Lesu yang Melampau - Salah Satu Simptom Hepatitis B

9:00 AM

Ada hikmahnya keputusan ini diketahui sehari sebelum menyambut Aidilfitri.

Saya terima kenyataan ini dengan redha. Allah lebih mengetahui. Saya flashback balik peristiwa-peristiwa lampau mengapa saya saya ditakdirkan menerima ujian ini. Laju saja air mata mengalir. Mungkin inilah kifarah atas dosa-dosa saya yang lalu.

Bila diingatkan kembali, saya ada juga rasa simptom-simptom yang doktor beritahu, iaitu lesu yang melampau. Setahun yang lalu, saya memang saya penat memanjang. Biarpun kurang melakukan kerja-kerja rumah kerana dibantu suami, saya tetap letih dan penat. Tidur awal pun rasanya sepert tidak cukup. Lantas saya menghubungi sahabat saya yang juga pengedar Shaklee, Jannatul Fadilah. Saya ambil Wellness Set (Vita Lea, Vitamin C dan B Complex) untuk menambahkan tenaga. Alhamdulillah, kurang sedikit letih lesu. Tidak terlintas atau terfikir yang letih lesu itu adalah tanda-tanda Hepatitis B. 

Sepatutnya saya perlu bekerja pada hari Rabu itu, 7hb Ogos. Plan asal cuma mahu ambil setengah hari. Yer, temujanji habis awal di PDN, dan di HKL mengambil masa yang lama kerana seisi mencari tempat. Keadaan emosi saya ketka itu tidak mengizinkan saya untuk berbakti di pejabat. Anak-anak kami sudah hantar ke rumah ibu mertua di BB Bangi pada malam sebelumnya kerana pusat jagaan sudah pun di tutup sempena Aidilfitri.

Syukur sangat, kerana semua persiapan hari raya untuk anak-anak sudah selesai. Alhamdulillah. Pulang kerumah, saya mengambil masa yang lama untuk mengemas pakaian pulang ke kampung. Sedih teramat bila mengemas baju anak-anak. 

Ahh...bukankah hidup dan mati itu aturan Allah. Pastinya aturanNya terbaik buat kita semua.






You Might Also Like

0 comments