Anggur di Rumah Berbuah Lagi

9:25 AM

Anggur yang hubby tanam berbuah lagi. Kali ini anggur yang berwarna merah-ungu. Saya pun tidak tahu warna apa dan jenisnya. Gambar ini diambil pada ulang tahun saya 19hb Ogos, 2013. Buahnya masih muda dan belum sesuai untuk dimakan. Pasti masam dan kelat. 



Yang ini pula di ambil pada 19hb September, 2013. Tepat sebulan. Ada yang sudah masak. Saya petik sebiji dan ia terlerai dengan mudah. Buahnya kecil sahaja, tdak seperti yang terdapat di pasaran. Ianya manis juga. Alhamdulillah, merasa juga kami. 



Setahun yang lepas, kami sudah mengambil keputusan untuk membersihkan taman depan rumah ini termasuklah pokok-pokok anggur yang menjalar. Ini kerana untuk memberi laluan kepada kereta yang baru kami beli. Sekarang kereta itu tidak la baru lagi kerana kami perlu memperbaharui cukai jalan dan insurannya. Hari demi hari perancangan asal tergendala. Rupanya, Allah ingin menunjukkan sesuatu. Pokok anggur itu, seperti tahu perancangan kami, ia berbunga sedikit demi sedikit dan berbuah pula. Tidak sampai hati pula untuk menghapuskannya. Jadi, kereta klasik kami itu, kami parkir di tepi pokok mangga kerana saiznya yang kecil.

Rupanya pokok anggur yang berbuah itu bukan rezeki kami rupanya. Rezeki burung-burung, semut dan mungkin juga kerengga yang berleluasa di rumah kami. Kata suami, bersedekah dengan haiwan lebih mulia, kerana kita tidak mengharapkan balasan daripada seorang haiwan di dunia ini. Biarlah Allah sahaja yang membalasnya di akhirat kelak.

Subhanallah.

You Might Also Like

0 comments