk mengambil sampel darah selepas cuti raya.

Allah memang sayangkan saya. Mula-mula Dia gerakkan hati saya untuk menderma darah, dengan niat untuk menolong orang. Kemudian, saya didapati Hepatits B positif. Dia mahu saya merayu, merintih dan mendekatkan diri denganNya.

Ya Allah, aku redha dengan ketentuanmu ya Allah!

alfalfa complex

Masalah Alat Sulit Wanita

9:30 PM

Segan lah saya nak cerita pasal masalah alat sulit wanita. Tapi kan.....banyak persoalan yang bertubi-tubi ditanyakan kepada saya, saya percaya masalah ini sudah menjadi masalah serius yang memberi kesan kepada kebahagiaan wanita tersebut juga rumahtangganya.

Antara soalan yang ditanya

Shaklee ada produk untuk masalah keputihan tak? Tak mahu jamu-jamu. Kalau boleh tak mahu sapu-sapu atau yang masuk-masuk. Mahu yang selamat dan mudah tapi berkesan

Jangan risau wahai wanita. Kami ada banyak vitamin yang hebat. Yang paling hebat untuk permasalahan ini semestinya ALFALFA Complex.

ALFAFA COMPLEX MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH ANDA....

Hebatnya manfaat Alfalfa Complex Shaklee:-
  • merawat masalah keputihan
  • bertindak seperti kacip fatimah  
  • menghangatkan hubungan suami isteri
  • memberi kelegaan semasa haid
  • membesar dan menegangkan payudara
  • menyahkan toksik dalam badan
Untuk ibu yang menyusukan: Ia bertindak sebagai milk booster!

Gadis yang belum berkahwin pun boleh ambil. Tiada masalah okay..

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Tips istimewa untuk pelanggan saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com


tips kebahagiaan hidup

Saya Bahagia dengan Ujian Ini

1:00 PM

Saya berkongsi rasa untuk sama-sama mengambil manfaat.

Saya berkongsi cerita supaya saya boleh membantu, sesiapa jua  yang mengalami masalah yang sama.

Pernah saya utarakan di FB saya;

Disebalik musibah itu ada jannah. Kadang2 musibah itu lebih baik dari nikmat.

Bila ditimpa musibah katakan: Innalillahiwainnailaihirajoiun.

Jujurnya saya bahagia dengan ujian ini. Masha Allah, ramainya yang prihatin tentang saya. Banyak doa dititipkan. Syukurnya saya kepada Illahi kerana ikatan ukhuwah kekeluargaan kian erat. Tali persahabatan pula semakin kuat.
Banyak nama ingin saya sebutkan. Tak tersebut rasanya. Biarlah Allah sahaja yang membalasnya.

Doa untuk kalian tidak akan putus juga. Semoga kita semua dalam zon Allah, dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya sepanjang masa.




silica gel

Tips Memilih Vitamin yang Berlambak di Pasaran

5:59 PM

'Someone' kata tajuk itu tak relevan dengan saya kerana saya adalah pengedar Shaklee. Jadi apa-apa tips yang saya akan share mestilah untuk back up Shaklee, ye tak?

Secara logiknya, eh! mestilah! Terus terang saya tak akan  berani nak 'recommend' apa-apa yang saya tak pasti kualitinya. Sesiapa pun begitu kan? Melainkan seseorang itu ada niat yang tidak baik. Dengan Shaklee, tiada apa yang perlu dirisaukan, kerana kualitinya yang terjamin.

Jadi apa tips yang saya nak share hari ini?

Sebelum tu, soalan yang saya nak tanya, kalau anda beli vitamin Shaklee dan vitamin yang ada di pasaran, bila buka botol vitamin itu semua, apa yang anda perasan?? Ini memang terang-terang anda akan nampak!!

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***
 
SILIKA GEL!

Betul !!!


 



Dalam botol vitamin Shaklee, memang TIADA langsung silika gel. Cuba buka vitamin yang berlambak di pasaran?? Mesti ada!

Fungsi silika gel adalah utk menyerap lembapan. Kebiasaasannya silika gel ini boleh didapati dalam kotak kasut, handbag, biskut, makanan ringan dan bahan-bahan kering. Ia diletakkan di situ supaya barang-barang kulit tidak rosak dan lembap, atau jika ada dalam makanan supaya makanan itu tahan lama. Jika, ianya ada dalam botol vitamin, bermaksud vitamin yang ada di dalam botol itu adalah vitamin SINTETIK.

Kenapa Shaklee TIADA Silika gel?

Kerana, vitamin Shaklee adalah semulajadi, tiada pewarna, tiada perisa tambahan dan tiada pengawet. Silika gel tidak diperlukan kerana ianya natural.

Shaklee memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
 
Saya mahukan yang terbaik untuk anda yang saya sayang. Jangan perjudikan duit anda kepada sesuatu yang anda tidak tahu statusnya! 
 
COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


dandelion

Hati Kita Bekerja Keras Seperti DBKL!!

6:31 AM

Baru saya tahu, hati (liver) kita ini bekerja keras macam DBKL!

Berikut adalah fungsi-fungsi hati:

  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin. 
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.


Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk hati ialah DTX Complex™

Shaklee DTX ComplexTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

• Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.*






Tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna, atau bahan pengawet tambahan.



Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.

Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawa Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)
 
Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex
1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)
  • Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema
2. Articok (Artichoke)
  • Membina semula sel-sel hati
  • Merangsang pengaliran hempedu
3. Dandelion
  • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
  • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
  • Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
  • Melawan tumor dan kanser
  • Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air
4. Kunyit
  • Mengandungi curcumin : bahan anti-oksida
  • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
  • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV
5. Reishi Mushrooms (Ling Zhi)
  • Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
  • Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik
  • Membantu mencegah penyakit jantung

6. Schizandra
  • Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
  • Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin
Note: Saiz hidangan – 3 biji sehari (untuk 30 hari) & 90 biji / botol

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

chicken rice

Chilli Mussel with Lemon and Eggplant with Chicken Rice Sauce

6:00 AM

Tajuk macam gempak. Segempak rasanya.

Nak resepi, tanya lah En Suami saya. Saya cuma makan. Hehe. Melampau. Kalau ditanya suami kata masak campak campak je. Masak dengan iman, dan kasih sayang. Pasti sedap dan menyelerakan.

Kenapa Eggplant with Chicken Rice Sauce? Sebab suami nak jimat, dia guna sos nasi ayam yang saya buat sehari sebelum tu untuk dijadikan sos terung. Hasilnya, tentulah marvellous!

Ini sebenarnya menu dinner di hari bekerja minggu lepas. Sudah lama ada dalam draft blogger ni, baru ada masa nak di up kan.


Mahukan vitamin Shaklee?

Hubungi saya ye.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com